6 Sebab “Bedtime stories” Membantu Ibu Bapa Mendidik Anak-Anak.

“Bed Time Story” adalah bertutur dengan intonasi yang jelas, menceritakan sesuatu hal yang berkesan, menarik, memiliki nilai-nilai yang khusus, dan  tujuan yang khusus. Kebanyakan ahli psikologi kanak-kanak mengesyorkan agar ibubapa menjadikan bedtime story sebagai rutin harian di rumah. Bedtime story mengambil masa selama 10- 15 minit setiap malam sebelum kanak-kanak tidur. Bedtime story juga di jadikan sebagai salah satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak ketika di rumah.

72
14782

“Bed Time Story” adalah bertutur dengan intonasi yang jelas, menceritakan sesuatu hal yang berkesan, menarik, memiliki nilai-nilai yang khusus, dan  tujuan yang khusus. Kebanyakan ahli psikologi kanak-kanak mengesyorkan agar ibubapa menjadikan bedtime story sebagai rutin harian di rumah. Bedtime story mengambil masa selama 10- 15 minit setiap malam sebelum kanak-kanak tidur. Bedtime story juga di jadikan sebagai salah satu proses pembelajaran kepada kanak-kanak ketika di rumah.

Waktu sebelum tidur adalah waktu yang paling tenang dan suasana bilik tidur yang cukup baik untuk kanak-kanak hadam setiap kata-kata yang didengarinya.

Islam tidak menghalang ibubapa untuk meraikan fitrah kanak-kanak selagimana ia tidak bercanggah dengan syariat islam.

Berkata Abu Hamzah: Nabi SAW mempunyai akhlak sebaik-baik manusia dan baginda pernah bercakap dengan adikku yang ketika itu baru berumur dua atau tiga tahun. Nabi SAW bersabda:

“Wahai Aba Umayr, apa yang telah kamu buat pada burung (seperti burung pipit) itu?”

(Hadith ini direkodkan oleh Al-Bukhari, kitab Sahih al-Bukhari, Kitab al-Adab, Bab al-Kunyah li Sabiy wa Qabl an Yulad li Rajul, no hadith 6203]

 

Ibn Hajar al-Asqalani berkata panggilan nama gelaran itu bukan realiti sebenar untuk memanggil kanak-kanak sedemikian rupa, namun seruan tersebut telah menyebabkan si kecil itu berasa gembira kerana gurauan baginda telah menambat hatinya.

Hadith ini ,menunjukkan bahawa Baginda juga bersenda gurau dan bertanya tentang apa yang kanak-kanak tersebut sedang lakukan, walaupun baginda sudah mengetahuinya. Baginda meraikan fitrah kanak-kanak tersebut yang sedang bermain,

Pam young adalah seorang penulis buku best seller yang bertajuk Sidetracked Home Executives: From Pigpen to Paradise, buku beliau terjual sebanyak 1.5 million buah buku. Pam Young sering berkongsi tentang cara-cara pengurusan di rumah termasuklah berkenaan keibubapaan. Beliau menyatakan 6 sebab bedtime stories membantu ibu bapa mendidik  kanak-kanak adalah seperti berikut ,

  1. Meningkatkan daya berimaginasi.

Bercerita dapat meningkatkan daya imaginasi kanak-kanak iaitu melalui proses pendengaran. Oleh kerana, kita tidak mempunyai saluran radio yang bersesuaian bagi kanak-kanak, bedtime story dapat membantu mereka berimaginasi. Jika ibubapa kehilangan idea ketika bercerita, anda boleh bertanyakan soalan kepada anak-anak seperti, “Along rasa kenapa telinga gajah besar?” .

Dengar jawapan mereka sebelum anda mengeluarkan fakta yang sebenarnya.

  1. Membina hubungan di antara ibu bapa dan anak.

Maksud lain, bonding time iaitu meluangkan masa untuk bercakap dan melayan kerenah anak-anak. Melalui bedtime story, ibubapa boleh mengambil peluang untuk bermanja dengan anak. Anak-anak akan merasakan mereka disayangi, pada masa yang sama anak-anak belajar menghormati orang yang menyayangi mereka.

Kata salah seorang anak Imam Hassan Al-Banna, pengasas ikhwanul Muslimin di Mesir di dalam buku yang bertajuk “Cinta di Rumah Hassan Al-Banna”, “kami menghormati ayah kami bukan kerana kami takut kepadanya, akan tetapi kerana kami cinta kepadanya”. Sikap penyayang seorang ayah itu menjadikan anak-anak hormat kepadanya.

  1. Memupuk minat yang mendalam kepada anak-anak untuk membaca.

Bedtime story menjadikan kanak-kanak berfikir bahawa isi kandungan buku sangat menarik. Pam Young menceritakan bahawa, anak beliau yang berumur 3 tahun memegang buku di depan tv dan berpura-pura baca dengan meniru nada suami beliau bercakap. Ini menunjukkan perkara sebegini dapat memupuk minat mereka untuk membaca buku.

  1. Perhatian untuk berbincang.

Bedtime story salah satu cara untuk menarik perhatian anak-anak untuk mendengar.

Contohnya “Goldilocks masuk ke dalam rumah tersebut, walaupun penghuninya tiada. Kita tidak boleh berbuat demikian, ini seolah-olahnya tidak menghormati hak orang lain”

Anda boleh mengajak anak-anak berfikir, adakah masuk ke dalam rumah tanpa penghuni itu baik? Pada waktu ini anda boleh menasihati mereka apa yang boleh dan tidak boleh untuk dilakukan.

Ajarkan mereka doa-doa harian yang ringkas, suasana yang tenang dan fokus membolehkan mereka untuk menghafal dengan cepat.

  1. Rutin harian yang bagus.

Kenapa bedtime story di katakan rutin harian yang bagus?

Bedtime story boleh dijadikan satu rutin harian yang bagus kerana secara tidak sedar anda telah mengisi masa anak-anak dengan perkara yang bermanfaat pada setiap hari.

Walaupun hanya 10 minit bercerita, ia sudah cukup mendatangkan impak yang cukup besar dalam diri anak-anak. Selain dari memupuk minat membaca, ia boleh menjadikan anak-anak sentiasa positif dan mengamalkan nilai-nilai murni yang diketahuinya.

  1. Cara untuk menjadikan anak anda pandai menulis.

Pam Young meletakkan poin yang terakhir ini, pandai menulis. Ini kerana cara untuk hebat dalam penulisan adalah dengan banyak membaca.

Ibubapa yang mendidik anak untuk rajin membaca sebenarnya sedang melatih mereka pintar menulis untuk memandaikan masyarakat lain melalui penulisan.

Kesimpulannya, bedtime stories boleh dijadikan satu cara untuk mendidik anak-anak ketika di rumah. Luangkan sedikit masa di waktu malam untuk impak positif yang berpanjangan. Usah berkira masa untuk anak anak, Anak adalah amanah yang akan di tanya oleh Allah s.w.t. di akhirat kelak, Maka berusahalah semampu kita untuk mendidik mereka.

 

Comments are closed.