Dr. Abdullah Nasih Ulwan (1928 – 1987)

14
9355

Nama: Syeikh Dr. Abdullah Nasih Ulwan


Tarikh lahir: 1928


Tempat lahir: Qadhi Askar, Bandar Halb, Syria


Pendidikan:
1. Sekolah rendah dan sekolah lanjutan pertama di Halb. Tamat pada tahun 1943.
2. Sekolah Lanjutan Tingkat Atas jurusan Ilmu Syari’ah dan Pengetahuan di Halb. Tamat pada tahun 1949.
3. Fakulti Usuluddin di Universiti Al-Azar. Tamat pada tahun 1952.
4. Di Universiti Al-Azhar, beliau melanjutkan S-2 dan lulus pada tahun 1954 dan menerima Ijazah Pakar Pendidikan setara dengan Master of Arts (M.A)
5. Menyelesaikan PH.Dnya dalam Syariah Islam di Universiti Sind di Pakistan pada tahun 1404H. Tesis beliau bertajuk “Fiqh Ad-Dakwah Ad-Da’iyyah”.


Pencapaian:
1. Mengabdikan diri untuk dakwah bersama lkhwanul Muslimin.
2. Beliau berhubung erat dengan Asy-Syahid Abdul Qadir `Audah, Sayyid Qutb dan Al-Ustaz Abdul Badi’ Shaqar.
3. Beliau mengadakan pembelajaran secara berkala di dalam sebuah masjid (Umar bin Abdul Aziz) dengan mengajar Fiqh dan Sirah.
4. Beliau juga menjadi guru pendidikan Islam di sekolah-sekolah peringkat menengah di Aleppo.
5. Banyak menulis rencana di majalah.
6. Mengajar di dalam bidang Al-Quran dalam stesen radio di Arab Saudi.
7. Menjadi profesor di Jabatan Pengajian Islam di King Abdul Aziz di Jeddah sejak tahun 1401H sehingga beliau meninggal dunia.


Sumbangan:
1. Pada era penyatuan di antara Syria dan Mesir, beliau telah berjaya mengadakan demontrasi bagi mengumpulkan semangat kesatuan di kalangan masyarakat di bandar Aleppo.
2. Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Ulama’ Syria dan beliau telah berpindah dari satu bandar ke bandar lain, menyerukan untuk menyatukan para ulama’.


Karya:
3. Tarbiyatul Aulad fil Islam (Pendidikan Anak-Anak dalam Islam) -2 jilid
4. Hukum Zakat Menurut Empat Mazhab
5. Madrasah Duat
6. Takaful Ijtimaie dalam Islam
7. Insurans Menurut pandangan Islam
8. Pemuda Islam dalam Menghadapi Serangan Musuh
9. Menolak Keraguan yang Didatangkan Musuh
10. Tarbiyatul Aulad fil Islam (Pendidikan Anak-Anak dalam Islam) -2 jilid
11. Hukum Zakat Menurut Empat Mazhab
12. Madrasah Duat
13. Takaful Ijtimaie dalam Islam
14. Insurans Menurut pandangan Islam
15. Pemuda Islam dalam Menghadapi Serangan Musuh
16. Menolak Keraguan yang Didatangkan Musuh.


Tarikh meninggal: 29 Ogos 1987 di hospital di Jeddah.
Jenazahnya disemadikan keesokannya dan disembahyangkan di Masjidil Haram selepas solat Asar. Pengkebumiannya dihadiri oleh sejumlah besar sarjana dan pengkhutbah, saudara-saudara, pemuda dan mahasiswa. Pengikut-pengikutnya telah membuat kata-kata yang menjadi lambang sayang mereka kepada Allahyarham yang telah mengungkapkan suka dan duka di dalam dunia dakwah dan tarbiah. Kemudiannya mereka telah mendirikan sebuah perpustakaan Islam sebagai tanda ingatan kepada beliau.

Sumber:
http://www.jejakpendidikan.com/2016/08/biografi-abdullah-nashih-ulwan.html
http://tarbiyahpewaris.blogspot.my/2007/09/bibliografi-syeikh-dr-abdullah-nasih.html
http://riadhulwardah.blogspot.my/2010/01/syeikh-abdullah-nasih-ulwan-tokoh_05.html

14 KOMEN

  1. Hi are using WordPress for your site platform? I’m new to
    the blog world but I’m trying to get started and create my own. Do you need any html
    coding knowledge to make your own blog? Any help would be really appreciated!

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here