Mengapa Anda Tidak Perlu Ke GYM Lagi? Badan akan Kelihatan Fit Hanya dengan Memanah.

52
11562

Setiap orang mempunyai alasan tertentu mengapa mereka sering melakukan latihan di pusat gym. Kebanyakannya menginginkan tubuh badan yang fit dengan mempunyai otot-otot yang tough. Tidak lupa juga buat mereka yang ingin mendapatkan kesihatan tubuh badan yang stabil dan optimum.

Sebelum kehadiran pusat Gym, Rasulullah s.a.w. telah menunjukkan kepada kita beberapa aktiviti sukan yang mempunyai banyak manfaat di dalamnya.

Disini menunjukkan bahawa Islam sangat bersifat syumul iaitu sempurna. Walaupun tujuan asal penciptaan insan ini hanya untuk mencapai kejayaan di akhirat kelak, namun urusan-urusan dunia tidak dilupakan sama sekali.

Rasullulah s.a.w. bersabda: “Orang beriman yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah berbanding daripada orang beriman yang lemah.” Hadith direkodkan oleh Muslim, no 2664, kitab Al- Qadr.

Oleh itu, amalan bersukan turut dititikberatkan supaya kita menjadi insan yang sihat fizikal dan fikiran.

Mengapa Memanah Menjadi Kesukaan Rasulullah

Rasulullah s.a.w. bersabda : “Memanah dan berkudalah, dan kalian memanah lebih aku sukai dari pada berkuda.” Hadith direkodkan oleh Jami’ At-Tirmizi, no 1637, kitab Kebaikan Berjihad.

Rasulullah s.a.w. menunjukkan teladan yang baik buat sahabat-sahabatnya dengan menyertai mereka beriadah. Sama seperti apa yang telah di jelaskan dalam Quran dan para anbiya’ yang terdahulu, setiap apa yang diajarkan oleh Rasulullah juga pasti mempunyai hikmahnya tersendiri.

  1. Mencapai kestabilan emosi

    Permainan memanah merupakan aktiviti sukan yang memerlukan tahap fokus yang tinggi. Jadi, disini memanah amat melatih emosi kita untuk menempatkan “sasaran” tepat pada busurnya. Tanpa kita sedar, olahraga ini melatih kita supaya sentiasa tenang dalam mengendalikan emosi. Sesungguhnya, amat sukar bagi mereka yang kurang sabar, tidak tenang, gugup daripada mensasarkan busur pemanah tepat ke sasarannya.
  2. Keseimbangan tubuh badan boleh dicapai 

    Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman memanah, olahraga ini amat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Bermula dari cara memegang alat pemanah kemudian pada saat melenturkan anak panah sehingga melepaskan anak panah pada busurnya. Kesemuanya memerlukan kekuatan fizikal . Perkara ini akan memberi kesan yang positif untuk badan, terutamanya pada bahagian tangan dan mata pemain.Fokus pemain ketika memanah mampu memberi ketajaman pada mata dan mindanya. Secara langsung dapat menstabilkan kecerdasan minda dan kecergasan fizikal.

    Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa : “Dan bersedia menghadapi mereka dengan segala kekuatan yang kita sanggup. Ketahuilah bahawa kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah bahawa kekuatan itu adalah memanah, ketahuilah bahawa kekuatan itu adalah memanah.” Hadith direkodkan oleh Sahih Muslim, kitab Imarah, no 1917.

  3. Melatih diri berdisiplin
    Memanah mampu melatih diri berdisiplin dan bertanggungjawab. Memanah memerlukan kesungguhan dan fokus yang tinggi. Bilamana kita melatih diri untuk fokus ketika memanah sedangkan ia hanya permainan. Sudah pasti kita mudah menghadapi segala rintangan dalam hidup.

Kesimpulan

Imam Bukhari mengisahkan: “Rasulullah s.a.w. melalui satu kawasan di mana sahabat sedang memanah. Rasulullah s.a.w. bersabda; “Wahai Bani Ismail, sesungguhnya datuk kamu, Nabi Ismail adalah seorang pemanah. Memanahlah dan aku bersama bani fulan (salah satu kumpulan pemanah).” Lalu kumpulan ini berhenti memanah. Rasulullah s.a.w. bertanya: “Kenapa kamu berhenti memanah?” Jawab sahabat: “Bagaimana kami hendak memanah jika kamu berada bersama mereka.” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Memanahlah, aku bersama kamu semua.” Hadis direkodkan oleh Bukhari di dalam kitabnya sahih Bukhari, no 2899, kitab Jihad.

Setiap yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. pasti ada sebabnya. Baginda lebih mengetahui tentang apa-apa yang akan berlaku di kemudian hari. Disebabkan itu, baginda menyuruh kita untuk sentiasa merujuk kepada Al-Quran dan hadith. Akhir sekali, dianjurkan belajar memanah ini adalah untuk mempersiapkan diri menghadapi perang akhir zaman.

“Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang keempat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah.” – Louis Lord Mountbatten

 

Comments are closed.