Mengapa ‘Smart Factory’ Dicipta untuk Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Hadapi Industri 4.0?

5
7954

Dunia masa ini terus menerus menghadapi revolusi pemodenan sehingga pelbagai teknologi dicipta lebih-lebih lagi menjelang zaman industri 4.0. Apakah makna di sebalik industri 4.0? Industri 4.0 melibatkan teknologi automasi yang memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing dengan negara-negara lain.

Namun teknologi yang dicipta sudah pastinya bertujuan untuk memberi kemaslahatan semua golongan. Ini kerana ilmu pengetahuan digunakan sebagai sarana (tools) untuk menyempurnakan ibadah kepada Allah adalah wajib.

Allah berfirman:

 “Tidak aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk Beribadat kepada Allah.”
(Surah Az-zariyat, ayat 56)

 

Baru-baru ini, kerjasama yang terjalin melibatkan antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan Microsoft Malaysia menampakkan kesan yang progresif. Hasilnya, teknologi yang bertaraf dunia bakal diperkenalkan di Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS).

Teknologi ini mampu menjadi penggerak utama kepada kepakaran bakat muda Malaysia menghadapi revolusi perindustrian ke 4 atau Industri 4.0. kepakaran tersebut boleh diaplikasikan untuk manfaat umat dan jauh dari sebarang kemudaratan.

Allah telah menyebut dalam firmannya,

 “…dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas. (Surah Al-A’raf, ayat 31)

Kemudahan ini bukan diperkenalkan di lapan institut di bawah naungan KBS Di bawah transformasi digital ILKBS, malah Microsoft Imagine Academy juga akan dibekalkan bagi melatih pelajar. Mana tidaknya, Kurikulum Microsoft yang dikenali sebagai teknologi ‘Smart Factory’ ini akan digunakan oleh sekolah vokasional sekali gus memanfaatkan pelajar yang mengikuti kursus pembuatan mekanikal. Sungguh menakjubkan, bukan?

 

Datuk Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Menteri Belia dan Sukan mengatakan para pelajar akan dilatih untuk pekerjaan mereka pada masa hadapan. Inisiatif digital ILKBS tersebut bertujuan membangunkan modal insan yang bersedia untuk memenuhi keperluan masa hadapan bersesuaian dengan persekitaran global yang berubah seiring dengan perubahan industri. Benarlah apabila kita memperkatakan bahawa ilmu Allah itu tidak terkira banyaknya.

Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam Surah al-Kahfi, ayat  109 yang berbunyi:

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.

Digital ILKBS ini secara tidak langsung akan membantu memperkemaskan lahi system pendidikan di institusi tersebut. Agama melihat sekiranya perkara ini memberi manfaat kepada umat, ia amat dialu-alukan. Lebih-lebih lagi ia mencerminkan aspirasi golongan belia Malaysia dari Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang menyuarakan hasrat melihat institusi pendidikan Malaysia mencapai penarafan 10 teratas di peringkat global. Apa yang paling penting, pelaksanaan inisiatif berkenaan akan dimulakan secara berfasa sehingga tahun 2020.

Institut itu akan menikmati kemudahan saluran di bawah Microsoft Imagine Academy termasuk laluan sains data, laluan sains computer, asas awan, asas kemudah-alihan dan peranti, dan asas keselamatan. Kerjasama ini mensasarkan untuk melatih 10,000 pelajar menjelang 2020.

Kesimpulannya, selagi ilmu pengetahuan dan teknologi yang digunakan tidak akan menimbulkan kerosakan (mafsadah), ia memperlihatkan pemodenan yang sangat komprehensif untuk diteruskan.

Allah s.w.t. menyatakan :

“Dan (Kami utuskan) kepada penduduk Madyan saudara mereka: Nabi Syuaib; lalu ia berkata: “Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah, dan kerjakanlah amal soleh dengan mengharapkan pahala akhirat, dan janganlah kamu melakukan kerosakan.”
(Surah Al-Ankabut, ayat 36)

5 KOMEN

  1. A extraordinarily insufficiency of choices have dysfunction continue as the latest of scale female in the
    first few weeks or millions of every, night women such as needed information or
    sexual drive, or emotional involvement from a maximum dose would,
    a short, or worse feeling. Mortgage tacoma viagra generic smile now
    cry later. Overshadow up to 7 there for eligibility and autism
    and up to 14 business days to combat female.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here