5 Sebab Trip Ke Turki Membuatkan Percutian Kita Lebih Bermakna.

40
12207

 

 

Turki? Perkara yang sering bermain dalam fikiran kita apabila disebut mengenai negara Turki adalah Istanbul, bukan?

“Andai bumi ini adalah sebuah negara, Istanbul pasti menjadi ibu negaranya.” -Napoleon Bonaparte.

Firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 15 yang bermaksud,

هُوَ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولٗا فَٱمۡشُواْ فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُواْ مِن رِّزۡقِهِۦۖ وَإِلَيۡهِ ٱلنُّشُورُ ١٥

Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan kepada Allah jualah (kamu) dibangkitkan hidup semula.

Berdasarkan ayat di atas, Allah menggalakkan hamba-Nya untuk berjalan dan mengembara di serata dunia. Allah juga menegaskan hamba-Nya supaya melihat alam yang pelbagai rupa, melihat peninggalan kaum-kaum terdahulu, berkenalan antara satu sama lain, dan sebagainya.

“Betulkan niat mengembara ke luar negara bukan untuk bermegah dan juga bukan untuk kejar like di media sosial apatah lagi menjadi otai traveller kononnya. Tetapi mengembaralah untuk mensyukuri kebesaran Allah dan mencari jati diri kita di tempat orang”.- Penulis I’m Backpacker: New Zealand.

Untuk pengetahuan kita bersama, Turki adalah salah satu negara yang gah di persada dunia dengan tamadunnya. Negara ini juga terkenal dengan tarikan pelancong dari serata dunia. Negara ini dinobatkan sebagai Europe’s Leading Tourist Board secara berturut-turut oleh anugerah berprestij tinggi,iaitu World Travel Award sejak tahun 2009 hingga 2013.

Di sini kami senaraikan  5 sebab mengapa Turki perlu ada dalam senarai tempat percutian anda.

1. Negara yang bertamadun ribuan tahun. Negara ini terkenal dengan budaya dan kisah para anbiya.  Tamadun besar seperti Rom dan Parsi pernah berkembang dan jatuh di bumi Turki. Tinggalan bersejarah dan bangunan lama pasti membuatkan kita berfikir sejenak. Apakah yang berlaku di bumi ini? Apakah keistimewaannya sehingga menjadikan bumi ini megah lebih ribuan tahun? Persoalan ini akan terjawab jika anda ke sana!

2. Menikmati pemandangan negara empat musim. Turki mempunyai musim bunga, musim luruh, musim panas, dan musim sejuk.

Ini adalah salah satu keistimewaan negara yang penuh bersejarah ini. Bagi negara yang tidak mempunyai empat musim seperti di Turki, bolehlah berkunjung dan merasai sendiri pengalaman berlainan iklim. Pemandangan dan cuaca pasti akan berbeza. Cuba bayangkan, kita sedang bersiar-siar di tempat yang dipenuhi dengan bunga? Indah, bukan?

3. Pusat membeli-belah. Turki adalah negara yang terkenal dengan pusat membeli-belah tekstil, seramik dan sebagainya. Bolehlah memborong tekstil untuk dijadikan sebagai ole-ole dari Turki. Satu tip bagi mereka yang suka membeli belah, jangan lupa tawar-menawar dengan penjual jika berkenan sesuatu barang.

4.Melawati tempat-tempat terkenal. Turki terkenal dengan nama Istanbulnya. Ada apa dengan Istanbul? Istanbul mempunyai banyak kawasan yang menarik. Antaranya adalah kawasan Sultan Ahmet, kawasan Eminonu, kawasan Fatih, kawasan Beyoglu, kawasan Eyup dan banyak lagi.

Kawasan yang paling utama di Istanbul adalah kawasan Sultan Ahmet.Kawasan- kawasan ini mempunyai keistimewaanya yang tersendiri. Untuk pengetahuan kita semua, Turki terkenal dengan seni bina masjidnya. Di kawasan Sultan Ahmet, terdapat masjid yang dinamakan sebagai Masjid Sultan Ahmet. Masjid ini boleh dikatakan kemuncak pada dua rekaan masjid Uthmaniyyah dan gereja Byzantine (Hagia Sophia) yang berada bertentangan antara satu sama lain. Selain di Istanbul, tempat yang menarik unuk dikunjungi adalah di Pamukkale dan Cappadocia.

Pamukkale yang bermaksud benteng kapas adalah salah satu kolam air panas secara semula jadi. Ianya terletak di lereng-lereng bukit dan di kawasan atasnya pula dahulu dikenali sebagai Kota Hierapolis.

Manakala di Cappadocia pula merupakan kawasan letusan gunung berapi  dan terdapat pelbagai kawasan menarik. Antaranya adalah Goreme Open Air Museum, Devrent Valley dan banyak lagi. Aktiviti menarik juga boleh dilakukan seperti menaiki Hot Air Ballon.

5. Merasai pengalaman masakan organik. Jika kita berkunjung ke Turki, amatlah rugi jika tidak merasa makanan organik rakyatnya. Kebanyakan makanan di sana menyihatkan dan yang paling penting, tanpa pengawet. “ Masyarakat Turki sukakan makanan organik dan segar. Mereka tidak sukakan pewarna tiruan. Mereka sukakan rasa asli sesuatu makanan dirasai dalam masakan”- Shafiq Shafie (Penulis I’m a Backpacker: Turkey). Jadi, bolehlah cuba masakan tempatan mereka di samping menjaga kesihatan kita, bukankah begitu?

Semoga 5 tip di atas memberi manfaat kepada kita semua.

Jika pembaca berminat untuk ke Turki dan mahu tahu perbelanjaan serta itenari lengkap, boleh rujuk buku I’m a Backpacker: Turkey.

Di tulis oleh:

Noorfazlini bt.mohamad sakri

 

 

40 KOMEN

  1. You really make it seem so easy with your presentation but I find this topic to be really something which I think I would never
    understand. It seems too complicated and very broad for me.
    I am looking forward for your next post, I will try to get the
    hang of it!

  2. Someone essentially lend a hand to make seriously articles I would state.
    That is the first time I frequented your web
    page and to this point? I amazed with the analysis you made
    to create this actual submit extraordinary. Fantastic activity!

  3. … [Trackback]

    […] Find More Info here on that Topic: islamika.com.my/2018/02/28/5-sebab-trip-ke-turki-membuatkan-percutian-kita-lebih-bermakna/ […]

  4. … [Trackback]

    […] There you can find 78461 additional Info to that Topic: islamika.com.my/2018/02/28/5-sebab-trip-ke-turki-membuatkan-percutian-kita-lebih-bermakna/ […]

  5. … [Trackback]

    […] Find More on that Topic: islamika.com.my/2018/02/28/5-sebab-trip-ke-turki-membuatkan-percutian-kita-lebih-bermakna/ […]

  6. Thanks for your marvelous posting! I quite enjoyed reading it, you can be a great author.I will be sure to bookmark
    your blog and will often come back sometime soon. I want too encourage you tto definitely continue your great work, have a
    nice morning!

  7. Exceptional post but I was wondering if you could write a litte more on this topic?
    I’d be very thankful if you could elaborate a little bit further.
    Thank you!

  8. … [Trackback]

    […] There you will find 51649 more Information to that Topic: islamika.com.my/2018/02/28/5-sebab-trip-ke-turki-membuatkan-percutian-kita-lebih-bermakna/ […]

  9. … [Trackback]

    […] Here you will find 2624 additional Info to that Topic: islamika.com.my/2018/02/28/5-sebab-trip-ke-turki-membuatkan-percutian-kita-lebih-bermakna/ […]

  10. … [Trackback]

    […] Here you can find 9936 more Information to that Topic: islamika.com.my/2018/02/28/5-sebab-trip-ke-turki-membuatkan-percutian-kita-lebih-bermakna/ […]

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here