Anda Pasti Tidak Tahu Janin yang Keguguran Perlu Disolatkan Jika Cukup Syarat Ini!

0
20199

Rata-rata ibu-ibu yang mengalami keguguran pada bulan pertama kehamilan dan ada juga menerima ujian keguguran ketika bayi sudah cukup sifatnya. Namun, kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui cara yang tpat dalam menguruskan janin yang keguguran mengikut perspektif Islam. Memetik kenyataaan Mohd. Dziaulhaq Hashim, Pegawai Dakwah Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang bercerita mengenai ini, terdapat syarat jhusus dalam permasalahan ini.

Fakta pertama yang perlu diketahui oleh kita adalah bayi yang gugur sebelum berumur empat bulan di dalam kandungan tidak perlu dimandikan dan disolatkan. Sebaliknya, ia hanya perlu dibalutkan dengan secebis kain dan dikebumikan.
Namun, pada fakta yang kedua pula ialah sekiranya bayi itu berusia empat bulan dan menunjukkan tanda-tanda hidup, maka menurut ijmak ulama, hendaklah dimandikan, dikafankan, disolatkan dan dikebumikan. Perkara ini telah disebut dalam hadith nabi.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika bayi yang gugur itu memiliki tanda-tanda hidup, hendaklah disolatkan.” (Hadith direkodkan at-Tirmidzi)

Di sisi lain pula, Syeikh Muhammad Al-Zuhaili dalam kitab Al-Mu’tamad menyatakan, jika janin yang gugur iu bergerak-gerak atau menggigil, tetapi tidak mengeluarkan suara, maka diambil kira wujudnya kehidupan. Hal ini bermakna bayi tersebut telah hidup sebelumnya.
Dalam hal ini, apabila janin tersebut meninggal, ia harus dimandikan, disolatkan, dan dikebumikan atas dasar berhati-hati.

Fakta yang terakhir pula, seandainya janin yang lahir itu tidak menunjukkan tanda-tanda hidup walaupun sudah cukup empat bulan seperti tidak bergerak dan bersuara, maka janin itu tidak perlu disolatkan tetapi wajib dimandikan, dikafankan serta disemadikan.