6 Hak Seorang Isteri Yang Patut Anda Tuntut Daripada Suami Terutamanya Hak Naluri.

Apabila bersama keluarga seharusnya seorang suami seperti bayi. Namun, apabila bersama orang lain di sekelilingnya, mereka mendapati dia benar-benar seorang lelaki sejati- Saidina Umar r.a.

3
1752

Syariat mewajibkan para suami menunaikan semua keperluan kebendaan yang diperlukan oleh isteri termasuk nafkah, pakaian, tempat tinggal, keperluan perubatan dan lain-lain mengikut keadaan suami dan isteri.

Allah menyatakan:

Dan kewajipan bapa pula adalah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya.
(Surah Al-Baqarah, ayat 223).

Sebagai seorang suami tidak sepatutnya mengabaikan keperluan psikologi. Ini kerana, naluri kemanusiaan tidak tertunai tanpanya.

Kata penyair zaman dahulu:

Manusia ini adalah roh dan jasad, bukan sekadar tubuh sahaja.

Para suami banyak melalukan kesilapan. Mereka beranggapan mereka benar-benar bertanggungjawab. Mereka menyangka cukup sekadar memberi nafkah, pakaian dan tempat tinggal. Tidak lebih daripada itu. Betul tak para isteri di luar sana?

Para suami sekalian, sebenarnya isteri memerlukan keperluan selain daripada itu, bahkan lebih lagi dari itu.

Di sini, penulis senaraikan antara hak keperluan isteri yang patut seorang suami berikan:
1. Perkataan dan pergaulan yang baik.
Allah s.w.t menyatakan:

Dan bergaullah dengan mereka secara baik.
(Surah An-Nisaak, ayat 19).

Ayat ini Allah s.w.t menyatakan kepada para suami untuk bercakap baik dan berkelakuan baik dengan isteri. Bahkan suami perlu meanggung segala masalah yang berpunca daripadanya.

2. Wajah yang dipenuhi senyuman.
Sukar kan melihat suami anda tersenyum manis kepada anda? Jangan risau, selepas ini kongsikan artikel ini dan tunjuk kepada suami anda, hak yang perlu mereka beri adalah senyuman manis di wajah.

3. Sentuhan yang penuh dengan kasih sayang.
Imam Ibnu Qayyim menjelaskan dalam kitab beliau Al-Hadyu:

Ketika Saidatina Aisyah r.a. sedang minum bersama-sama dengan Aisyah r.a da nada kalanya Rasulullah meletakkan bibir baginda s.a.w. hampir dengan tempat bibir Saidatina Aisyah r.a. yang terkena pada gelas yang diminumnya.

4. Hubungan yang rapat.
Antara kelembutan Nabi s.a.w. dan akhlaknya yang baik, baginda s.a.w. membiarkan Saidatina Aisyah r.a. melihat puak Habsyah bermain di masjid. Pada masa yang sama, Saidatina Aisyah r.a. bersandar pada bahu baginda s.a.w. Bahkan, Nabi s.a.w. juga pernah berlumba lari dengan Saidatina Aisyah r.a. sebanyak dua kali antaranya adalah apabila mereka keluar rumah.

5. Komunikasi yang penuh dengan kegembiraan.
Maksudnya di sini, para suami perlu menjauhi sikap keras hati dan baran, iaitu kasar dalam percakapan dan keras hati terhadap isteri. Setiap hari, lafazkan kalimat-kalimat yang baik dan bersenda gurau. Perkara demikian dapat melembutkan hati isteri. Para isteri, ingat ini antara hak yang wajib anda tuntut dari semua anda.

6. Bersabar dengan kelalaian dan kemarahan seorang isteri.
Imam Al-Ghazali menyatakan,

Ketahuilah, berkelakuan baik kepada isteri bukan setakat mengelak daripada menyakitinya, bahkan sanggup menanggung segala emosi yang datang daripadanya dan sanggup bersabar dengan kelalaian dan kemarahannya.

Konklusinya, perkahwinan adalah untuk mencapai ketenangan jiwa dan kasih sayang antara kedua-dua pasangan. Semuanya diperlukan oleh jiwa, bukan hanya keperluan kebendaan semata-mata. Tiada sebarang makna dalam kehidupan sekiranya kosong daripada keperluan ini. Hanya jasad yang dekat, tetapi jiwa berjauhan.

Jadi, untuk para isteri sekalian jom kongsi artikel ini, tag suami anda minta mereka tunaikan hak ini segera agar rumah tangga anda lebih harmoni, aman dan damai.

 

3 KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here