9 Panduan Doa Selepas Solat Dengan Mudah

Doa selepas solat yang ringkas dan senang dihafal.

51
345

Ramai dalam kalangan kita tahu bahawa selepas solat adalah waktu yang sesuai untuk berdoa. Malah, amalan berdoa selepas solat juga dianggap sebahagian amalan yang mesti dilakukan dan pelik bagi yang tidak berdoa.

Daripada Abu Umamah: Beliau berkata bahawa Rasulullah pernah ditanya tentang apakah doa yang paling didengari? Rasulullah s.a.w. menjawab:

جَوْفَ اللَّيْلِ الْآخِرِ وَدُبُرَ الصَّلَوَاتِ الْمَكْتُوبَاتِ
Maksudnya: “Doa yang paling didengari ialah ketika satu pertiga malam yang terakhir dan ketika selesai solat fardu.”
[Direkodkan oleh Imam Tirmizi dalam Sunan Tirmizi, Abwabu Al-Da’awat, bab Ma Jaa Fi Akad Al-Tasbih Bi Al-Yad, no hadith 3499, daripada Abu Umamah, status hadith hasan oleh Albani].

Anehnya, walaupun berdoa ini suatu daripada pelengkap solat dan paling didengari, masih ramai dalam kalangan kita tidak tahu mahu berdoa apa. Penulis ingin menyediakan beberapa langkah senang sebagai panduan ketika mahu berdoa selepas solat.

1. Mulakan dengan beristighfar.

Bacaan: أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ
Daripada Thauban r.a. Beliau berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلاَتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلاَثًا وَقَالَ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ

Maksudnya: “Rasulullah saw apabila selesai menunaikan solat Baginda beristighfar sebanyak 3 kali seraya menyebut: اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَام”
[Direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, dalam kitab Al-Masjid Wa Al-Mawadi’ Al-Solat, bab Istihbabu Al-Zikri Ba’da Al-Solat Wa Bayanu Sifatihi, no hadith 591, daripada Thauban r.a., status hadith sahih].

2. Menyebut tahlil.

Bacaan: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ
Daripada al-Mughirah Bin Syu’bah r.a. Beliau menulis surat kepada Mu’awiyah:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَانَ إِذَا فَرَغَ مِنَ الصَّلاَةِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لاَ مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

Maksudnya :” Sesungguhnya Rasulullah saw apabila Baginda selesai menunaikan solat Baginda mengucapkan :
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ اللَّهُمَّ لاَ
مَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ وَلاَ مُعْطِىَ لِمَا مَنَعْتَ وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدّ

[Direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, dalam kitab Al-Masjid Wa Al-Mawadi’ Al-Solat, bab Istihbabu Al-Zikri Ba’da Al-Solat Wa Bayanu Sifatihi, no hadith 593, daripada Mughirah Bin Syu’bah r.a., status hadith sahih].

Malah, menurut Ibnu Zubair: “Rasulullah s.a.w. mengucapkannya setiap kali selepas menunaikan solat.”

3. Memuji Allah dan selawat.
Bacaan:

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ اللهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، وَعَلَى أَزْوَاجِهِ، وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِهِ، وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Fudhalah Bin Ubaid, Rasulullah s.a.w. pernah menegur seorang lelaki yang tergesa-gesa berdoa selepas solat tanpa ada pujian kepada Allah dan selawat. Baginda bersabda:

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ ، فَلْيَبْدَأْ بِتَمْجِيدِ رَبِّهِ جَلَّ وَعَزَّ ، وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ ، ثُمَّ يُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم ، ثُمَّ يَدْعُو بَعْدُ بِمَا شَاءَ

Maksudnya :” Jika salah seorang dari kalian selesai menunaikan solat maka mulakanlah (doa selepas solat ) dengan mengagungkan dan memuji Allah. Kemudian berselawat ke atas Nabi dan barulah berdoa selepas itu apa yang dia ingini.”

[Direkodkan oleh Imam Abi Daud dalam Sunan Abi Daud, dalam Bab Tafrigh Abwabu Al-Witir, bab Al-Dua’, no hadith 1481, daripada Fudhalah Bin Ubaid, status hadith sahih oleh Albani].

4. Doa mohon ampunan bagi kedua orang tua dan kaum mukminin.
Bacaan:  رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا

 وَٱخۡفِضۡ لَهُمَا جَنَاحَ ٱلذُّلِّ مِنَ ٱلرَّحۡمَةِ وَقُل رَّبِّ ٱرۡحَمۡهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرٗا
Surah Al-Israk: ayat 24

 


5. Doa mohon keluarga bahagia dan zuriat yang soleh.
Bacaan:  رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا

وَٱلَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبۡ لَنَا مِنۡ أَزۡوَٰجِنَا وَذُرِّيَّٰتِنَا قُرَّةَ أَعۡيُنٖ وَٱجۡعَلۡنَا لِلۡمُتَّقِينَ إِمَامًا ٧٤

Surah Al-Furqan: ayat 74

6. Doa mohon ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan amalan diterima Allah s.w.t.
Bacaan: اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا
[Direkodkan oleh Imam Ibnu Majah dalam Sunan Ibnu Majah, dalam kitab Iqamati Al-Solat wa Al-Sunnah Fi Ha, bab Ma Yuqalu Ba’da Al-Taslim, no hadith 925, daripada Ummu Salamah, status hadith sahih].

7. Doa memohon perlindungan daripada sifat negatif.
Bacaan: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ، وَالعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَالبُخْلِ وَالجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ وَالحَزَنِ، وَالعَجْزِ وَالكَسَلِ، وَالبُخْلِ وَالجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ، وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
[Direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari, dalam kitab Jihad Wa Al-Siyar, bab Man Ghaza Bi Sabbi Lil Khidmati, no hadith 2893, daripada Abi Thalhah, status hadith sahih].

8. Memohon kebaikan di dunia dan akhirat.
Bacaan: وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ

وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ ٢٠١

Surah Al-Baqarah: ayat 201
9. Akhir sekali berkSata Aamin.
Tutup doa tadi dengan berkata “aamin” yang membawa maksud, “Ya Allah, makbulkan doa kami.” [Direkodkan oleh Imam Nawai dalam Syarh Nawawi ala Muslim, dalam kitab Al-Solat, bab Al-Tasyahud Fi Al-Solat, no 120/4].

Demikian beberapa doa yang boleh dibaca selepas solat. Penulis ingin mengingatkan bahawa doa tidak terhad kepada doa disenaraikan sahaja, malah doa diatas adalah antara doa yang sesuai untuk dibaca selepas solat. Selain itu, doa tersebut adalah antara doa yang bersumberkan Al-Quran dan hadith Nabi Muhammad s.a.w.

Hanya dengan 9 langkah mudah, anda kini sudah tahu mahu berdoa apa setiap kali selepas solat. Mudah-mudahan ini membantu kita semua untuk berdoa setiap hari.

51 KOMEN

  1. 8ILusZ I was suggested this blog by my cousin. I am not sure whether this post is written by him as no one else know such detailed about my difficulty. You are incredible! Thanks!

  2. This is really interesting, You are a very skilled blogger. I have joined your rss feed and look forward to seeking more of your magnificent post. Also, I have shared your site in my social networks!

  3. Nice blog right here! Additionally your web site so much up fast! What host are you the usage of? Can I get your affiliate link in your host? I desire my site loaded up as fast as yours lol

  4. Your style is so unique compared to other folks I ave read stuff from. Many thanks for posting when you ave got the opportunity, Guess I all just bookmark this web site.

  5. Sorry for the huge review, but I am really loving the new Zune, and hope this, as well as the excellent reviews some other people have written, will help you decide if it as the right choice for you.

  6. You made some decent points there. I looked on the internet for more info about the issue and found most individuals will go along with your views on this site.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here