Anda pasti tidak tahu, rupa-rupanya senario wajah anak berlainan dengan ibu bapa telah wujud pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi!

Eeeeeiii, mak ayah putih, anak hitam!

95
51633

Sebagai ibu bapa, pasti akan mengagak bahawa anak yang dikandung sang ibu akan mirip seperti ibu ataupun bapanya. Apabila lahir seorang anak yang berlainan wajah daripada ibu bapanya, akan timbul perasan curiga seperti berlaku kecurangan ibu bersama lelaki lain. Persoalan yang timbul ini telah pun berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi! Adakah sahabat Rasullah s.a.w. itu curang? Apakah tindakan Rasulullah s.a.w. ke atas pasangan itu?

Senario wajah anak berbeza daripada wajah ibu bapanya ini di namakan sebagai kombinasi gen antara ibu dan bapa. Pigmentasi berbeza yang terdapat dalam gen ibu ayah berkemungkinan akan melahirkan anak-anak berlainan warna ini.

Kadang kala, seorang ayah yang berkulit gelap memiliki satu gen kulit putih yang diwarisi daripada keluarganya. Gen ini bersifat tersembunyi dan resesif sehingga tidak dapat dizahirkan pada kulit ayah itu sendiri. Namun, gen ini akan terus diwarisi dan tersembunyi sehinggalah menemui gen kulit putih yang sama dari ibu dan mampu bertukar menjadi gen yang dominan. Apabila gen kulit putih ini menjadi gen yang dominan, kemungkinan untuk mendapatkan anak berkulit putih tidak lagi mustahil. Begitu juga jika sebaliknya.

Kisah yang sama telah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Ketika itu, seorang sahabat Rasulullah s.a.w. dan isterinya yang berkulit putih telah melahirkan seorang anak lelaki yang memiliki kulit hitam. Kelahiran bayi yang berbeza daripada ibu bapa ini telah mencetuskan pergaduhan antara mereka berdua. Akhirnya bapa tersebut menemui Rasulullah s.a.w. untuk mengadukan hal ini. Berdasarkan hadith yang direkodkan oleh
Al-Bukhari:

 

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: “جاء رجل من بني فزارة إلى النبي -صلى الله عليه وسلم- فقال: إن امرأتي ولدت غلاما أسود -وهو يريد الانتفاء منه- فقال له: (هل لك من إبل؟) ، قال: نعم، قال: (ما ألوانها؟) ، قال: حُمْر، فقال له: (هل فيها من أورق؟) ، قال: نعم، قال: ( فأنى كان ذلك ؟) ، قال: أراه عرقٌ نزعه ، قال: ( فلعل ابنك هذا نزعه عرق) ، ولم يرخص له في الانتفاء منه” متفق عليه.

Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a., berkata “Seorang lelaki dari Bani Fazarah mendatangi Nabi s.a.w. dan berkata, “isteriku telah melahirkan anak yang berkulit hitam.” Nabi berkata, “apakah kamu memiliki unta?” “Ya” jawab lelaki itu. “Apakah warnanya?” tanya Nabi. “Merah,” jawabnya. “Apakah ada di antara anaknya yang berwarna hitam?” tanya Rasulullah. “Ya ada”, jawabnya. “Dari mana datangnya? Tanya Nabi. “Mungkin serupa dengan datuk atau bapa saudaranya.” Sabda Nabi: barangkali ini juga serupa dengan datuk atau bapa saudaranya. Rasulullah tidak memberikan peluang baginya untuk cuci tangan.

(Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dalam Sahih Al-Bukhari, kitab Al-Hudud, bab Ma Jaa Fi Al-Taaridh, no. hadith 6847, oleh Abu Hurarirah r.a., dan status hadith sahih).

Berdasarkan kisah ini, jelas memberitahu bahawa setiap rumah tangga perlu ada sifat toleransi, perbincangan dan menjauhi tuduhan melulu. Kelahiran anak adalah satu anugerah untuk ibu bapa sebagai pengikat kasih sayang, bukan sebaliknya. Didik anak mengenal agama dengan kasih sayang seawalnya seperti telah disebutkan dalam hadith Rasulullah s.a.w. :

 

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كُلُّ مَوْلُودٍ يُولَدُ عَلَى الفِطْرَةِ، فَأَبَوَاهُ يُهَوِّدَانِهِ، أَوْ يُنَصِّرَانِهِ، أَوْ يُمَجِّسَانِهِ، كَمَثَلِ البَهِيمَةِ تُنْتَجُ البَهِيمَةَ هَلْ تَرَى فِيهَا جَدْعَاءَ

Maksudnya: dari Abi Hurairah r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda setiap yang dilahirkan pasti dilahirkan atas fitrah. Ibu bapanya yang menjadikan dia yahudi, nasrani, ataupun majusi. Seperti juga dengan haiwan dilahirkan daripada haiwan yang sempurna. Adakah kamu mengharap kelahirannya ada kecacatan anggota badan?

 

Justeru, tidak perlu berasa aneh atau pelik sekiranya kelahiran anak berbeza warna dengan ibu bapa ini dalam kalangan kita. Kelahiran begini merupakan kelahiran yang memang wujud dan pernah berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. Apa yang perlu diberikan tumpuan adalah pendidikannya bukan rupa parasnya.

95 KOMEN

  1. Thank you for sharing superb informations. Your website is very cool.
    I’m impressed by the details that you have on this blog.
    It reveals how nicely you understand this subject. Bookmarked this web page,
    will come back for more articles. You, my friend, ROCK!
    I found just the information I already searched all over the place and just could not come across.
    What a perfect web site.

  2. Thank you for sharing superb informations. Your website is very cool.
    I’m impressed by the details that you have on this blog.
    It reveals how nicely you understand this subject. Bookmarked this web page,
    will come back for more articles. You, my friend, ROCK!
    I found just the information I already searched all over the place and just could not come across.
    What a perfect web site

  3. Entrümpelung Wien günstig bis gratis mit Wertanrechnung. Wir entrümpeln: Häuser, Wohnungen (Gemeinde & Genossenschaft), Keller, Lager, Firmen, Büros, und vieles weiteres. Möchten Sie unbrauchbares aus ihrem Keller, Haus oder der Wohnung entsorgen? Brauchen Sie Platz für Neues und benötigen eine Haushaltsauflösung ? Dann sind wir der richtige Partner für Sie. Wir sind der Profi für jede mögliche Art von Räumung und Haushaltsauflösung. Die Zufriedenheit unserer Kunden hat bei uns die oberste Priorität. Unsere professionellen Mitarbeiter kümmern sich um Ihre Wünsche. Die Objekte werden von uns immer besenrein übergeben. Sollten Sie weitere Wünsche haben, so sprechen Sie uns gerne an. Wir führen für Sie gerne Sanierungsarbeiten durch oder entfernen Tapeten und Böden.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here