Bagaimana Untuk Ke Luar Negara Tanpa Perlu Melunaskan  Cukai Terlebih Dahulu?

7
7148

Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperoleh hasil atau pendapatan. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis cukai yang perlu dibayar, antaranya ialah cukai pendapatan, cukai perkhidmatan, cukai hartanah dan sebagainya.

Terdapat banyak kesan yang bakal dibebani oleh rakyat Malaysia akibat menangguh-nangguh pembayaran cukai. Apa yang paling ketara ialah anda boleh tersekat untuk ke luar negara akibat dari tuggakan cukai yang terlampau banyak. Hal ini kerana, hasil daripada cukai ini digunakan oleh sesuatu kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan negara. Tetapi, bagaimana untuk pergi bercuti tanpa perlu melunaskan cukai terlebih dahulu?

Pengalaman disekat ke luar negara telah berlaku kepada salah seorang selebriti tanah air iaitu Rozita Che Wan atau dikenali sebagai Che Ta dua tahun yang lalu. Beliau bercadang menyambut hari lahir anaknya, Aaisyah Dhia Rana di London namun tidak kesampaian kerana masalah cukai pendapatan tertunggak.

Kutipan cukai ini adalah kedua terpenting selain daripada pembayaran zakat pendapatan yang dibuat saban tahun. Pada asalnya Islam hanya mensyariatkan zakat untuk tujuan mewujudkan keadilan ekonomi dan sosial dalam masyarakat. Pembayaran zakat adalah bertujuan untuk mengimbangi jurang ekonomi antara golongan kaya dan miskin dan ia terhad kepada 8 golongan asnaf sahaja, iaitu:

Golongan Fakir
Miskin
Mualaf (seseorang yang baru memeluk agama Islam)
‘Amil (orang yang dilantik untuk memungut dan mengagihkan wang zakat)
Riqab (seseorang yang terbelenggu dan tiada kebebasan diri)
Gharimin (penghutang muslim yang tidak mempunyai sumber untuk menjelaskan hutang yang diharuskan oleh syarak pada perkara asasi untuk diri dan tanggungjawab yang wajib ke atasnya)
Fisabilillah (orang yang berjuang, berusaha dan melakukan aktiviti untuk menegakkan dan meninggikan agama Allah)
Ibnu Sabil (musafir yang kehabisan bekalan dalam perjalanan atau semasa memulakan perjalanan dari negaranya yang mendatangkan pulangan yang baik kepada Islam dan umatnya).


Pembayaran zakat pendapatan sama seperti cukai pendapatan iaitu hanya dikenakan kepada mereka yang mencukupi syarat-syarat khas. Antara syarat pembayaran zakat ialah mencukupi nisab yang telah ditetapkan oleh pusat pungutan zakat. Kadar nisab ini pula ditentukan mengikut harga 85 gram emas pada tahun tersebut. Jadi, purata harga nisab akan berubah dari semasa ke semasa. Kadar nisab pada Disember 2017 sebanyak RM 14 857.00, zakat hanya dikenakan kepada mereka yang mempunyai pendapatan setahun melebihi kadar nisab itu tadi. Bagi yang kurang, tidak perlu membayar zakat pendapatan pada tahun tersebut.

Namun, kutipan cukai pula dibuat untuk menyokong membentuk kestabilan ekonomi secara amnya. Bertetapan dengan kutipan cukai ini, corak pemerintahan yang dilaksanakan Saidina Umar al-Khattab boleh dijadikan contoh. Saidina Umar al-Khattab semasa era pemerintahannya telah mengenakan cukai perniagaan sebanyak 10 peratus yang dipanggil usyur kepada peniaga kafir harbi (bukan Islam dari negara musuh), lima peratus kepada peniaga kafir zimmi (bukan Islam yang bernaung di bawah negara Islam) dan 2.5 peratus kepada peniaga Muslim (Muwatta’ Malik & Sunan al-Baihaqi). Hasilnya tahap ekonomi di negara Islam itu mencapai tahap yang stabil dan mampu mencorakkan keamanan negara.

Di bawah ini disertakan website yang penting untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembayaran cukai dan perkara yang berkaitan dengan cukai di Malaysia.

10 Perkara Penting Tentang Cukai Pendapatan Di Malaysia

Pendapatan Bercukai
Pengecualian Cukai
Potongan Cukai
Pelepasan Cukai
Kadar Cukai
Rebat Cukai
Potongan Cukai Berjadual (PCB)
Cara Bayar Cukai Pendapatan
Bayaran Balik Cukai Pendapatan
Tanggungjawab Individu

Klik di sini :http://jomurusduit.com/2016/05/10-perkara-penting-tentang-cukai.html

Kesimpulannya, membayar cukai dan zakat adalah kewajipan setiap individu selain dapat membantu dari aspek ekonomi negara dan sebagainya. Tiada pilihan untuk mengelak daripada membayar cukai ini melainkan jumlah pendapatan tidak melebihi kadar cukai yang perlu dibayar. Sekiranya ingin bermusafir ke luar negara tanpa sebarang masalah, rujuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) terlebih dahulu dan selesaikan segera tunggakan cukai yang ada. Selagi kita tidak meng’anak tiri’kan bayaran cukai, tiada apa yang perlu dirisaukan sekiranya ingin ke luar negara.

7 KOMEN

  1. Wonderful blog! Do you have any suggestions for aspiring writers?
    I’m hoping to start my own website soon but I’m a little
    lost on everything. Would you suggest starting with a free platform like WordPress or go for a paid option? There are so many options out there
    that I’m completely overwhelmed .. Any ideas? Appreciate it!

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here