Jangan Kamu Berbaring Ketika Azan Kerana Ia Memberatkan Jenazahmu.

“Adik! Kakak! Bangun sekarang! Kenapa baring masa azan ni, nanti jenazah kamu berdua berat, siapa nak usung ke kubur? Marah ibu kepada dua orang anaknya”.

2
1671

Situasi di atas macam pernah kita alami kan? Kadang-kadang kita juga termarah kawan-kawan kita dan suruh dia bangun dari baring masa azan, betul tak?

Ada juga antara kita siap cakap ini hadith Nabi Muhammad s.a.w. okay, nabi larang kita baring masa azan. Maka terkeluarlah sabda nabi:

“Jangan kamu berbaring ketika azan kerana ia memberatkan jenazahmu.”

Menjadi persoalan dalam benak hati kita, betul ke benda ini berlaku? Benarkah kalam Nabi s.a.w. ini?

Para ulama hadith mengkaji dan mencari status hadith ini dan mereka tidak menemui darjat hadith ini.

Namun, ada 2 kalam pakar hadith tentang fatwa tentang kisah baring ketika azan memberatkan mayat:

1. Sheikh Al-Muhaddith Ali bin Hasan Al-Halabi
Beliau berkata,

Tidak sahih sama sekali.

2. Sheikh Abu Ihsan Aiysh Ihsan Al-Utaiby
Beliau berkata,

kisah ini palsu dan tidak boleh dijadikan hujjah.

Konklusinya, hadith ini bukan kalam dari Nabi Muhammad s.a.w tetapi ini adalah sabda palsu, kalam daripada seseorang dan disandarkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak menjadi masalah untuk kita baring dan rehat ketika azan. Tetapi menjadi masalah jika kita berbual-bual ketika azan.

Ikuti penulisan saya seterusnya tentang benarkah berkata-kata ketika azan lidah akan dikelu oleh Allah s.w.t. menjelang ajal nanti?

INFO UNTUK PEMBACA:

1. Ali Hasan bin Ali bin Abdul-Hameed al-Halabi adalah dari Jordan. Dia dipuji sebagai pelajar Imaam, Muhaddith Muhammad Naasir ad-Deen al-Albaanee (rahimahullaah). Walaupun muda pada usia, beliau terkenal kerana duduk di sesi Shaikh Al-Albaanee di Jordan semasa tahun-tahun terakhir kehidupan Sheikh.
2. Sheikh Abu Ihsan Aiysh Ihsan Al-Utaiby beliau adalah anggota pertubuhan ulama dan pendakwah sedunia, pakar hadith, fiqh, dan akidah. Beliau terkenal di Negara Jordan dan Bahrin, juga sering muncul di stesen televisyen Jordan).

 

Isu baring ketika azan ini dipetik dalam buku
“40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur Yang Disandarkan Kepada Agama”
ditulis oleh Mustafar Mohd Suki.

Gambar dari  pts.com.my/buku/40- kisah-palsu-tetapi-masyhur/.

2 KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here