10 Apps yang Membantu Anda Belajar Tajwid Al-Quran Dengan Mudah

10 apps ini pasti dapat membantu anda belajar ilmu tajwid walau di mana saja anda berada dengan PERCUMA dan mudah

6
7748

 

Hukum belajar tajwid merupakan fardhu kifayah, iaitu jika ada orang dalam sesuatu tempat itu belajar tajwid maka, bagi yang lain tidak menanggung dosa. Jika semua orang di tempat tersebut tidak belajar ilmu tajwid maka seluruh kaum muslimin di tempat tersebut menanggung dosa.

Firman Allah:

“…dan bacalah Al Quran itu dengan tartil.”

(Surah Al Muzzammil: 4)

Tartil bermaksud memperelokkan sebutan huruf dan mengetahui tempat sepatutnya kita berhenti ketika membaca AlQuran.

Kini anda tidak boleh memberi alasan tiada masa untuk belajar ilmu tajwid.

10 apps ini pasti dapat membantu anda belajar ilmu tajwid walau di mana saja anda berada dengan PERCUMA dan mudah :

  1. Learn Quran Tajwid.

  • Aplikasi ini membantu mereka yang masih tahap permulaan belajar ilmu tajwid dan juga yang sudah lama tapi ingin mengukuhkan lagi kefahaman dalam mempelajari ilmu tajwid dan sebutan huruf.
  • Setiap bab yang di ajar akan dilengkapi dengan teori, cara mempraktikkan dan akhir sekali test atau ujian bagi bab tersebut.
  • Aplikasi ini di lengkapi dengan suara, bantuan untuk dipraktikkan, rekod suara, gambar dan video untuk menerangkan cara sebutan huruf.
  • Latihan yang anda buat juga akan di semak oleh guru yang pakar dalam bidang AlQuran.

2) Belajar Tajwid.

  • Aplikasi ini membantu anda peringkat permulaan untuk belajar tajwid.
  • Senang untuk di fahami dengan penerangan di dalam bahasa melayu.

3) Tajweed Quran Tarteel Rules

Kelebihan :

  • Membantu anda menyebut huruf hijaiyah dengan betul.
  • Paparan yang simple dan di penuhi dengan isi yang padat dan berguna.
  • Menerangkan tanda waqaf (berhenti) ketika membaca AlQuran.
  • Menerangkan sebutan yang betul bagi huruf yang seakan sama ketika menyebutnya.

4) Belajar Tajwid Lengkap & Audio.

 

  • Kelebihan
  • Paparan yang berwarna warni, pasti membuatkan kanak-kanak berasa seronok untuk belajar tajwid.
  • Setiap bab akan disertakan audio bagi menunjukkan sebutan yang betul.

5) Mushaf Tajweed – Holy Quran

  • Kelebihan :
  • setiap huruf yang di sebut berbeza akan diwarnakan supaya mudah untuk dikenalpasti setiap perbezaan.
  • Bahasa Arab, disertakan ruangan carian untuk memudahkan pengguna mencari ayat tertentu.
  • Setiap surah di bahagikan mengikut juzuk.
  • Surah boleh ditandakan tempat akhir bacaan.

6) Tajweed Lengkap Qt-Media.

Kelebihan :

  • Lengkap dengan contoh-contoh suara dan audio membantu memudahkan sebutan huruf yang betul.
  • Boleh dipelajari secara offline (tanpa jaringan internet)

7) Learn Quran with Tajweed Tajwid.

Kelebihan :

  • Terdapat audio, penerangan dan latihan tajwid yang mudah dipraktikkan.
  • Boleh dipelajari secara offline.
  • Boleh dipelajari dengan pelbagai bahasa.
  • Membantu anda mempelajari tajwid di bawah seliaan guru yang bertauliah. Secara tidak langsung ia membantu anda belajar tajwid walaupun tanpa berjumpa dengan guru.
  • Sesuai untuk semua peringkat umur.

8) Tajweed Quran With Colors, Eng

  • Kelebihan
  • Membantu anda membaca AlQuran dengan hukum tajwid yang betul.
  • Menggunakan tulisan mushaf uthmani yang digunakan di Malaysia.
  • Mudah untuk dihafal dan difahami.
  • Boleh digunakan secara online dan offline.
  • Boleh tanda setiap muka surat.

9) Belajar Tajwid + Suara.

Kelebihan :

  • Apps ini sesuai digunakan untuk kanak-kanak yang baru belajar tajwid.
  • Paparan yang cantik dan berwarna-warni serta menarik sudah pasti dapat menarik perhatian kanak-kanak untuk belajar tajwid.
  • Belajar tajwid secara santai menggunakan kaedah bermain seperti bermain playcard tetapi dalam bentuk paparan skrin.
  • Dilengkapi dengan suara audio dan contoh-contoh.

10) Mari Belajar ILMU TAJWID.

Kelebihan :

  • Aplikasi ini menggunakan format PDF file untuk dibuka, Jadi anda boleh muat turun nota tajwid secara percuma.
  • Aplikasi ini juga menerangkan hukum secara jelas dan terperinci.
  • Nota yang disediakan juga dalam bentuk carta yang ringkas dengan isi-isi penting.

 

Menurut satu kajian di sebuah sekolah menengah di Batu Pahat Johor, sebanyak 78.8 peratus pelajar bersetuju bahawa mempelajari tajwid dan alquran menerusi teknologi lebih menyeronokkan dan lebih mudah untuk difahami.

Semoga bermanfaat!

6 KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here