Mengapa Wanita Sememangnya Perlu ‘Memilih’ Dalam Bab Jodoh?

0
8696

Apabila memperkatakan tentang jodoh, stereotaip orang Melayu pada hari ini akan menjurus kepada kriteria pemilihan calon yang menjadi ukuran. Kebiasaannya, sikap ‘memilih’ ini lebih tertumpu kepada wanita. Walaupun sebahagian besar dari wanita masa kini tidak mementingkan perkara ini, namun sedar atau tidak, perkara itu perlu dititkberatkan pada masa ini lebih-lebih lagi banyak kes telah tercatat mengenai permasalahan berlaku dalam rumah tangga. Contohnya, kes dera terhadap isteri, tidak memberi nafkah dan lain-lain lagi.

Pada zaman kini, pendapat supaya tidak cerewet dalam memilih pasangan perlu ditepis. Sebaliknya, wanita zaman ini perlu ‘memilih’ dalam bab jodoh.

  1. Pemilihan ‘Imam’ yang berpegang teguh pada agama.

Islam adalah agama yang luhur dana mat mementingkan keagamaan dalam perjalanan hidup kita. Oleh sebb itulah terdapat satu hadith,

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., beliau bersabda :
“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan kerana agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

 

Walaupun hadith di atas merujuk kepada panduan memilih isteri,namaun perkara yang sama perlu dilakukakan oleh wanita. Hal ini kerana, apabila kita memilih suami yang berpegang teguh pada agama, setiap batas-batas agama gariskan, mereka akan lebih berjaga-jaga. Secara tidak langsung, imam yang dipilih untuk menjadi ketua keluarga kita akan lebih bertanggungjawab. Apabila kita membina keluarga baharu, semestinya kita sudah bersedia untuk hidup bersama-samanya sehingga ke akhir hayat.

 

  1. Memelihara keturunan.

Perkara kedua yang diberi galakan kepada kita adalah pemilihan keturunan. Nasab perlu dipelihara sebelum berumahtangga. Latar belakang keturunan bakal suami perlu diselidiki terlebih dahulu supaya nasab yang akan kita bina terjaga. Keturunan yang baik bermanfaat pada masa hadapan supaya hubungan dengan mertua juga tidak terjejas.

 

  1. Merebut keredaan Allah

Kebahagiaan hakiki yang dimiliki oleh seseorang muslim adalah apabila seseorang terlepas dari seksaan api neraka Jahanam. Untuk mancapai tahap kebahagiaan itu, kita perlu bermula dengan pemilihan calon suami. Keredaan Allah adalah salah satu asbab untuk mendapat kebahagiaan itu.

Allah s.w.t. menyatakan:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi.”

(Surah al-Qasas, ayat  77)

 

  1. Restu keluarga didahulukan

Di samping itu juga, setiap wanita menjadi amanah keluarganya lebih-lebih lagi, walinya. Dalam bab jodoh juga, wanita perlu memilih atas faktor restu keluarga yang menjadi keutamaan. Kenyataan ‘memilih’ di sini adalah sangat perlu kerana tanpa restu dari keluarga, rumah tangga yang dibina akan terjejas dan menimbulkan pelbagai masalah. Justeru, lamaran restu ibu bapa atau keluarga perlu diadhulukan sebeelum lamaran untuk membina ‘masjid’.

Kesimpulannya, wanita pada hari ini perlu menekankan ‘memilih’ dalam bab jodoh kerana generasi yang akan lahir merupakan bakal penerus agama. Oleh itu, untuk menguruskan petua ‘memilih’ ini, wanita secara khususnya perlulah memperbaiki diri sendiri terlebih dahulu kerana Allah telah menjanjikan  wanita yang baik akan mendapat lelaki yang baik.

Allah s.w.t. menyatakan :

“Wanita-wanita yang tidak baik untuk lelaki-lelaki yang tidak baik, dan lelaki-lelaki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk wanita-wanita yang baik.

(Surah an-Nur, ayat 26)

Justeru, perteguhkan iman dalam diri kita terlebih dahulu sebelum menukar status sebagai ‘isteri’ dan seterusnya ‘ibu’ kepada anak-anak kita.