NVDA Arabic; Bantu OKU Penglihatan Membaca AlQuran

Perisian NVDA Arabic iaitu Non visual desktop access wajar untuk diperkenalkan bagi membantu golongan OKU penglihatan membaca teks-teks arab dan jawi secara audio serta memahami ayat-ayat alquran serta matan hadith yang terdapat dalam kitab-kitab hadith yang muktabar.

514
1833

NVDA Arabic adalah istilah asing bagi kita, ini kerana kebiasaannya kita hanya mendengar OKU penglihatan ini membaca Al Quran menggunakan Al Quran Braille.

AlQuran Braille adalah naskhah Al Quran yang dicetak oleh pihak Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS). Braille merupakan sistem tulisan berasaskan sentuhan yang paling meluas digunakan oleh masyarakat dunia pada hari ini. Kewujudan tulisan braille ini sudah lebih dari 50 dekad, secara tidak langsung ia banyak membantu golongan OKU penglihatan untuk membaca AlQuran dan tulisan-tulisan lain.

Satu naskhah Al Quran Braille dijual dengan harga RM 200.00 hingga RM 400.00, ini kerana proses percetakan yang agak rumit dan memerlukan kepakaran yang tertentu.

Walaubagaimanapun. Perisian NVDA Arabic iaitu Non visual desktop access wajar untuk diperkenalkan bagi membantu golongan OKU penglihatan membaca teks-teks arab dan jawi secara audio serta memahami ayat-ayat Al Quran serta matan hadith yang terdapat dalam kitab-kitab hadith yang muktabar.

Perisian ini telah diusahakan oleh pihak mada Qatar Centre for Assistive Center Technology, iaitu pertubuhan NGO yang berusaha untuk meningkatkan kemampuan orang kurang upaya melalui ICT. Ini adalah suatu perkembangan yang baik buat golongan ini. Ini kerana dunia telah memasuki era globalisasi yang pesat membangun. Secara tidak langsung golongan OKU penglihatan tidak akan ketinggalan dengan teknologi yang dibangunkan.

Perisian ini sangat istimewa kerana golongan OKU penglihatan tidak sahaja mengetahui cara untuk membaca AlQuran, akan tetapi mereka juga dapat mengetahui hadith-hadith dan pengajian agama islam yang lain.

Mereka dapat belajar ilmu-ilmu Al Quran dan hadith khususnya melalui aplikasi perisian screen reader. Ianya adalah perisian yag membacakan teks kepada golongan OKU penglihatan melalui audio. Melalui aplikasi ini, individu OKU penglihatan mampu mempelajari teks pada skrin monitor secara audio.

Teks ditukar menjadi bunyi yang menggunakan teknologi text-to-speech synthesis (TTS) yang dapat didengari oleh OKU penglihatan. Teknik TTS bertujuan menterjemahkan rantaian symbol fonetik kepada suara, mengubah symbol linguistik yang diberikan dan menjana ucapan secara automatik dengan maklumat mengenai intonasi dan tekanan untuk mendapatkan prosidi (pembolehubah dalam ucapan) yang tepat. Kualiti TTS boleh diukur berdasarkan kriteria yang berbeza, termasuk sebutan yang tepat dan jelas.

NVDA Arabic sedang mengubah kehidupan golongan OKU penglihatan di seluruh dunia, dengan menyediakan mereka dengan alternatif percuma kepada pembaca skrin komersial, yang mungkin terlalu mahal di tempat atau bahasa mereka. Ia juga membolehkan golongan ini bebas menggunakan computer bagi menghasilkan kandungan bertulis, bersosial, mengambil bahagian secara aktif dalam pendidikan dan pekerjaan.

Apa keistimewaan NVDA Arabic yang patut anda ketahui?

  1. Teknologi bacaan skrin yang agak baru dalam bahasa Arab enjin (text-to-speech)
  2. NVDA Arabic atau Non Visual Desktop Access adalah perisian screen reader yang dapat membaca apa yang ada di skrin komputer, dalam ucapan sintetik, atau melalui paparan braille. Ia menggunakan Sistem Operasi Windows, dan yang paling penting boleh dimuat turun secara percuma dan merupakan sumber terbuka.
  3. Ciri-ciri pintar NVDA Arabic adalah menyokong Grade 2 Braille dan juga menyokong untuk kegagalan MS Windows browser (Internet Explorer). Ia juga menyokong ciri-ciri asas Microsoft Outlock. NVDA juga mempuyai pemandu (driver) yang sesuai untuk beroperasi dengan kebanyakan display Braille yang popular. Kebanyakan aplikasi terbuka seperti Mozilla Firefox, Thunderbird dan Open Office Suite adalah sesuai dan serasi dengan aplikasi NVDA.
  4. NVDA juga menyediakan ciri-ciri yang membolehkan OKU cacat penglihatan mengendalikan tetikus (jika tetikus digerakkan akan berbunyi menunjukkan kedudukan tetikus). NVDA ini boleh didapati dalam dua cara, pemasang dan mudah alih. Pemasang boleh dipasang pada PC, mudah alih dan boleh juga disalin (copy) ke cakera flash (pendrive) dan boleh dijalankan tanpa pemasangan.

Jika anda berminat, anda boleh muat turun di sini

Teknologi ini sangat penting dan berguna kepada generasi hari ini. Kita tidak boleh membiarkan golongan OKU penglihatan ini ketinggalan dalam arus kemajuan teknologi, akan tetapi bergerak seiring membangunkan teknologi supaya ia mampu memberi manfaat kepada diri kita dan masyarakat. Sebagai manusia normal dan mengetahui tentang kewujudan perisian ini sewajarnya menyebarkan kelebihan perisian yang dapat membantu golongan OKU penglihatan ini membaca Al Quran. Usaha tersebut dapat membantu mereka melihat dunia malah mengajarkan mereka ilmu agama yang berguna buat mereka kelak.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here