Kenapa 5 Sebab Ini Membuatkan Remaja Dilarang Melayari Internet dengan Kerap!

Tidak semua dilarang, akan tetapi jika bertujuan 5 sebab ini, ia sepatutnya dielak!

0
5030

Internet bersifat luwes dan sentiasa mengalami transformasi dari segala sudut. Kekerapan pengguna mengunakan wacana ini adalah untuk berkomunikasi dan besosial. Lebih-lebih lagi golongan remaja yang seniasa ingin mencuba sesuatu yang baru. Apabila kita memperkatakan tentang remaja, peringkat umur remaja adalah sekitar umur 12 tahun sehingga 18 tahun.

  1. Pembaziran masa.

Apa yang berlaku kepada golongan remaja pada hari ini apabila sentiasa melayari internet adalah berlakunya pembaziran masa. Sungguhpun pada awalnya kita melayari internet hanya untuk memnuhi keperluan yang bermanfaat, namun dengan tempoh yang diambil terlalu lama tidak mustahil jika kita terleka.

Dalam islam, sebagaimana yang kita maklum bahawa penjagaan masa sangat dititikberatkan dan Allah telah bersumpah dengan “Masa” di dalam ‘surat cinta’nya yang berbunyi,

“Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.”                                         (Surah al-‘Asr, ayat 1-3)

 

  1. Terdedah kepada jenayah siber yang boleh menjejaskan keselamatan remaja.

Di era dapatan informasi melalui hujung jari sahaja meudahkan golongan remaja untuk mendedahkan diri mereka kepada jenayah siber. Menurut laporan, golongan remaja akan mudah untuk berkenalan dengan sesiapa sahaja yang dianggap sebagai orang yang boleh dipercayai sehinggakana boleh terpengaruh. Malangnya, pengaruh yang tidak sihat akan berlaku apabila berkenalan dengan penjenayah seperti golongan pengedar dadah.

Ceminan akhlak atau peribadi seseorang remaja ini sedikit sebanyak akan dipengaruhi oleh sikap atau tingkah laku yang ditunjukkan oleh sahabatnya. Hal ini sebenarnya telah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bersabda:

“ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya”

(Hadith direkodkan oleh Imam Abu Daud)

Kajian Universiti Malaya yang melibatkan tinjauan sentimen di 12 kawasan. Kajian ini mendapati isu jenayah dan keselamatan adalah perkara kedua yang amat dikhuatiri ketika ini. Justeru, perbuata ini amat dilarang dalam Islam.

  1. Pengaruh dengan kegiatan buli dan keganasan

Unsur-unsur negatif senang dipengaruhi oleh remaja apabila adanya sikap ingin berbea dengan orang lain. Kebanyakan remaja sangat gemar menunjukkan kehebatan luar biasa yang ada pada dirinya untuk tatapan orang lain. Jadi, kes kegiatan buli dan keganasan yang ditonjolkan dari filem-filem aksi sama ada tempatan mahupun antarabangsa amat mudah untuk ditiru.

Kajian yang melibatkan remaja 13 hingga 17 tahun dan orang dewasa 18 hingga 74 tahun itu turut menyatakan, 22 peratus rakyat Malaysia pernah dibuli dalam talian, manakala 20 peratus pernah ditipu melalui internet. Kegiatan ini perlu diberi perhatian oleh ibu bapa khususnya kerana Allah s.w.t. ada menyebutkan kepada kita yang berbunyi,

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”

(Surah at-Tahrim, ayat 6)

  1. Penyebaran fitnah tanpa usul periksa.

Tidak dinafikan juga, zaman millenia ini adalah zaman fitnah bertearan di merata-rata tempat. Hal ini semakin berleluasa apabila wujudnya rangkaian internet di mana sahaja. Penggunaan di sisi remaja juga akan mudah dipengaruhi apabila tiada Batasan dalam menyebarkan pengetahuan. Apa yang menjadi tegahan di sisi agama adalah apabila remaja menggunakan platform ini untuk menyebarkan fitnah tanpa usul periksa kesahihannya agar tidak mengaibkan orang lain di alam maya. Sedangkan Allah s.w.t. telah berpesan kepada kita supaya memeriksa terlebih dahulu maklumat yang disampaikan oleh orang lain agar terbukti ia adalah benar. Allah s.w.t. menyatakan dalam firmannya,

“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

(Surah al-Hujurat, ayat 6)

  1. Pendedahan seksual.

Dalam isu paparan seksual yang tiada privasi di alam maya, golongan remaja inilah sepatutnya dikhuatiri. Laporan menunjukkan, 28 peratus rakyat Malaysia terdedah kepada gangguan seksual di internet di mana 29 responden mendakwa mengenali pemangsa yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat. Sumber ini telah diambil dari sumber Astro Awani.

Sementara itu, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ketika dihubungi Astro AWANI berpendapat, gangguan seksual merupakan ancaman keselamatan yang tidak boleh diambil mudah kerana ia adalah sejenis bentuk perlakuan jenayah dan penderaan mental.

Jika didlihat dari sudut agama, Islam tidak melarang seseorang untuk menggunakan internet, namun apabila terdetiknya sedikit kemungkaran, Islam melarangnya.Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

( Direkodkan oleh Imam Muslim,bab al-Iman, hadis no. 40 )

Kesimpulannya, internet bukanlah sesuatu yang baru pada kita dan dunia, namun bagaimana kita menguruskannya adalah perlu ditilik dengan baik. Hal ini kerana banyak kpincangan yang telah berlaku bermula dari internet dan pelopor terbesarnya adalah golongan remaja. Kita perlu mendidik remaja terlebih dahulu dari sahsiah dank keperibadiannya kerana remaja adalah tonggak agama, bangsa dan negara.