Memukul anak boleh didakwa : Apa kata Islam ?

Saban tahun, kes penderaan kanak-kanak sering di paparkan di kaca televisyen. Kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan ibu bapa dan penjaga di taska ini seperti sudah perkara biasa. Adakalanya, ibu bapa  sudah trauma untuk menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak mereka di rumah.

44
7587

Saban tahun, kes penderaan kanak-kanak sering di paparkan di kaca televisyen. Kes penderaan kanak-kanak yang melibatkan ibu bapa dan penjaga di taska ini seperti sudah perkara biasa. Adakalanya, ibu bapa  sudah trauma untuk menghantar anak-anak ke pusat jagaan kanak-kanak. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga sendiri anak mereka di rumah.

Pada awal tahun 2014, kita di kejutkan dengan satu kes penahanan sepasang suami isteri warganegara Malaysia di Sweden yang di dakwa memukul anak mereka kerana tidak solat. Pasangan tersebut di bebaskan pada bulan Disember 2014 setelah setahun menjalani hukuman penjara.

Sweden merupakan negara pertama yang mengharamkan apa-apa hukuman yang berbentuk fizikal yang di lakukan ke atas kanak-kanak.

Selain itu,

Pada awal bulan Februari 2018 seorang ibu berbangsa cina di tahan kerana memukul anak lelakinya yang berusia 5 tahun sehingga menyebabkan lebam pada kedua belah matanya. Tindakan ini mengakibatkan ibunya di kenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda sehingga RM 20,000 atau kedua-duanya sekali mengikut seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Kes penderaan kanak-kanak juga telah sampai kepada tahap membawa maut, kanak-kanak Diperlakukan dengan kejam meskipun oleh ibu bapa mereka sendiri.

Lagi dahsyat apabila alasan ibu bapa memukul anak adalah untuk menghilangkan tekanan kerja ibu bapa.

Istilah memukul anak sudah disalah erti, mereka memukul sesuka hati seolah anak tidak punya hati dan perasaan. Raungan dan teriakan anak juga sudah tidak di peduli.

Memukul anak hanya di bolehkan untuk mendidik bukan untuk mendera atau menyakitkan mereka.

Hadith yang di riwayatkan oleh Abdullah ibn ‘amr ibn al ‘as berkata Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya  :

“ Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat ketika mereka berusia tujuh tahun, Pukullah mereka jika mereka meninggalkan solat pada usia 10 tahun dan pisahkan tempat tidur mereka  “

( Hadith direkodkan oleh Abi Daud di dalam kitab sunan Abi Daud, Bab bila waktu menyuruh anak untuk solat, hadith no 495)

Hadith ini jelas menunjukkan bahawa memukul anak adalah bagi tujuan mendidik. Pukulan mestilah tidak menyakitkan. Menunjukkan rotan juga merupakan satu cara mendidik untuk menggerunkan mereka daripada melakukan perbuatan yang salah.

Walaubagaimanapun hukuman seperti denda dan pukulan merupakan jalan terakhir untuk mendidik. Nasihat yang bijaksana perlu diutamakan, jika masih tidak didengari oleh anak maka pukul di bolehkan dengan syarat tertentu.

Dr. Abdullah Nasih Ulwan, dalam bukunya yang bertajuk Tarbiyatul Aulad Fil Islam (Mendidik Anak dalam Islam) menyatakan 2 kaedah untuk menghukum anak seperti yang di ajarkan oleh islam, adalah seperti berikut :

  • Melayan anak dengan lembut dan kasih sayang adalah asas utama pendidikan.

Imam Al-Bukhari merekodkan dalam kitab Al-Mufrad “ Berlembutlah dan janganlah berlaku ganas dan buruk”

 

Dengan mengamalkan bimbingan yang berbentuk nasihat dan teladan yang baik, anak-anak mudah dididik kerana mereka berasa dijaga dan disayangi.

Anak-anak yang berasa disayangi oleh ibubapa akan menghormati ibu bapa mereka tanpa disuruh.

  • Mengambil kira tabiat anak yang berbuat salah dalam menjatuhkan hukuman.

Ibn khaldun berpendapat dalam kitab Muqaddimah, Cara layanan yang kasar mampu menyebabkan anak-anak menjadi pengecut, penakut, dan mengabaikan tanggungjawab hidup.

Ibu bapa lebih mengenali anak-anak mereka, cara penerimaan dan emosi mereka juga tidak sama. Maka ibu bapa seharusnya menetapkan hukuman yang bersesuaian untuk anak-anak mereka.

Sebagai contoh, jika anak-anak boleh dididik dengan nasihat yang baik, maka ibu bapa tidak boleh memulaukannya, jika anak boleh dididik dengan memulaukannya, ibu bapa tidak boleh terus memukulnya.

 

Berikut adalah syarat-syarat hukuman pukul :

  1. Tidak terus memukul sebelum melalui peringkat- peringkat hukuman lain seperti yang dinyatakan.
  2. Jangan memukul ketika perasaan marah menguasai diri kerana dikhuatiri mencederakan anak.
  3. Jangan memukul di anggota-anggota yang menyakitkan seperti kepala,muka,dada, dan perut.
  4. Bagi hukuman pertama, elakkan pukulan yang menyakitkan.
  5. Jangan memukul anak selagi belum mencapai usia 10 tahun.
  6. Sekiranya kesalahan itu dilakukan untuk kali yang pertama, sebaiknya berilah peluang kepada anak untuk bertaubat dan memohon maaf.
  7. Biar bapa anak itu sendiri yang memukulnya.

 

Marah kerana sayang, memukul juga mestilah dengan akal yang waras untuk mendidik. Ibu bapa mestilah menanamkan rasa ikhlas dalam mendidik anak-anak. Niatkan agar segala apa yang di lakukan adalah untuk menjadikan anak tersebut anak yang berguna kepada masyarakat kelak.

Sabar, kunci utama dalam mendidik, maka uruskanlah amanah itu dengan penuh kesabaran agar tugas ini dapat disempurnakan dengan keyakinan bahawa ada ganjaran syurga oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak.

 

Comments are closed.