7 Rahsia Komunikasi Ini Pasti Membuatkan Suami Bertambah Sayang Kepada Anda.

Hidup dalam alam rumah tangga pasti berdepan dengan pelbagai peristiwa, baik yang pahit ataupun manis, sedih ataupun gembira, suka ataupun duka. Semuanya akan silih berganti hadirnya umpama cuaca ada hujan dan panas. Komunikasi dalam rumah tangga juga selalu berlaku begitu. Ketika kita banyak perkara mahu diperkata dan dikongsi, namun ada ketika kita hanya bisu tiada bicara.

1
1811

Sebagai isteri sudah pasti kita mahu suami sentiasa sayang kita kan? Namun, kadang-kadang bicara kita menyebabkan suami tersentuh kalbu, kadang-kadang merajuk dan paling takut mereka mengamuk. Apabila suami macam ni, makan hari juga kan nak memujuk, betul tak?

Di sini, penulis akan dedahkan kepada anda 7 rahsia komunikasi untuk pastikan suami anda bertambah sayang kepada anda:

1. Katakan “Tidak”
Katakan “tidak” pada cacian dan makian. Apabila anda ataupun suami anda menggunakan perkataan yang tidak baik atau kasar, maka perlu saling menegur dan memberi nasihat. Perhatikan bagaimana segelintir pasangan begitu mudah memanggil pasangan mereka dengan bahasa yang kasar, memaki dan sebagainya. Perkara ini akan membawa kepada pergaduhan dan dendam. Setiap hari praktikkan penggunaan bahasa yang lebih baik serta berakhlak.

2. Benar itu Pahit, Ia Penawar Mujarab
Berkata benar itu memang pahit, tetapi itulah perkara yang betul. Pernah tak anda terfikir bagaimana nak tegur suami anda yang tidak menunaikan solat? Apabila ditegur pasti mendapat reaksi yang negatif. Jangan risau, apa tip untuk berkata benar. Tipnya ialah berkata benar dengan hikmah. Bukan kita kritik atau komen yang menyinggung perasaan. Ramai yang menegur secara kasar dan menjatuhkan air muka pasangan. Seperti masalah tidak tunaikan solat, kita boleh mula dengan diri kita sendiri dahulu, tunjukkan kepada pasangan kita yang kita sedang menunaikan solat, sediakan sekali sejadah di tepi tempat kita tunaikan solat.

3. Mengalah Bukan Kalah
Pertelingkahan berlaku apabila tiada yang mahu mengalah. Bagi mengelakkan pertelingkahan atau perang mulut, kita perlu mengalah. Percayalah, mengalah bukan bererti kalah. Sebenarnya, kalah dapat menjernihkan suasana yang kusut dan mendamaikan perasaan yang sedang berceramuk. Sekiranya suami anda meninggikan suara, anda perlu menggunakan kelembutan supaya ia tidak berpanjangan.

4. Setuju untuk Tidak Bersetuju
Rumah tangga yang harmoni adalah rumah tangga yang kerap mengadakan diskusi atau perbincangan dua hala antara pasangan. Dalam perbincangan pasti ada yang tidak bersetuju, maka setuju untuk tidak bersetuju itu perkara biasa. Komunikasi berkesan antara pasangan bukan semata-mata memberi persetujuan atau mengikut dengan membuta tuli kehendak pasangan sehingga menyalahi syariat. Oleh itu, menyatakan tidak setuju itu boleh dengan syarat bukan perkara yang sudah diputuskan agama dan tidak menyalahi syariat.

5. Jadilah Pendengar yang Baik
Mendengar dengan baik juga adalah salah satu daripada cara yang berkesan dalam komunikasi rumah tangga. Mendengar ini sebenarnya adalah satu teknik bagi menunjukkan keprihatinan. Mendengar masalah pasangan pasti menambahkan erat perhubungan. Kita sering meremehkan hal ini kan, malas nak dengar suami bercerita sebab kita yang laju bercerita?

6. Diam Tanda Reda
Diam itu baik, ia perlu kena pada tempatnya. Dalam satu keadaan, diam juga menandakan persetujuan. Diam juga tanda reda, tetapi ada kalanya perbuatan ini diambil kesempatan oleh orang lain. Kita diam kerana tidak mahu sesuatu perkara menjadi lebih teruk. Sekiranya kita melihat suami kita melakukan hal tidak baik, maka berilah nasihat yang baik bukan diam ataupun memberi leteran kepadanya.

7. Marah Tanda Sayang
Tidak salah untuk marah, tetapi perlu bertempat dan kena paa caranya. Ramai yang apabila marah, kata-kata kurang elok begitu mudah dihambur. Bagi menyatakan rasa kasih dan sayang kepada suami, gunakan emosi marah pada keadaan yang sepatutnya. Simbol kemarahan ada kalanya bukan dengan suara semata-mata tetapi turut dizahirkan dengan body language.

Konklusinya, komunikasi ini bukan perkara yang enteng kerana ia menjadi perantara kepada perjalanan seharian satu kehidupan. Ini baru tip komunikasi antara pasangan, bagaimana pula tip komunikasi anda bersama mentua, ipar duai dan sebagainya?

NOTA PEMBACA:

  • Para suami sekalian, sebarkan rahsia ini, forward atau tag isteri-isteri anda agar mereka tahu rahsia komunikasi ini.
  • Buat isteri, selepas baca boleh share ye, untuk dapatkan tip yang lebih banyak boleh lihat dalam buku “Kahwin, Anda Berani? Dalam buku itu dikongsikan tip rumah tangga, realiti sebenar asam garam yang berlaku dalam rumah tangga dan info fiqh penting buat bekalan bakal pengantin dan pasangan yang sudah berkahwin.
             Gambar diambil dari bookcafe.com.my.

7 Rahsia Komunikasi Ini Pasti Membuatkan Suami Bertambah Sayang Kepada Anda
ini dipetik dalam buku “Kahwin, Anda Berani? ditulis oleh Dr. Sakinah Salleh.

 

1 komen

  1. Hi,

    My name is Randy and I was looking at a few different sites online and came across your site islamika.com.my. I must say – your website is very impressive. I found your website on the first page of the Search Engine.

    Have you noticed that 70 percent of visitors who leave your website will never return? In most cases, this means that 95 percent to 98 percent of your marketing efforts are going to waste, not to mention that you are losing more money in customer acquisition costs than you need to.

    As a business person, the time and money you put into your marketing efforts is extremely valuable. So why let it go to waste? Our users have seen staggering improvements in conversions with insane growths of 150 percent going upwards of 785 percent. Are you ready to unlock the highest conversion revenue from each of your website visitors?

    TalkWithLead is a widget which captures a website visitor’s Name, Email address and Phone Number and then calls you immediately, so that you can talk to the Lead exactly when they are live on your website — while they’re hot!

    Try the TalkWithLead Live Demo now to see exactly how it works. Visit: https://www.talkwithlead.com/Contents/LiveDemo.aspx

    When targeting leads, speed is essential – there is a 100x decrease in Leads when a Lead is contacted within 30 minutes vs being contacted within 5 minutes.

    If you would like to talk to me about this service, please give me a call. We do offer a 14 days free trial.

    Thanks and Best Regards,
    Randy

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here