Pencabulan Baitulmaqdis Petanda Amerika Syarikat Sekutu Zionis Selepas Pengisytiharan!

300
1865

Pada 7 Disember 2017, Amerika Syarikat telah mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Petunjuk ini jelas untuk membuktikan Washington berjaya dijerat oleh Zionis ataupun Yahudi Laknatullah yang mencetuskan kemarahan Umat islam sedunia.

Baitulmaqdis yang mana tertegaknya binaan Masji Al-Aqsa, masjid suci teragung umat Islam selepas Masjidil Haram dan pusat kesatuan umat Islam sedunia. Terdapat satu hadith yang menyebut yang bermaaksud,

“Wahai Rasulullah, masjid apakah yang pertama diletakkan oleh Allah di muka bumi?” Beliau bersabda, “Al-Masjid Al-Haram”. Abu Dzar bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Beliau bersabda, “Kemudian Al-Masjid Al-Aqsha”. Berkata Abu Mu’awiyah “Yakni Baitul Maqdis” . Abu Dzar bertanya lagi, “Berapa lama antara keduanya?”. Beliau menjawab, “Empat puluh tahun”.
(Hadith direkodkan oleh Imam Ahmad dari Abu Dzar).

Apabila Donald Trump mengumukan berita mengejutkan ini, jelas bagi semua umat Islam sememangnya membuktikan bahawa Amerika Syarikat benar-benar berada dibawah telunjuk Israel dan tidak dapat lari daripada kongkongan orang Yahudi yang berada di Israel, Eropah atau Amerika. Hal ini telah diperkatakan oleh salah seorang Penganalisis Asia Barat Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Kamaruzaman Yusoff.

Umat islam pada hari ini perluu sedar dengan apa yang telah dilakukan Trump ini meranapkan semua usaha yang dilakukan pemimpin Islam sebagai perintis dan Barat untuk membentuk penyelesaian, termasuk penyelesaian dua negara di tanah Palestin.

Penulis tampil membicarakan isu ini supaya dapat membuka semua minda umat Islam supaya turut sama muncul dengan idea penyelesaian. Jika dilihat, kebangkitan umat Islam khususnya telah beraksi sebaik sahaja berita tersebut tersebar. Hal ini bukan sahaja boleh dicadangkan melalui perbincangan melalui artikel, malah tindakan memboikot barangan Israel juga dikira membantu. Sesetengah berpendapat, Jordan dan Turki adalah negara yang paling layak menerajui usaha itu.

Seterusnya, Donald Trump turut mengumumkan pelan memindahkan pejabat kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis. Jika di sisi lain pula, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Wisma Putra Malaysia menyebut pengiktirafan atau usaha memindahkan kedutaan Amerika Syarikat (AS) ke Baitulmaqdis merupakan satu pencerobohan terhadap bangsa Arab dan umat Islam. Ia juga adalah satu bentuk pencabulan kepada hak orang Islam dan Kristian. Informasi ini diambil dari portal Berita harian.

Walaupun terdapat 128 negara membantah pengisytiharan itu, Donald Trump tetap tidak berganjak dengan ketetapannya serta tidak mengendahkan bantahan masyarakt sivil dunia. Justeru, usaha semua pihak perlu dikerah untuk membebaskan kembali kota Suci itu dengan apa cara sekali pun. Terdapat banyak hadith Rasulullah s.a.w. menyebut tentang kelebihan mengimarahkan Masjidil Aqsa sekali gus menjadi sebab utama perjuangan membebaskan kota Baitulmaqdis dari cengkaman zionis.

Antara matan hadith yang disebutkan adalah seperti yang direkodkan oleh imam  At-Tirmizi dari Zaid bin Tsabit Al-Ansari disebutkan, yang bermaksud,

“Saya mendengar Rasulullah bersabda: ‘Betapa diberkatinya Syam! Betapa diberkatinya Syam!’ Lalu orang-orang bertanya, ‘Bagaimana ia diberkati wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab, ‘Para malaikat membentangkan sayapnya di atas Syam, dan para nabi telah membangun Baitul Maqdis (Al Quds).” Ibnu Abbas menambahkan bahawa Rasulullah bersabda, “Dan para nabi tinggal di Syam, dan tidak ada sejengkal pun kota Baitul Maqdis kecuali seorang nabi atau malaikat pernah berdoa atau berdiri di sana.”
(Hadith direkodkan oleh At-Tirmizi).

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here