Al-Quran Membuktikan 3 Keajaiban Sains Tentang Susu Ibu Berbanding Susu Formula.

Ramuan susu ibu mampu mencegah bayi daripada mendapat penyakit alahan sepanjag zaman kanak-kanak hingga ke tahap umur dewasa.

40
9177

Islam menggalakkan setiap bayi diberikan susu ibu sejak daripada hari pertama mereka dilahirkaan. Allah menjelaskan dalam Surah Al-Baqarah ayat 211 yang bermaksud,

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu”

(Surah al-Baqarah, ayat 233)

Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu formula. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi sejak dilahirkan kerana mempengaruhi pembentukan fizikal dan juga mental anak-anak. Menyusu bayi dengan susu ibu merupakan langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Begitu agung Allah, sebaik sahaja bayi dilahirkan, proses pengeluaran ibu juga bermula. Kebanyakan daripada ibu-ibu menganggap sus formula lebih baik pada permulaan kelahiran kerana susu badan sedikit. Namun, hakikatnya, susu ibu mempunyai banyak kelebihannya kerana susu ibu mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul.

  1. Bekalan Kolostrum (susu kekuningan) untuk cegah penyakit.

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, payudara mengeluarkan susu pertama yang kekuningan. Ia dikenali sebagai kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya adalah tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia juga mengandungi antibody serta sel darah putih yang tinggi. Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit-birit, selesema dan radang paru-paru, malah bertindak sebagai imunisasi pertama. Disebabkan itulah ibu-ibu digalakkan menyusui anak lebih kerap pada awal kelahiran untuk membekalkan kolostrum yang secukupnya.

Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi sejak dilahirkan kerana mempengaruhi pembentukan fizikal dan juga mental anak-anak.

  1. Anak lebih cemerlang

Susu ibu juga mengandungi asid lemak docosahexanoic (DHA) dan arachidonic acid (AA). Mengikut satu kajian yang dilakukan oleh Retina Foundation of the Southwest di Dallas, Texas, bayi-bayi yang memperoleh DHA dan AA secara serentak lebih cemerlang di sudut memori, lebih mampu menyelesaikan masalah dan lebih mampu menguasai bahasa berbanding mereka yang hanya memperoleh DHA atau AA sahaja.  Penemuan ini dilaporkan dalam jurnal Developmental Medicine and Child Neurology. Mengikut Dr. Dennis Hoffman, Ph.D., seorang saintis kanan di Retina foundation, susu ibu mengandungi DHA dan AA dengan nisbah yang mengagumkan. Hal ini bermakna, bayi yang diberikan susu ibu mendapat khasiat yang terbaik untuk pengembangan otak dan saraf mereka.

  1. Bebas dari Bahan Bakteria

Susu ibu buan sahaja bebas daripada sebarang kuman, malahan ia mengandungi bahan antikuman,, antaranya yang dikenali sebagai macrophages. Macrophages mampu membunuh bakteria, kulat (fungus) dan virus. Malah 80 peratus daripada sel yang terdapat dalam susu ibu sedikit sebanyak mendapat ketahanan daripada plbagai jenis penyakit seperti radang paru-paru (pneumonia), radang saluran pernafasan (bronchitis), jangkitan kuman staphylococcal infections), influenza, jangkitan telinga (ear infections) dan campak (German measles). Hal ini telah dinyatakan dalam laporan pihak tertinggi bahagian pemakanan dan ubat-ubatan di Amerika iaitu U.S. Food and Drug Administration (FDA) di www.fda.gov dalam artikel bertajuk Breast-Feeding Best Bet and Babies.

Akhir sekali, selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang amat istimewa. Susu ibu menyerlahkan naluri  keibuan serta mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang antara ibu dan anak. Hal ini kerana sewaktu penyusuan berlaku, bau, sentuhan dan wajah ibu akan terakam dalam ingatan ‘si comel’. Kesemua ini mengukuhkan lagi kemesraan hubungan antara ibu dan anak dalam bentuk jangka panjang. Justeru, tidak dapat disangkal lagi, hakikat keistimewaan susu ibu tiada tandingnya. Subhanallah, maha kuasa Allah menjaga kesempurnaan bekalan untuk bayi dengan mengurniakan susu ibu yang sememangnya bersih dari sebarang bakteria. Semua suruhan Allah datang untuk kemaslahatan kita semua.

Comments are closed.