5 Tip Pendirian Kita Sebagai Seorang Muslim ketika Menghadapi Kesusahan dan Krisis dalam Kehidupan daripada Dr Yusuf Al-Qaradhawi.

Kita hidup dengan penuh kebahagian, diberi kasih sayang yang penuh oleh kedua ibu bapa, disayangi bos di tempat kerja, dicintai suami dan anak-anak. Namun, setiap yang hidup pasti pernah rasa kesusahan. Susah betul hidup, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayang, kita sakit yang penat, kita tiada wang untuk hidup dan sebagainya.

0
17544

Situasi di atas pasti semua kita akan hadapi kan? Itulah asam garam kehidupan kita. Mungkin juga antara kita pernah terlintas di hati, “Aku dan penat hidup begini, baik bunuh diri sahaja, aku tak mampu bersabar.”

Wahai pembaca yang budiman,

Di sini, penulis kongsikan kepada anda semua 5 tip pendirian kita sebagai seorang muslim ketika menghadapi kesusahan dan krisis dalam kehidupan daripada Dr.Yususf Al-Qadadhawi:

1. Kesabaran itu kunci kebahagian.

Seorang Muslim perlu menghadapi kehidupan dengan tenang serta yakin, jiwa yang kuat, dan kemahuan yang teguh.

Tiada cara lain untuk kita mengatasi masalah kita selain daripada sabar. Allah s.w.t. memerintahkan kita supaya memohon pertolongan daripada-Nya dengan bersolat bagi menghadapi kesulitan hidup seperti dinyatakan dalam Al-Quran.

Wahai sekalian orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan mengerjakan solat kerana sesungguhnya Allah menyertai orang yang sabar.

(Surah Al-Baqarah, ayat 153).

2. Kuat menghadapi dugaan.

Kita perlu menjadi lebih kuat bagi menghadapi kehidupan dugaan-dugaan dengan berserah diri kepada Allah s.w.t., berpegang teguh pada tali-Nya, dan percaya terhadap Allah bahawa kehidupan hari esok adalah milik-Nya. Kita juga perlu meyakini selepas malam berlalu terbitnya fajar dan bersama-sama kesusahan itu ada kesenangan.

3. Hayati kisah-kisah dalam Al-Quran.

Kisah-kisah para rasul dalam Al-Quran cukup memberikan kita motivasi. Contohnya, kisah Nabi Musa a.s. Sejak lahir lagi baginda diberi ujian dan dugaan, baginda dicampak ke laut dan dipungut oleh musuh Allah s.w.t. dan musuh baginda iaitu Firaun. Namun, disebalikkan dugaan itu, baginda dipelihara di istana Firaun, membesar dan hidup dalam pangkuan Firaun.

4. Ketakwaan dan kesabaran.

Ketakwaan dan kesabaran adalah kunci kemenangan, jalan kejayaan di dunia dan akhirat.

….. Sebenarnya sesiapa yang bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang yang melakukan kebaikan.

(Surah Yusuf, ayat 90).

 

5. Bunuh diri bukan idea yang patut dicuba.

Terdapat banyak kisah, cerita, teater yang ditulis untuk orang-orang Islam diakhiri dengan membunuh diri. Seolah-olah tidak ada jalan lain untuk seorang insan melepaskan diri dan mendapatkan pertolongan atas bebanan ataupun penderitaan dunia. Membunuh diri adalah antara dosa besar.

 

Para pembaca yang saya sayangi sekalian,

Kesimpulannya, sebagai seorang manusia kita pasti tidak akan terlepas dari musibah dan dugaan hidup. Jom sama-sama kita pratikkan tip yang diberikan oleh Dr.Yususf
Al-Qadadhawi untuk menyelesaikan masalah kita. Tip ini sangat berguna kepada kita terutamanya kita sebagai seorang manusia yang beriman kepada Allah.