Bagaimana Islam Menyelamatkan Ummah dengan Hanya Melafazkah Kalimah Syahadah?

0
33675

Lafaz dua kalimah syahadah merupakan asas akidah umat islam. Sesiapa sahaja yang bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Rasulullah s.a.w. sebagai pesuruh Allah, tiada keraguan lagi agama yang dianutinya adalah Islam. Dengan kata lain, mereka yang melafaz kalimah mulia ini layng digelar sebagai Muslim.

Setiap hari, kita acap kali menyebut kalimah ini khususnya ketika mendirikan solat. Dalam keadaan lain, kalimah ini disebut juga mengikut kehendak seseorang. Kalimah mulia ini mempunyai keistimewaan yang sangat agung dan cara sebutannya juga amat senang untuk dituturkan walaupun penuturnya bukan Muslim. Namun, sebagai orang Islam, sejauh mana makna yang terkandung dalam kalimah ini boleh difahami dan dihayati dalam melaksanakan perintah Allah?

Islam tu sendiri dilengkapi dengan dua rukun utama iaitu rukun Islam dan Rukun Iman. Oleh sebab itu, rukun Islam yang pertama adalah mengucapkan dua kalimah ini. Hal ini kerana tanpa syahadah, rukun Islam juga akan rosak. Hal yang sama juga terletak pada rukun iman.

Apabila asas atau tapak ini kukuh, ibadat yang dilaksanakan juga akan mendapat ganjaran di sisi Allah. Oleh itu, beruntungnya kita kerana dilahirkan sebagai seorang Muslim dan mengetahui bagaimana Islam memberi kesejahteraan kepada kita melalui kalimah agung ini. Islam adalah jalan kehidupan kita. Oleh itu, kalimah ini akan mendorong kita untuk melalui jalan-jalan kehidupan yang aman dan selamat selagi mana kita menjaga peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam islam. Sekali gus, dengan paksi kalimah inilah boleh membentuk sikap dan jiwa memberi kesan kepada pelaksanaan rukun Islam yang lain.

Rasulullah s.a.w. menyatakan :

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِمُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ حِينَ بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ إِنَّكَ سَتَأْتِي قَوْمًا أَهْلَ كِتَابٍ فَإِذَا جِئْتَهُمْ فَادْعُهُمْ إِلَى أَنْ يَشْهَدُوا أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَأَخْبِرْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ فَرَضَ عَلَيْهِمْ صَدَقَةً تُؤْخَذُ مِنْ أَغْنِيَائِهِمْ فَتُرَدُّ عَلَى فُقَرَائِهِمْ فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لَكَ بِذَلِكَ فَإِيَّاكَ وَكَرَائِمَ أَمْوَالِهِمْ وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمَظْلُومِ فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللَّهِ حِجَابٌ

Rasulullah bersabda kepada Muaz bin Jabal ketika mengutusnya ke penduduk Yaman, “Kamu akan datang kepada kaum ahli kitab. Jika kamu telah sampai kepada mereka, ajaklah mereka agar bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad s.a.w. utusan Allah. Jika mereka mentaatimu dalam hal itu, sampaikan berita kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka lima solat setiap siang dan malam. Jika mereka mentaatimu dalam hal itu beritakan kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan sedekah (zakat) yang diambil dari orang-orang kaya di antara mereka dan dikembalikan kepada orang-orang miskin. Jika mereka mentaatimu dalam hal itu, hati-hatilah kamu terhadap kemuliaan harta mereka dan waspadalah terhadap doanya orang yang dizalimi, sebab antaranya dan Allah tidak ada dinding pembatas.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

 

 

Seterusnya, kelebihan lain apabila kita berikrar dengan kalimah syahadah ini, kita boleh meraih syafaat Nabi Muhammad s.a.w.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّهُ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِكَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقَدْ ظَنَنْتُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ أَنْ لَا يَسْأَلُنِي عَنْ هَذَا الْحَدِيثِ أَحَدٌ أَوَّلُ مِنْكَ لِمَا رَأَيْتُ مِنْ حِرْصِكَ عَلَى الْحَدِيثِ أَسْعَدُ النَّاسِ بِشَفَاعَتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ خَالِصًا مِنْ قَلْبِهِ أَوْ نَفْسِهِ

 

Abu Hurairah berkata, Rasulullah saw. ditanya, “Siapakah orang yang paling berbahagia dengan syafaatmu di hari Kiamat?” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Aku telah mengira, ya Abu Hurairah, bahawa tidak ada seorang pun yang tanya tentang hadith ini yang lebih dahulu daripada kamu, kerana aku melihatmu sangat anti  terhadap hadith. Orang yang paling bahagia dengan syafaatku di hari Kiamat adalah yang mengatakan la ilaha illallah secara ikhlas dari hatinya atau jiwanya.”
(Hadith direkodkan oleh Imam Bukhari)

Kesimpulannya, umat Islam boleh menegakkan akidah apabila kita memahami keistimewaan lafaz kalimah syahadah ini. Tegaknya Islam didahului dengan tegaknya rukun Islam manakala tegaknya rukun Islam didahului dengan tegaknya syahadah dalam diri kita. Rasulullah s.a.w. mengisyaratkan bahawa Islam itu bagaikan sebuah bangunan. Rasulullah s.a.w. menekankan kepada kita supaya menegakkan bangunan Islam ini denga 5 tiang asas iaitu dua kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa sebulan di bulan Ramadan, menunaikan zakat, dan menunaikan haji ke Baitulllah.