3 Langkah Bijak Mendidik Anak Autisme

Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat, menyatakan 1 orang dari 68 orang kanak-kanak dilahirkan seluruh dunia memiliki gejala autisme.

4
4451

 

Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat, menyatakan 1 orang dari 68 orang kanak-kanak dilahirkan seluruh dunia memiliki gejala autisme.

Jumlah keseluruhan dianggarkan sebanyak 9000 kanak-kanak di Malaysia yang dilahirkan setiap tahun memiliki gejala autisme.

Keadaan ini akan memberikan cabaran yang besar dalam pendidikan. Ini kerana, anak autisme mempunyai cara belajar yang berbeza. Jika kanak-kanak ini tidak di didik bermula dari rumah dengan baik oleh ibu bapa mereka, maka impian untuk menjadikan kanak-kanak austisme sebagai kanak-kanak yang genius adalah mustahil.

Menurut Dr. Ignatius Lee Kuan Beng, Pakar Runding Psikologi, Pusat Rehabilitasi KPJ KL, menyatakan bahawa autisme bukanlah masalah berkaitan psikologi tetapi digolongkan dalam OKU masalah pembelajaran. Jelas Dr. Ignatius, masalah autisme boleh dikenal pasti seawal usia dua atau tiga tahun.

Apa yang perlu ibu bapa lakukan jika anak mereka menunjukkan gejala autisme?

  1. Berikan sokongan dan persekitaran insklusif bagi mempengaruhi tingkah laku mereka. Supaya dapat menjadikan hidup mereka lebih berkualiti dan pada masa yang sama dapat mengurangkan masalah tingkah laku anak autisme.
  2. Merancang pendidikan secara berterusan untuk kanak-kanak autisme, kerana tingkah laku mereka perlu diajar bagi mengukuhkan kelakuan harian.
  3. Berkomunikasi dengan anak autisme dengan baik, sedarkan masyarakat sekeliling anak autisme supaya memahami dan bertutur dengan baik ketika bersama anak autisme.
  4. Campur tangan sebelum berlaku sesuatu, kesabaran yang tinggi sangat diperlukan ketika mendidik mereka. Anak autisme tidak mempunyai masalah psikitri tetapi mereka hanya mempunyai masalah dalam pembelajaran.

Aiman Amri seorang terapis autisme yang berkhidmat di sebuah Pusat Intervensi Autisme dan WeCare Allied Health Center di Kuala Lumpur, Malaysia sebagai Special Needs Educator, menyatakan peringkat awal mendidik anak autisme:

PERINGKAT 1 – BEBAS

  • Beri mereka peluang untuk menconteng, menggerakkan pen tanpa tujuan dan tanpa peraturan.
  • Ini untuk membiasakan mereka dengan pegangan dan genggaman sebuah alat tulis.
  • Lama-kelamaan, mula bantu mereka untuk pegang dengan cara yang betul (kanak-kanak biasanya akan pegang dengan kelima-lima jari waktu awal penggunaan).

 

PERINGKAT 2 – IKUT

  • Bantu mereka untuk belajar macam mana nak menulis atau melukis mengikut bentuk yang diberi.
  • Antaranya, boleh guna highlighter dan minta mereka tulis semula mengikut garisan highlighter tersebut.
  • Mulakan dengan garisan lurus dahulu, baru mula sedikit bengkang-bengkok. Baru berputar-putar.
  • Ambil masa, tak perlu tergesa-gesa. Berminggu-minggu pun tak mengapa, supaya mereka tidak stress dengan konsep menulis atau melukis, dan akhirnya tak berminat untuk belajar.

 

PERINGKAT 3 – BENTUK

  • Selepas sudah kuasai peringkat 2, ajar mereka untuk lukis bentuk pula.
  • Mulakan dengan paling mudah seperti bulatan
  • Perlahan-lahan, buat bentuk lain pula (petak, segi tiga dan lain-lain)
  • Jangan lupa beritahu mereka itu bentuk apa yang dilukis, Walaupun mereka tak memahami (bagi sesetengah kanak-kanak Autisme) tetap beritahu nama bentuk itu.

Kesimpulannya, Kaedah mendidik anak-anak autism adalah dengan tidak tergesa-gesa. Kanak-kanak sebegini hanya berbeza melalui cara belajar mereka sahaja. Masyarakat diseru agar cakna dengan golongan ini, kanak-kanak autisme boleh menjadi kanak-kanak yang genius melebihi apa yang kita sangka. Usah pandang rendah dengan mereka.

Ibu bapa banyakkan berdoa, moga ujian mendidik anak autisme menjadikan ibu bapa seorang yang ‘super parent’ yang diridhai oleh Allah. Ajarkan anak solat dan berdoa untuk ibu dan ayah. Didik mereka mengenal Allah seterusnya menjadi ‘saham’ untuk ibu dan ayah ke syurga Allah kelak.

Aamin.

Selamat beramal super parent sekalian.

4 KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here