Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (1926 – sekarang)

0
23780

Nama: Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qaradhawi


Tarikh lahir: 9 September 1926


Tempat lahir: Shafat al-Turab, Mahallah Al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir


Pendidikan:
1. 1933 – Madrasah Ilzamiyah (sekolah rendah)
2. Maahad Rendah Tanta (madrasah ibtida’ittah)
3. Maahad Menengah (madrasah thanawiyya)
4. Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar
5. 1954 – Memperoleh ijazah sarjana dan iploma pendidikan dari Fakulti Bahasa Arab
6. 1957 – Diploma Bahasa Arab dan Sastera dari Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi
7. 1960 – Kajian Saringan Tinggi yang bersamaan dengan ijazah MA daripada Bahagian Sains Al-Quran dan Hadis di Fakulti Teologi.
8. 1973 – Memperoleh Doktor falsafah dengan hujahnya mengenai Az-Zakah fi Hal al-Mushlikat al-Ijtima’iyya (Zakat dan Pengaruhnya dalam Penyelesaian Masalah Sosial).


Pencapaian:
1. Menghafal 30 juzuk Al-Quran sebelum mencecah umur 10 tahun
2. Beliau menjawat jawatan sebagai seorang khatib, guru dan penulis di al-Awqaf dan al-Azhar
3. Ketua Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah
4. Presiden Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa
5. Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia
6. Pengerusi Al-Quds International Institution (QII)
7. Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009 Malaysia


Sumbangan:
1. Beliau telah menerbitkan lebih 100 buah buku yang menyentuh pelbagai aspek kehidupan Islam, kesusasteraan dan puisi.
2. Beliau aktif dalam bidang dakwah dan Gerakan Islam untuk tempoh lebih daripada separuh abad.

Karya:
1. Al-Halal Wa Al-Haram Fi Al-Islam, (Halal dan Haram dalam Islam), Al-Maktab Al-Islami, Beirut, 1980.
2. Fatawa Mu’asarah, 2 Jilid ( Fatwa-Fatwa Semasa), Dar Al-Wafa’, Kaherah., 1993
3. Al-Ijtihad Fi Al-Shari’at Al-Islamiah, (Ijtihad Dalam Syariat Islam), Dar Al-Qalam, Kuwait,1996
4. Fiqh Al-Zakat 2 Juzuk (Fikah Tentang Zakat), Muasassah Al-Risalah, Beirut,
5. Mushkilat Al-Faqr Wa Kayfa Alajaha Al-Islam, (Masalah Kefakiran Dan Bagaimana Islam Mengatasinya),Maktabah Wahbah, Kaherah, 1980
6. Bay’u Al-Murabahah Li Al-Amri Bi Al-Shira; (Sistem Jual Beli Al-Murabah), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1987
7. Wujud Allah, (Adanya Allah), Maktabah Wahbah, Kaherah,1990
8. Haqiqat al-Tawhid, (Hakikat Tauhid), Maktabah Wahbah, Kaherah,19
9. Mawqif Al-Islam Min Al-Ilham Wa Al-Ksh Wa Al-Ru’a Wa Min Al-Kananah W Al-Tarna’im Wa Al-Ruqa. (Posisi Islam Mengenai Ilham, Kasyaf, Mimpi, Ramalan, Pencegah Kemalangan Dan Jampi), Maktabah Wahbah, Kaherah,1994
10. Iman Bi Qadr, (Keimanan Kepada Qadar), Maktabah Wahbah, Kaherah,
11. Al-Aql Wa Al-Ilm Fi Al-Quran, (Akal Dan Ilmu Dalam Al-Quran), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1996.
12. Al-Sabru Fi Al-Quran, (Sabar Dalam Al-Quran), Maktabah Wahbah, Kaherah, 1989.
13. Tafsir Surah Al-Ra’d, (Tafsir Surah Ra’d), Dar Al-Bashir, Kaherah,1996
14. Thaqafat Al-Da’iyyah, (Wawasan Seorang Juru Dakwah), Maktabah Wahbah,
15. Al-Tarbiah Al-Islamiah Wa Madrasah Hassan Al-Banna, ( Pendidikan Islam Dan Ajaran Hassan Al-Banna), Maktabah Wahbah, Kaherah,1992

Antara karya-karya beliau yang dilesen dan diterbitkan oleh PTS adalah:
1. Sunnah vs. Bid’ah
2. Fiqh Jihad Jilid 1 dan Jilid 2
3. Masa dalam Kehidupan
4. Mukjizat Sabar dalam Al-Quran
5. Fatwa untuk Wanita
6. Wanita-Wanita Syurga
7. Fatwa Palestin
8. Fiqh Hiburan dan Rekreasi
9. Fiqh Keutamaan
10. Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf
11. Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 1 (Al-Quran, Hadith, dan Akidah)
12. Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 2 (Ibadah)
13. Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 3 (Wanita dan Keluarga) dan banyak lagi

Sumber:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Yusuf_al-Qaradawi
http://alyaqiin10.blogspot.my/2012/05/biodata-dr-yusof-al-qaradawi.html
https://prezi.com/u1ykw1hln9rv/syeikh-yusuf-al-qardawi/