5 Sebab Kaum Lelaki Sahaja Yang Dibenarkan Berpoligami Bukan Wanita

Sebenarnya, Islam telah menjelaskan dengan terperinci mengapa lelaki sahaja dibenarkan beristeri lebih dari satu.

48
5144

Mungkin ada di kalangan kita tertanya-tanya kenapa lelaki sahaja yang dibenarkan berpoligami dan bukan wanita. Sebenarnya, Islam telah menjelaskan dengan terperinci mengapa lelaki sahaja dibenarkan beristeri lebih dari satu.
Nak tahu mengapa? Teruskan membaca.


1. Syarak mengizinkan
Di dalam Al-Quran, Allah s.w.t. berfirman,

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu mahu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
(Surah An-Nisa’, ayat 3)

Mengikut tatabahasa arab, فَانْكِحُوا (fankihu) ditujukan kepada kaum lelaki. Maka jelaslah di sini Allah s.w.t. hanya membenarkan kaum lelaki sahaja untuk beristeri satu, dua, tiga ataupun empat.

2. Mental dan fizikal yang kuat
Lelaki dianugerahkan mental dan fizikal yang kuat berbanding wanita. Kelebihan dan kekuatan fizikal yang diberikan kepada kaum lelaki ini yang membolehkan mereka bekerja mencari nafkah untuk keluarga dan isteri-isterinya.
Firman Allah s.w.t.,

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ…
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah)
sebahagian dari harta mereka…
(Surah An-Nisa’, ayat 34)

3. Tahap kesuburan yang tinggi
Jika kita lihat kaum laki mempunyai tahap kesuburan yang tinggi berbanding wanita. Wanita apabila sahaja memasuki umur 45 tahun, peratusan untuk melahirkan zuriat adalah rendah. Sebaliknya bagi lelaki, walaupun umur mencecah 60 tahun mereka masih mampu memberikan zuriat.

4. Ketua keluarga
Berkata Allah s.w.t. di dalam Al-Quran,

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
(Surah An-NIsa’, ayat 34)

Lelaki merupakan pemimpin bagi keluarga. Lazimnya setiap pemimpin mempunyai ‘orang bawahan’ yang perlu taat setia kepada pemimpin. Siapa lagi orang bawahan itu kalau bukan isterinya. Seperti itulah analoginya. Maka benarlah sang isteri wajib mentaati sang suami.

5. Nasab
Untuk menjaga nasab keturunan yang sah, setiap anak yang dilahirkan sudah tentu dibinkan kepada ayah tersebut. Berbeza pula wanita. Jika wanita dibenarkan sedemikian, pasti nasab anak yang dilahirkan akan menjadi rumit dan sukar menentukan siapa ayahnya.

Inilah lima hikmah mengapa lelaki sahaja yang layak berpoligami, bukan wanita. Besar perbezaan antara lelaki dan wanita. Segala sesuatu yang Allah s.w.t. cipta semuanya berhikmah dan bersebab. Tiada satu pun Allah ciptakan dengan sia-sia.

Wallahua’lam.

Comments are closed.