11 Tip Membeli Makanan Halal Ketika Melancong Ke United Kingdom

Jadi ketika mengembara pastikan perut anda terisi supaya tidak merosakkan mood anda ketika melancong.

45
12919

 

Soal pemakanan sememangnya sangat penting bagi kita ketika travel, lebih-lebih lagi mereka yang beragama Islam. Bak kata pepatah “perut kenyang, hati senang”

Jadi ketika mengembara pastikan perut anda terisi supaya tidak merosakkan mood anda ketika melancong.

Akan tetapi di United Kingdom, untuk mencari makanan halal bukanlah satu masalah yang besar. Ini kerana, dikatakan penduduk Islam di UK mencecah 3 juta orang. Sehingga Birmingham digelar “Britain New Mecca”.

Hal ini menunjukkan Islam bukanlah perkara asing bagi orang UK. Ketika anda melancong ke UK anda mempunyai pilihan sama ada ingin membeli makanan yang sudah siap dimasak atau anda ingin memasak sendiri. Barangan mentah di sana juga tidak terlalu mahal dan senang untuk didapati. Akan tetapi, ia satu kerugian yang besar jika anda tidak dapat merasai sendiri makanan tempatan disana.

Biarpun fish and chips juga boleh kita dapati di Malaysia, apa kata kali ini kita cuba rasa fish and chips asli dari negara ini.

Walau di mana sahaja kita berada, jauhkan makan sesuatu yang kita ragui akan status halalnya. Oleh sebab itu kita perlu mendapatkan maklumat yang sahih tentang tempat tersebut sebelum melancong.

Allah berfirman dalam surah Al-maidah ayat 88:

وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ ٱللَّهُ حَلَٰلٗا طَيِّبٗاۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِيٓ أَنتُم بِهِۦ مُؤۡمِنُونَ

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

 

Mari kita lihat, tip membeli makanan ketika anda melancong di kota UK.

  1. Jika pergi ke masjid, cuba cari kedai halal di sekelilingnya. Masjid dibina sekitar kawasan komuniti orang Islam jadi kedai halal selalunya ada berdekatan.
  2. Berbeza dengan Negara-negara Eropah yang lain, kebanyakkan kedai makanan halal di UK akan ada tanda ‘halal’. Kalau di negara Eropah, kebanyakan mereka jarang letak tanda halal, mungkin sebab orang tempatan di sana kurang arif dengan tanda tersebut. Jadi pekedai tak letak tanda halal untuk elak salah faham.
  3. Kadangkala kita penat setelah seharian berjalan dan malas untuk keluar mencari makan malam. Jangan khuatir. Kebanyakkan kedai take away di UK ada servis delivery. Hanya perlu call apabila sampai di tempat penginapan dan makanan akan sampai di depan pintu. Sila semak harga cas delivery (kadangkala ada yang percuma jika kita order banyak). Tempahan juga boleh dibuat melalui aplikasi/ laman web Justeat dan Hungryhouse.
  4. Sesetengah pasar raya ada menjual daging halal yang telah diperap dengan rempah ratus (contohnya rempah tandoori). Kebanyakan homestay dan BnB ada sediakan oven jadi boleh masak sendiri. Cara ini sangat murah berbanding beli ayam panggang di restoran.
  5. Disebabkan portion makanan di UK selalunya besar, sering kali kita makan tak habis. Jangan segan untuk minta take away bag untuk bungkus. Boleh simpan untuk makan nanti.
  6. Selalunya sesuatu yang bersifat kenyal mempunyai gelatin haiwan dan tidak halal. Contohnya gula-gula jeli dan marshmallow.
  7. Orang UK sangat menghormati hak pengguna, jadi jangan gusar untuk tanya sama ada makanan tersebut ada unsur alkohol ataupun daging babi. Jangan tanya halal ataupun tidak, kerana kebanyakan mereka tidak berapa tahu (kecuali di restoran terkemuka seperti nandos)
  8. Walaupun kebanyakan ikan halal, tapi ikan bakar di restoran fine dining ada dicampur arak semasa proses penyediaan. Begitu juga dengan tepung ikan goreng (batter) yang ada kalanya dicampur dengan arak. Bertanyalah dahulu sebelum membuat pesanan. Kalau kedai tersebut sudah memaparkan tanda halal dan jelas orang Islam yang menguruskannya, tak perlulah tanya.
  9. Di kebanyakan kedai, sos tomato (ketchup) lebih popular berbanding sos cili. Agaknya orang UK lebih menggemari sos tomato.
  10. Jika kita ingin minum air kosong semasa makan di luar, sebahagian restoran membenarkan pengunjung untuk memesan air paip atau tap water (boleh diminum) dengan percuma. Harga air mineral di restoran agak mahal.
  11. Selepas makan di restoran makanan segera atau take away , jangan lupa untuk kemas meja kita sendiri. Buang sampah ke dalam tong dan letak tray di tempat yang disediakan.

Makanan bukanlah alasan yang kukuh untuk membuatkan anda berat hati untuk melancong ke United Kingdom. Rancang perjalanan anda ke UK dan dapatkan lebih banyak tip untuk melancong ke UK dalam buku I’m Backpacker: United Kingdom yang ditulis oleh shahkang, terbitan PTS. publication. Buku ini akan membantu anda merancang perjalanan anda ke UK dan membantu anda untuk mengelakkan pembaziran dan kerugian ketika melancong.

Jom ke UK!

Comments are closed.