Kenapa Perlu Bersikap Tenang Apabila Diuji?

0
10582

Jalan titian ke syurga bukan mudah. Akan tetapi setiap liku-liku perjalanan ke arahnya
berhamparkan pelbagai cubaan dan ujian. Seperti yang kita ketahui bahawa setiap manusia yang diciptakan akan disediakan ujian tersendiri untuknya. Namun, Islam mengajar umatnya supaya sentiasa berlapang dada dan bersikap tenang.
Allah telah manjanjikan kejayaan kepada mereka yang bersabar apabila diuji.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). (Surah Ali-Imran: ayat 200)

Menyedari hakikat ini, Syeikh Ibnu Atha’illah dalam kitab Al-Hikam, jilid 2 bermaksud,
“Kadangkala Allah menggembirakan seseorang hamba supaya kita tidak kekal dalam
keadaan dukacita yang menekan diri. Kadangkala Allah memberi rasa dukacita supaya kita
tidak kekal dalam kegembiraan yang merupakan habuan nafsu semata.”

Justeru, tidak pelik bagi Allah yang telah meletakkan haknya iaitu menguji hamba-Nya
seperti kehilangan nyawa, kehilangan harta benda, kesusahan hidup dan sebagainya.
Kegembiraan juga ujian untuk kita.

Apabila Islam meetakkan kesopanan dalam setiap keadaan, keadaan berdukacita juga
tersemat adab-adabnya. Ibnu Ajibah menyebut, adab bersedih adalah sentiasa tenang terus
berada jalan qadar Allah dan seterusnya sentiasa kembali kepada Allah s.w.t. yang maha Esa.

Justeru, umat Islam perlu sedar apabila ujian mendatang, yakinkan diri kita supaya bersangka baik dengan apa-apa dugaan yang diberi sekalipun. Hikmah yang pelbagai terselit kemas sebenarnya. Penulis menyeru kepada pembaca supaya ujian yang tiba perlu dihadapi dengan jiwa yang tenang dan berusaha untuk menyelesaikan setiap permasalahan tersebut dengansebaik mungkin.