5 Apps Diari yang Akan Membantu Menguruskan Hari Anda.

HIDUP ADALAH AMANAH DAN BUKAN ANUGERAH SEMATA. JIKA KEHIDUPAN ITU ANUGERAH, SESEORANG ITU AKAN MENJALANINYA SESUKA HATI DAN SEWENANGNYA . MAKA, MEMANDANGKAN KEHIDUPAN ADALAH PERKARA YANG SEDANG DILALUI OLEH SEMUA, MAKA PENTINGNYA UNTUK KITA MENGATUR KEHIDUPAN SEHARIAN KITA DENGAN BAIK.

0
6633

Diari sememangnya sangat sinonim dengan kaum wanita. Jika sebut tentang diari pasti terlintas dalam fikiran mereka,

“sebuah buku kecil yang tebal dan ada kunci”.

Diari sebegitu mungkin sudah tidak relevan pada masa kini, ini kerana buku dan pen bukan lagi barang wajib untuk dibawa keluar rumah. Tanpa kita sedari telefon pintar yang sentiasa ada di tangan kita merupakan diari terbaik untuk kita mencatat urusan seharian.

Lelaki mahupun wanita perlu menyusun aktiviti seharian dengan baik supaya setiap perkara dapat diselesaikan mengikut keutamaan.

Hidup adalah amanah dan bukan anugerah semata. Jika kehidupan itu anugerah, seseorang itu akan menjalaninya sesuka hati dan sewenangnya . Maka, memandangkan kehidupan adalah perkara yang sedang dilalui oleh semua, maka pentingnya untuk kita mengatur kehidupan seharian kita dengan baik.

(Ustaz Pahrol Ahmad Juoi, Ketua Editor Majalah Solusi)

Aplikasi diari yang boleh dimuat turun dari google play store secara percuma dapat membantu anda menyusun jadual harian anda dengan lebih baik.

5 aplikasi diari ini pasti menjadikan anda tidak sabar untuk menulis diari setiap hari:

  1. Universal Diary

  • Aplikasi diari ini dilengkapi dengan password (kata laluan)
  • File boleh ditukar kepada format PDF.
  • Anda boleh membuat pilihan untuk backup file pada SD Card/Google Drive/DropBox.
  • Anda boleh memilih tema yang anda sukai.
  • Melalui diari ini anda boleh menulis perkara yang berlaku pada hari tersebut dan memuat naik gambar.
  • Diari ini merekod perbelanjaan dan duit keluar masuk anda.
  • Jika anda suka travel, diari ini sangat berguna kepada anda kerana susun atur diari ini boleh dijadikan dokumentasi perjalanan anda.
  • Nak diet? Diari ini juga merekod makanan yang anda ambil dan kandungan kalori yang terdapat dalam makanan.
  • Diari juga akan merekodkan tarikh-tarikh penting. Seperti tarikh mesyuarat dan juga tarikh lahir keluarga anda.

 

2. Diary with Lock

 

  • Kata laluan dan nombor pin dapat melindungi data yang ditulis.
  • Emoji yang menarik.
  • Boleh menulis dengan text size dan font yang anda sukai.
  • Senang untuk digunakan dengan adanya ruang carian.
  • Boleh muat turun file sebagai backup.
  • Menulis tanpa had yang dikenakan.
  • ‘sleep log’ digunakan untuk mengenalpasti gangguan tidur yang anda alami.
  • Anda boleh mencatat matlamat anda, diari akan mengesan matlamat yang sudah dicapai serta diagnos matlamat yang boleh dicapai.
  • Diari juga akan mengingatkan anda tarikh penting dan urusan yang anda perlu lakukan pada waktu tersebut.

 

3. Journey – Diary, Journal

  • Diari dicipta bertujuan untuk meningkatkan pencapaian individu supaya lebih menghargai setiap pengalaman manis seperti cinta,kehidupan dan kesihatan yang baik.
  • Diari boleh disimpan di dalam Google Drive sync supaya lebih selamat.
  • Diari ini juga boleh diakses melalui Chromebook, Mac, dan Windows devices.
  • Anda juga boleh rekod lokasi dan musim di tempat percutian anda.
  • Anda juga boleh muat naik gambar dan tulisan anda di media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya.
  • File juga boleh ditukar kepada format Diaro, Evernote, Dayone, dan Word Docx.

4. My Diary

  • My Diary membantu anda untuk mencari penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
  • Anda juga boleh memasukkan gambar dan video di dalam My Diary.
  • Jika anda tidak mahu menulis, anda boleh merekod suara anda sebagai simpanan di dalam My Diary.

5. One self-reflection question.

  • Diari yang sangat simple, tetapi sangat baik untuk buat anda sentiasa berfikir. Question Diary ini akan memberikan satu soalan yang berkaitan dengan kehidupan setiap hari.
  • Secara tidak langsung, soalan yang diberikan dapat memberikan anda idea untuk menulis.
  • Anda akan mengingati momen-momen yang anda tulis seperti contoh soalan ‘apakah yang dimaksudkan dengan kehidupan yang baik menurut anda?’ , anda akan menjawab soalan tersebut dengan jujur. Jawapan juga kemungkinan berbeza setiap masa.

Semoga dengan adanya aplikasi diari dapat membantu anda menguruskan aktiviti harian anda dengan sebaiknya. Jadikan menulis sebagai aktiviti harian yang menyeronokkan. Jangan ketinggalan untuk merekodkan momen-momen indah anda setiap hari. Seterusnya menjadikan tragedi buruk yang direkodkan sebagai pengajaran dalam kehidupan kita.

 

Selamat mencuba.