9 Amalan Mudah Yang Menyebabkan Wanita Masuk Syurga

Wanita mudah masuk syurga, mudah juga melangkah ke neraka. Nauzubillah... Jika wanita mudah masuk syurga apakah amalan-amalan yang menyebabkan wanita masuk syurga?

8
7524

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”. (Direkodkan oleh Imam Ahmad dalam Musnad Ahmad)

Rasulullah s.a.w. pernah menceritakan ketika peristiwa Israk Mikraj Rasulullah s.a.w melihat ramai wanita tercampak ke dalam neraka. Pernahkah anda terfikir kenapa wanita lebih ramai dalam neraka?

Wanita mudah masuk syurga, mudah juga melangkah ke neraka. Nauzubillah… Jika wanita mudah masuk syurga apakah amalan-amalan yang menyebabkan wanita masuk syurga?

  1. Mentaati perintah suami.

Menurut pandangan Dr Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan dalam kitab beliau, Fatawa Mu’asarah, wajib untuk wanita mentaati ibu bapanya tetapi kewajipan itu beralih setelah seseorang wanita itu berkahwin. Maka, wanita itu seharusnya mengutamakan taat kepada suami. Selama mana ketaatan itu masih berada dalam landasan syariat yang betul dan tidak melanggar perintah agama.

  1. Menjaga lisan daripada perkataan yang sia-sia.

Disaat tidak ada perkara baik yang dapat dilafazkan adalah lebih baik mendiamkan diri dan menghindarkan diri daripada berkata yang sia-sia.

  1. Menjaga kemaluan.

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka…” (Surah An-Nur, ayat 31)

 

  1. Solat lima waktu.

  1. Sentiasa beristighfar.

“kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, Allah akan menggantikan kejahatan mereka dengan kebaikan dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Furqan, ayat 70)

  1. Banyakkan bersedekah.

“Direkodkan daripada Abdullah bin Umar r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ‘Wahai kaum wanita bersedekahlah, sesungguhnya diperlihatkan kepada aku bahawa kalian adalah majoriti penghuni neraka.’ Mereka bertanya, ‘Mengapa wahai Rasulullah?’ Beliau menjawab, ‘Kalian banyak melaknat dan menderhakai suami…” (Direkodkan oleh Imam Muslim dalam Sahih Muslim, Kitab Al-Iman, bab Bayan Nukson Al-Iman Binaksi Taat, no hadith 79, daripada Abdullah bin Umar, status hadith ini sahih)

  1. Puasa di bulan Ramadhan.

 

  1. Menutup aurat dengan sempurna.

Wahai Nabi, suruhlah isterimu, anak perempuan serta wanita-wanita yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya. Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali, maka mereka tidak akan diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah Al-Ahzab, ayat 59)

  1. Menjaga kehormatan diri dan suami.

“… wanita yang soleh itu adalah wanita yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara dirinya ketika suami tidak ada bersama, dengan pemeliharaan Allah…” (Surah An-Nisa’, ayat 34)

Mengapa sendiri terjun ke lembah neraka, jika ada amalan mudah yang tersedia untuk melangkah ke syurga yang abadi?

Tiada jalan singkat ke syurga melainkan memerlukan pengorbanan dan keimanan yang tinggi. Jom kita refleksi diri kita dan mencuba untuk berubah diri ke arah yang lebih baik. Sentiasa setkan minda dan tetapkan dalam hati syurga adalah matlamat utama supaya perbuatan kita seiring dengan matlamat utama kita.

Tip-tip ini dipetik daripada buku Wanita Lebih Mudah Masuk Syurga karya Muhammad Suhadi.  

8 KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here