Adab dan Pantang Larang Orang Jerman yang Perlu Anda Tahu Sebelum Melancong Ke Jerman

Jerman adalah Negara yang seluas Malaysia yang menjadi ‘abang besar’ di Eropah dengan kuasa ekonomi yang kuat.Negara Jerman terkenal dengan teknologinya yang canggih dan berkualiti. Malah di Jerman juga mempunyai pemandangan semulajadi yang cukup indah.

0
11648

 

“kembara membuatkan kita hilang kata-kata, namun kemudian menjadikan kita seorang pencerita”

Ibnu Battuta

Jerman adalah negara yang seluas Malaysia yang menjadi ‘abang besar’ di Eropah dengan kuasa ekonomi yang kuat.Negara Jerman terkenal dengan teknologinya yang canggih dan berkualiti. Malah di Jerman juga mempunyai pemandangan semulajadi yang cukup indah.

Kadang-kadang keunikan sebuah negara adalah kerana bangsa dan rakyat yang tinggal di negara tersebut. Seperti kita di Malaysia yang mempunyai kaum yang berbilang bangsa, sudah pasti adab dan pantang larang juga ada yang berbeza. Perbezaan ini tidak menjadikan ia satu permusuhan bahkan lebih menghormati antara satu sama lain.

Negara Jerman bukan sahaja digelar negara maju, akan tetapi negara ini juga amat mementingkan adab ketika berurusan. Anda wajib tahu adab dan pantang larang orang Jerman sebelum melancong ke sana.

  1. Jangan habis minyak di highway. Sekiranya anda sewa kereta dan memandu di jerman , sila pastikan tangki minyak sentiasa penuh. Kita dilarang berhenti di lebuh raya kecuali kereta rosak sahaja. Sekiranya didapati kehabisan minyak maka kita boleh disaman.

  1. Jangan tunggu untuk diberikan tempat duduk di restoran. Sekiranya kita ke restoran jarang sangat ada pelayan yang membawa kita ke tempat duduk yang bersesuaian.Biasanya kita masuk dan carilah mana-mana tempat kosong ataupun meja yang ada kerusi kosong. Orang Jerman tidak kisah.

  1. Jangan letak siku di atas meja makan. Hanya tangan dibenarkan berada di atas meja ketika makan. Jangan bertongkat suka pula kerana ia dianggap biadap.

4. Makan sampai habis. Setiap kali selepas makan, pastikan kita menghabiskan semuanya.  Orang Jerman tidak suka melihat makanan dibazirkan.

  1. Symbol Nazi dan Hitler. Jangan sesekali tunjukkan simbol nazi, lambing swastika ataupun tabik hormat seperti adolf hitler. Kita boleh ditangkap dan didakwa.

Hitler menjadi canselor jerman ketika tahun 1933.sejarah merekodkan berjuta-juta orang terkorban ketika Hitler melancarkan kempen membunuh yahudi di Eropah. Oleh itu Hitler menjadi yang paling kejam dalam sejarah perang dunia.

Kerana itu, sehingga sekarang nama Hitler dan simbolnya dilarang di negara Eropah.

  1. Sekiranya memperkenalkan diri hendaklah kita berjabat tangan atau bersalaman.tangan sebelah lagi jangan dimasukkan ke dalam poket, seeloknya salamlah dengan mnggenggam  sebelah tangan dan sebelah lagi diletakkan diatasnya dan pandanglah mata.

Adab menentukan keperibadian kita sebagai seorang muslim.

Allah berfirman dalam surah Al-Furqan ayat 63,

وَعِبَادُ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلَّذِينَ يَمۡشُونَ عَلَى ٱلۡأَرۡضِ هَوۡنٗا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ ٱلۡجَٰهِلُونَ قَالُواْ سَلَٰمٗا

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.

Kesimpulannya, jagalah adab dan ketahuilah pantang larang di tempat yang kita kunjungi bimbang jika berlaku perkara yang tidak diingini. Kaji dahulu berkenaan sikap orang di tempat tersebut dan apa yang perlu dilakukan supaya tidak timbul masalah di kemudian hari.

Dapatkan lebih banyak tip menarik dalam buku I’m Backpacker: Germany oleh Khairul Abdullah.

Selamat bermusafir!