Dr. Zakir Naik (1965 – sekarang)

0
22656

Nama: Zakir Abdul Karim Naik


Tarikh lahir: 18 Oktober 1965


Tempat lahir: Mumbai, India


Pendidikan:
1. St. Peter’s High School (ICSE)
2. Kishinchand Chellaram College
3. Topiwala National Medical College
4. Universiti Mumbai, India dalam bidang Ilmu Kedoktoran dan memperoleh MBBS (Bachelor of Medicine Bachelor Of Surgery)


Keistimewaan:
1. Merupakan seorang doktor perubatan, penulis dan pendakwah.
2. Memiliki ingatan yang kuat terhadap Al-Quran dan hadith Bukhari dan Muslim.
3. Memiliki ingatan yang kuat terhadap kitab-kitab agama lain seperti kitab Injil, Weda, Tripitaka, Bhagavad Gita.
4. Beliau banyak mengelilingi dunia untuk berdakwah. Namun kebanyakan dilakukan di India. Rata-rata dihadiri oleh puluhan ribu orang dalam setiap debat ataupun ceramahnya.
5. Pada 1 April 2004, beliau berdebat dengan Wiliam Campbell dengan topik “Islam Dan Kristian Dalam Ilmu Pengetahuan”. Dalam debatnya keduanya membicarakan mengenai kesalahan-kesalahan ilmiah yang terdapat dalam kitab suci.
6. Dr. Zakir Naik juga pernah menentang Sri Paus untuk melakukan debat namun sampai sekarang belum ada respon mengenainya.


Pencapaian:
1. Presiden Islamic Research Foundation (IRF) yang memiliki siaran Peace TV, Peace TV Bangla dan Peace TV Urdu.
2. 2005 – King Faisal International Prize for Service to Islam
3. 2009 – Akhbar Indian Express memasukan nama Dr.Zakir Naik ke dalam senarai 100 orang India terhebat.
4. 2013 – Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1435H/2013M.
5. Beliau di antara 10 guru spiritual terbaik di India dan merupakan satu-satunya individu muslim.
6. Artikelnya sering diterbitkan di majalah India seperti Islamic Voice.


Sumbangan:
1. Dr. Zakir Naik telah mengadakan banyak debat dan ceramah di seluruh dunia dan kerap mengadakannya di Mumbai, India.
2. 2004 – Beliau mengunjungi Selandia Baru dan kemudian ibu kota Australia atas undangan Islamic Information and Services Network of Australasia.
3. 2006 – Dr. Zakir Naik mengadakan sebuah dialog antara agama dengan Sri Sri Ravi Shankar mengenai konsep Tuhan dalam Islam dan Hinduisme. Tujuannya ialah memberikan kesefahaman antara dua agama besar India. Di samping, mengeluarkan kesamaan antara Islam dan Hinduisme. Sebagai contoh, bagaimana berhala dilarang.
4. 2007
– Sejak tahun ini, beliau memimpin Persidangan Damai 10 hari di Somaiya Ground, Sion, Mumbai setiap tahun. Turut dihadiri cendekiawan-cendekiawan termasuk politikus Malaysia, Anwar Ibrahim pada 2008.
– Islamic Research Foundation (IRF) mengadakan persidangan dan pameran Islam antarabangsa selama 10 hari. Bertemakan Persidangan Damai di Somaiya Ground di Mumbai.


Karya:
1. Answers To Non-Muslims Common Questions About Islam
2. Similarities Between Islam And Christianity
3. Similarities Between Hinduism & Islam
4. The Quran And Modern Science (Compatible Or Incompatible?)
5. Quran Aur Science
6. Answer To Non-Muslim Common Questions
7. The Rights Of Women In Islam
8. Islam Par 40 Aapatyan Aur Un Ke Pramansidh Jawabat (Hindi)
9. The Quran And The Bible: In The Light Of Science
10. Islam Ke Vishay Main Gher Musalimon Ke Sawalon Ke Jawabat – (Hindi)
11. Is Non Vegetarian Food Permited Or Prohibited For The Human Beings
12. Kya Quran Allah Ka Kalam Hai?
13. The Quran & Modern Science
14. Islam Ke Vishay Mein Ghair Muslimon Ke Sawalon Ke Jawab
15. Islam Atankwad Ya Bhaichaara
16. Concept Of God In Major Religions
17. Islam Mein Aurton Ke Adhikar
18. Focus On Islam
19. Mansahaar Uchit Ya Anuchit
20. Universal Brotherhood
21. Is The Quran God Words
22. Concept Of God
23. Concept Of God In Major Religions
24. The Bible The Quran And The Torah Say The Truth About Muhammad
25. Quran Aur Vigniyan (Hindi)
26. The Quran The Final Evidence They Don’t Want You To Know
27. The Bible The Quran And Science With The Torah The Holy Scriptures Examined Under Modern Knowledge 2016
28. The Choice: The Bible The Quran And Science
29. The Torah The Bible The Quran And Science
30. The Bible The Quran And Science 2014,The Muslim Prayer Book For Dummies(Sunni Book), Life Of Muhammad: 3 in 1
31. The Bible The Quran And Science The Holy Scriptures Examined In The Light Of Modern Knowledge: A Summery With More New Information
32. The Bible The Quran The Torah The Religion And Science:The Holy Scriptures Examined Under The Modern Knowledge Of Science 2014
33. Koran Und Moderne Wissenschaft: Vereinbar Oder Unvereinbar?
34. It Is About Islam: Exposing The Truth About Islam Ebook Part Two
35. Galatfehmiyoka Niwaran (Hindi)
36. Vishwa Dharmo Me Ishwar Ki Kalpna Aur Islam Ke Vishe Me Ghair Muslimo Ke 20 Sawal
37. Islam Aur Hindu Mat Me Ishwar Ki Kalpna (Hindi)
38. Qur’an & Bible : In The Light Of Science
39. Answer To Non-Muslim Questions

Sumber:
http://www.berbagaireviews.com/2017/04/biografi-dan-riwayat-hidup-dr-zakir.html
https://www.amazon.in/s/ref=sr_pg_4?rh=n%3A976389031%2Cp_27%3ADr.Zakir+Naik&page=4&ie=UTF8&qid=1519706985
https://ms.wikipedia.org/wiki/Zakir_Naik
http://www.berbagaireviews.com/2017/04/biografi-dan-riwayat-hidup-dr-zakir.html
https://www.biografiku.com/2016/02/biografi-dr-zakir-naik-biodata-dan-profil-lengkapnya.html