Selain Bapa, Siapa Lagi Yang Layak Menjadi Wali Di Hari Perkahwinan Anda?

Di dalam perkahwinan, wali memainkan peranan penting dalam menikahkan perempuan kepada bakal suaminya.

297
868

Cuti sekolah telah pun bermula. Sebagaimana yang kita tahu, cuti sekolah merupakan waktu yang tepat untuk melangsungkan perkahwinan. Tentu anda juga turut mendapat undangan perkahwinan, bukan?
Tetapi adakah kita tahu bahawa beberapa masalah sering timbul saat melangsungkan pernikahan tersebut. Antarahnya ialah masalah wali.

Di dalam perkahwinan, wali memainkan peranan penting dalam menikahkan perempuan kepada bakal suaminya.

Abi Musa r.a. melaporkan bahawa Rasulullah s.a.w. berkata, “Tidak ada nikah melainkan dengan adanya wali’. (Hadith ini direkodkan oleh Imam Abu Daud dalam Sunannya, kitab An-Nikah, bab Wali, no hadith 2085)

Mari kita lihat pengertian wali terlebih dahulu.

Wali merupakan salah satu dari rukun nikah. Di samping itu, wali juga adalah insan yang bertanggungjawab terhadap perempuan yang bakal dikahwinkan. Oleh itu tidak sah jika perkahwinan tu berlangsung tanpa wali. Sekalipun dengan persetujuan bakal suami dan isteri tersebut.

Bila mana seseorang perempuan itu akan berkahwin, dia mestilah meminta persetujuan dan meminta keizinan terlebih dahulu daripada wali itu.
Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran,

…Oleh itu berkahwinlah dengan mereka dengan izin walinya serta berikanlah maskahwinnya menurut yang patut. (Surah An-Nisa’, ayat 25)

Susunan wali adalah seperti di bawah.

1. Bapa
2. Datuk lelaki dari pihak bapa perempuan.
3. Adik-beradik lelaki seibu sebapa.
4. Adik beradik lelaki sebapa.
5. Anak saudara lelaki dari adik-beradik seibu sebapa hingga ke bawah.
6. Anak saudara lelaki dari adik beradik lelaki sebapa hingga ke bawah.
7. Bapa saudara seibu sebapa sehingga ke atas.
8. Bapa saudara dari sebelah bapa.
9. Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa (sepupu) hingga kebawah.
10. Anak lelaki dari bapa saudara yang dari pihak bapa (sepupu).
11. Raja (pemerintah).

Mengikut Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan, seksyen 11, sesuatu perkahwinan tidak akan sah sehingga semua syarat yang perlu mencukupi dan mengikut hukup syarak.

Oleh itu, setiap pasangan muslim yang bakal berkahwin harus mengetahui prosedur perkahwinan mengikut Undang-Undang Keluarga Islam Negeri di tempat masing-masing.

Semoga keluarga kita sentiasa menjadi keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah.

Informasi pembaca:
Sumber artikel ini di ambil dari buku Manusia Dan Islam dan Sinar Online.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here