Mengapa Rasulullah Menyuruh Kita Mencintai Saudara Kita Seperti Kita Mencintai Diri Kita Sendiri?

I Love You! Ashiteru! Saya Sayang Awak Lebih Besar dari Gunung! Itulah ungkapan manis yang selalu kita dengar dan lafazkan apabila kita dilamun cinta.

162
1015

Pasti ramai yang tidak tahu, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan cinta? Cinta menurut Imam Nawawi ialah kecenderungan terhadap sesuatu yang diinginkan. Sesuatu yang dicintai iaitu sesuatu yang dapat kita rasa, ataupun cinta juga dizahirkan dalam bentuk perbuatan, kesempurnaan, keutamaan, mengambil manfaat dan menolak bahaya.

Anas bin Malik melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, “Tidak sempurna iman seseorang sebelum dia mencintai saudaranya (sesama Muslim) sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.”

(Hadith Anas bin Malik ini direkodkan oleh Imam Bukhari dalam Kitabnya Sahih Bukhari, bab iman, juz 1, no hadith 13 dan statusnya sahih).

Kita pasti tertanya-tanya kenapa Rasulullah menyuruh kita cintai saudara kita seperti cinta diri kita sendiri?

Tiga sebab Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mencintai saudara kita seperti kita mencintai diri kita sendiri:

1) Utamakan saudara membawa kebahagian.
Zinad bin Siraj mengatakan, “Secara zahir hadith ini menuntut kita kepada kesamaan, iaitu kita akan rasa apa yang teman kita rasa. Tetapi realitinya, hadith ini menerangkan tentang pengutamaan. Apabila kita cinta saudara kita, bererti mereka tergolong dalam kalangan orang-orang yang utama dalam hidup kita. Jika saudara kita susah, kita juga akan turut rasa susah dan simpati. Perasaan simpati ini dizahirkan dengan kita menolong saudara kita. Pasti akan membawa kebahagian kepada saudara dan diri kita.

2) Rasulullah s.a.w ajar kita sikap tawaduk dan rendah hati.
Imam Ibnu Hajar berpendapat hadith ini menekankan tentang sikap tawaduk iaitu rendah hati. Seorang yang baik tidak akan berasa senang apabila dia melebihi saudaranya yang lain, kerana hadith ini menuntut persamaan. Namun, semua ini tidak akan sempurna kecuali kita meninggalkan perbuatan dengki, iri hati, curang dan sebagainya.

3) Tanda sempurnanya iman kita.
Salah satu tanda sempurnanya iman adalah kita menyayangi saudara kita seperti kita sayang diri kita. Hal ini sudah jelas dalam hadith di atas.

Konklusinya, setiap perkara yang disuruh oleh Rasulullah s.a.w. pasti ada hikmah yang besar. Jika kita amal dalam kehidupan kita pasti hidup kita penuh ketenangan dan kebahagiaan.
Selamat beramal.

                                            BONUS UNTUK PEMBACA:

Imam Nawawi ialah seorang ulama besar Mazhab Syafie.

 

Imam Ibnu Hajar Asqalani ialah ulama Mazhab Syafie dan pengarang kitab Fathu Bari, Syarah Sahih Bukhari.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here