4 Petua Untuk Menguasai ‘MOOD’ Anda Menjadikan Urusan Harian Anda Mudah dan Senang.

Pernah tak anda bangun dari tidur, anda rasa sangat lemah, kemudian anda jerit dalam hati, “Aaaaaaaaaaaaaaaa, saya tak ada mood hari ini.”  

0
10248

Anda bangun dari katil, anda tengok diri anda dalam cermin sambil cakap, “Malasnya hari ni dah la ustaz tu nak aku siapkan kerja hari ni juga, hutang Si Timah pun aku tak bayar lagi sebab gaji tak dapat lagi. Si Tijah pula masam muka aku tak habis-habis lagi walaupun aku dah minta maaf.”

Anda bergerak ke tempat kerja dengan keadaan yang masam, segala tugasan harian anda ditangguhkan kerana mood negatif yang ada dalam diri anda.

Pernahkah perkara ini berlaku dalam kehidupan anda? Andai pernah, mari kita ubah mood jahat itu dengan 4 petua ini:

1. Yakin bahawa anda mampu mengawal mood anda sendiri.

Austin McConicle pernah berkata,

Anda mungkin tidak mampu mengawal situasi, tetapi anda sebenarnya sentiasa mampu mengawal reaksi.” Mood adalah sebahagian daripada diri anda, ia bukannya milik orang lain. Jika anda dapat kawal tangan, kaki, telinga, mata sudah
tentu anda juga dapat kawal mood anda.

2.Tingkat kuasa keinginan melalui latihan.

Seorang penyanyi terkenal, pernah berkata dia sangat seronok apabila konsertnya dihadiri ramai, dan dia berada di hadapan lautan manusia.

Kemudian dia ditanya, “Apa yang kamu lakukan jika yang ada di hadapan kamu sedikit dan mereka tidak bersama kamu?”

Charles menjawab, “Dengan itu anda dapat tahu sama ada anda seorang yang professional ataupun tidak. Itu jika anda bekerja lebih keras daripada sebelum ini.”

 

3.Gunakan kaedah ‘terapi pengesahan’.

Eugene Griessman, seorang pakar pengurusan pernah berjumpa dengan seorang juru jual barangan dan bertanya apakah perkara yang dia buat sebelum melakukan pemasaran.

Budak itu menjawab,

Genggam satu penumbuk, tumbuk ke tangan satu lagi sehingga berbunyi ‘pop!’ dan berkatalah, “Ya! Saya berasa sungguh hebat sekali!

Griessman melakukannya dan mendapati ia berkesan.

Anda tahu kenapa?

Kerana anda sudah memperdayakan ingatan separuh sedar anda. Otak separuh sedar percaya kepada mesej anda tadi dan percaya ia adalah kebenaran, lantas otak separuh sedar menghantar mesej pengesahan kepada seluruh sistem saraf badan anda. Sebab itu anda akan berasa cukup hebat sekali.

4.Kaedah menulis kesedihan.

Penulis buku motivasi dan psikologi positif, Martin E.P Seligman ada memberikan satu petua yang menarik. Jangan termenung ataupun mengelamun. Hal ini membuatkan anda tidak akan melupakan kesedihan itu.

Apa yang perlu anda lakukan?

  • Menulis setiap kesedihan dan masalah itu di atas kertas sebaik sahaja ia berlaku.
  • Kemudian, tentukan tarikh dan masa bila anda fikirkan berkenan masalah itu.
  • Jika anda tiba-tiba mengelamun berkenaan perkara itu, buat sesuatu pada diri anda, seperti merenjiskan air ke muka,menampar pipi, mencubit diri sendiri dan berkata, “Berhenti! Bukan sekarang.”
  • Dengan ini, mood anda tidak terjejas, dan anda dapat menguruskan kerja harian anda dengan penuh berkesan.

Moga dengan petua ini dapat memudahkan urusan harian kita dan menjadikan hidup kita gembira dan sempurna.