10 Tip Membeli Belah di Korea Untuk Mengelakkan Pembaziran.

Seoul pernah dinobatkan antara tempat paling best untuk shopping. Barangan yang ‘made in korea’ mempunyai reputasi lebih baik daripada barangan ‘made in China’. Harganya juga berpatutan, lebih-lebih lagi barangan yang berkaitan dengan fesyen

0
151325

 

Membeli belah adalah satu aktiviti wajib ketika melancong ke luar negara. Selain dari melawat ke tempat yang menarik ketika di negara asing, para pelancong tidak ketinggalan untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang buat ahli keluarga.

Pelancong juga mengambil peluang membeli barangan berjenama yang dikeluarkan oleh negara tersebut. Secara tidak langsung harga yang ditawarkan agak murah berbanding harga ketika barang tersebut masuk ke negara mereka.

 

Ketika anda ingin shopping gunakan beberapa istilah atau bahasa mereka yang selalu digunakan di korea ketika mahu membeli belah. Sebagai contoh anda mahu bertanya harga barang Ol-ma-yae-yo? (berapakah) ia merujuk kepada harga. Sebutan yae adalah seperti sebutan ‘yeh’ bagi perkataan ‘pop yeye’. Jika anda mahu meminta diskaun kak-ka-ju-sei-yo (diskaun sikit boleh?) . sebutan ‘sei’ adalah seperti sebutan ‘say’ dalam bahasa inggeris. Hal ini boleh menimbulkan rasa teruja jurujual kepada anda yang boleh bertutur dalam bahasa korea walaupun sedikit.

Persoalannya adakah Seoul adalah negara yang terbaik untuk pelancong menghabiskan wang mereka untuk shopping?

Seoul pernah dinobatkan antara tempat paling best untuk shopping. Barangan yang ‘made in korea’ mempunyai reputasi lebih baik daripada barangan ‘made in China’. Harganya juga berpatutan, lebih-lebih lagi barangan yang berkaitan dengan fesyen.

Walaubagaimanapun, mereka yang gemar berfesyen dinasihatkan agar tidak boros ketka membeli pakaian di sana.

Mari kita lihat 10 tip membeli belah ketika di Korea :

  • Tawar menawar.

Ketika anda shopping di pasar, cuba tawar harga dalam 20% hingga 30% daripada harga asal. Bila penjual bersetuju dengan harga yang ditawarkan, silalah beli atau anda akan dimarahi. Peniaga korea tidak suka pembeli yang tidak serius.

 

  • Kad debit dan kad kredit.

Jika cash anda tidak mencukupi, kad debit dan kad kredit hanya boleh digunakan di kedai-kedai besar sahaja.

 

  • Matawang dollar dan ringgit Malaysia.

Ada kedai-kedai yang menerima duit American Dollar. Jika ada kedai yang sudah biasa dengan pelancong Malaysia, mereka juga menerima ringgit Malaysia. Walaubagaimanapun, sediakan matawang won Korea yang secukupnya.

 

  • Senarai

Untuk menjimatkan masa anda dinasihatkan juga untuk menyenaraikan barangan yang ingin anda beli. Ini untuk mengelakkan dari anda ‘terbeli’ barang yang anda tidak perlu. Selain itu, ia juga bagi mengelakkan anda terlupa membeli cenderahati yang penting untuk ahli keluarga dan kawan-kawan anda.

 

  • Cakap bahasa Korea.

Tak rugi jika anda belajar sikit cakap korea. Belajar sepatah dua perkataan yang penting juga sudah memadai. Ini dapat digunakan ketika anda mahu membeli belah dan bertanya mana-mana tempat jika sesat.

 

  • Simpan resit.

Anda dinasihatkan agar sampai 3 jam sebelum flight berlepas untuk claim tax refund di airport. Simpan resit ketika anda membeli belah di Korea. Biasanya ia akan mengambil masa yang lama sebab ramai pelancong yang akan buat perkara yang sama.

 

Bawa pasport bersama ketika Shopping. Kadang-kadang peniaga nak tengok pasport untuk tax refund atau diskaun.

 

  • Jangan beli barangan elektrik.

Barangan elektrik di Korea lebih mahal daripada Malaysia. Jadi, usah bazirkan masa mencari handphone Samsung dan LG. handphone keluaran korea juga tidak sesuai digunakan di Malaysia kerana berlainan sistem.

 

  • Limit bagasi.

Penalti akan dikenakan jika bagasi anda melebihi limit bagasi penerbangan anda. Pastikan dahulu limit bagasi.

 

  • Jangan shoping hari cuti umum dan perayaan.

Elakkan dari shopping hari sabtu, ahad dan hari cuti kerana pada hari tersebut ramai orang dan akan membuatkan anda tidak selesa. Semak tarikh perayaan ‘chuseok’ (Harvest Day) dan ‘Seollal’ (Tahun Baru cina) setiap tahun. Hari perayaan sebegini kedai kebanyakannya tutup.

 

Di Sebalik rasa teruja  untuk shopping, sentiasalah berhati-hati supaya tidak membazir dengan membeli sesuatu yang tidak bermanfaat dan tidak diperlukan. Anda boleh gunakan duit anda untuk banyak lagi tempat menarik dan berbaloi untuk dilawati.

Allah berfirman:

إِنَّ ٱلۡمُبَذِّرِينَ كَانُوٓاْ إِخۡوَٰنَ ٱلشَّيَٰطِينِۖ وَكَانَ ٱلشَّيۡطَٰنُ لِرَبِّهِۦ كَفُورٗا

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

(Al-Isra’ / 17:27)

Rancanglah perbelanjaan anda sebaik mungkin dan selamat melancong.

Semoga setiap langkah permusafiran itu diredhai oleh-Nya.