Berhibur, Adakah Haram? Bagaimana Berhibur Dengan Cara Islam?

Sebagai seorang yang berjiwa muda, anda pasti suka berhibur bukan? Tetapi bukankah berhibur dilarang dalam Islam? Adakah kita harus beribadah kepada-Nya sepanjang hari?

6
8147

Sebagai seorang yang berjiwa muda, anda pasti suka berhibur bukan? Tetapi bukankah berhibur dilarang dalam Islam? Adakah kita harus beribadah kepada-Nya sepanjang hari?

Islam itu indah, Islam telah menggariskan panduan yang sesuai dengan fitrah dan naluri manusia. Berhibur boleh tetapi mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan. Malah, hiburan juga boleh menjadi satu bentuk ibadah jika kita melakukan dengan cara yang betul.

Hiburan adalah bermain alat muzik, menyanyi, atau sebarang bentuk yang memberi keseronokan kepada pendengar atau penonton.

Jadi, apakah garis panduan berhibur dengan cara Islam?

  1. Tidak mendatangkan fitnah kepada agama.

Berhibur dibenarkan di dalam Islam tetapi jangan mengundang perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah dan salah faham kepada agama. Contohnya, bernyanyi lagu atau lirik lagu bersifat ketuhanan tetapi dipersembahkan ditempat yang tidak sepatutnya seperti kelab malam dengan tujuan untuk mengajak anak muda mendekati Allah. Niat atau tujuan yang baik tidak menghalalkan cara kerana perkara ini lebih dekat dengan fitnah.

“Oh, islam membenarkan penganutnya berhibur di kelab malam!”. Sangka Non-muslim. Secara tidak sedar kita telah memberi salah faham kepada non-muslim tentang islam.

  1. Lirik atau skrip yang mendatangkan kelalaian kepada pendengar/penonton.

Maksudnya: Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan. (Surah Luqman, ayat 6)

Ayat di atas jelas mengatakan azab yang menghinakan untuk hiburan yang mendatangkan kelalaian. Contohnya, mendengar muzik atau menonton cerita sehingga terabai tanggungjawab sebagai seorang muslim, iaitu tinggal solat fardhu.

 

  1. Hiburan yang tidak ada percampuran di antara lelaki dan perempuan.

Penghibur mestilah di kalangan lelaki dan penonton tidak bercampur di antara lelaki dan perempuan. Penghibur di kalangan perempuan dibenarkan tetapi penonton mestilah dikalangan perempuan dan persembahan itu tidak disebarkan di tangan lelaki. Contohnya, lagu, lirik lagu atau skrip yang mengingati Allah tetapi dikalangan penonton ada percampuran di antara lelaki dan perempuan serta tidak menutup aurat dengan sempurna. Jelas, perkara ini sangat ditegah di dalam Islam.

 

Akhir sekali, Islam tidak mengharamkan terus perkara yang bersifat fitrah kepada manusia, tetapi Islam menghadirkan peraturan dan garis panduan supaya kita tidak terpesong atau lalai dari agama-Nya. Namun, sebaik-baik hiburan yang disukai-Nya adalah dengan memuji dan mengingati Allah dan Rasul-Nya.

6 KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here