10 Teknik Merangsang Hormon Cinta Isteri Yang Suami Tidak Tahu

Kajian menunjukkan manusia dan haiwan mempunyai paras oksitosin yang tinggi adalah lebih tenang dan lebih pandai bersosial

0
35085

 

Oksitosin atau dengan nama lainnya adalah hormon cinta dan hormon kasih sayang yang sering dikaitkan dengan wanita.

Hormon oksitosin akan meningkat ke paras yang lebih tinggi dalam tubuh badan wanita  ketika mereka sedang menikmati urutan yang menenangkan dan hormon tersebut akan menurun apabila mereka berasa diabaikan dan ditinggalkan.

Kenapa pentingnya merangsang hormon oksitosin ini pada wanita tap tidak pada lelaki??

Kajian menunjukkan manusia dan haiwan mempunyai paras oksitosin yang tinggi adalah lebih tenang dan lebih pandai bersosial.

Manakala testosteron di dalam tubuh lelaki mengurangkan kesan ketenangan yang dibawa oleh oksitosin. Perbezaan interaksi antara oksitosin dengan estrogen dan testosteron menjadi punca sebenar lelaki dan wanita memberi respons kepada stress dengan cara yang berbeza.

Para penyelidik mendapati oksitosin dapat melegakan stress yang dialami wanita, tetapi tidak memberi kesan yang sama kepada lelaki.

Perasaan stress bagi seorang wanita itu sangat berbahaya. Ini kerana, perasaan stress dapat memberi kesan kepada mereka ketika melayani kerenah anak-anak. Penghasilan oksitosin mempunyai kaitan langsung dengan reaksi dan tingkah laku memupuk kasih sayang. Perasaan stress yang dialami dapat menjejaskan situasi yang sedang dialami.

Stress juga dapat menjejaskan hubungan intim bersama suami. Komunikasi dan layanan yang baik dapat mengurangkan stress bagi seorang wanita. Tidak seperti lelaki, kebanyakan wanita tidak berminat dengan hubungan intim apabila berasa stress.

10 Teknik Merangsang oksitosin isteri yang suami wajib tahu supaya dapat mengekalkan kebahagian rumah tangga.

  1. Memberikan bantuan bagi memasak,mengemas, membeli belah, dan membersihkan rumah.
  2. Berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan.
  3. Merancang aktiviti istimewa yang sentiasa ditunggu-tunggu.
  4. Merancang aktiviti keluarga yang menyeronokkan.
  5. Membeli baju baru.
  6. Memberi balasan kasih sayang.
  7. Mengambil tahu perkembangan rakan-rakan.
  8. Bercakap dengan pakar terapi atau kaunselor.
  9. Meluangkan masa di spa.
  10. Berehat daripada jadual harian yang sibuk.

Kadang-kadang wanita jarang meminta supaya dipenuhi  kemahuannya kerana takut menyusahkan si suami, pada masa yang sama mereka akan memendam seorang diri. Perkara yang paling penting dalam rumah tangga adalah persefahaman antara suami dan isteri. Mahu atau tidak kita perlu memahami pasangan. Lazimi dengan memberi tanpa mengharapkan balasan.

Keikhlasan dalam perhubungan dapat menjadikan rumahtangga lebih harmoni.

Rasulullah s.a.w. bersabda:

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

“Orang yang imannya paling sempurna diantara kaum mukminin adalah orang yang paling bagus akhlaknya di antara mereka, dan sebaik-baik kalian adalah yang terbaik akhlaknya terhadap isteri-isterinya.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Tirmizi dalam sunan Tirmizi, abwab ridha’, bab ma ja a fil haq almar’ah ‘ala zaujiha, no hadith 1162, daripada Abi Hurairah, status hadith hasan sahih)

Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan kehidupan yang harmoni dan bahagia. Akan tetapi tanpa persedian yang baik dalam ilmu rumah tangga, mana mungkin perkara tersebut dapat dicapai.

Maka Persiapkan diri sebelum terlambat.

John Gray pakar perhubungan nombor 1 dunia menjelaskan secara terperinci tentang komunikasi rumahtangga dalam buku Why Mars and Venus Collide.

Selamat maju jaya.