Jerry D. Gray Dedah 3 Penipuan Terhebat AS kepada dunia yang perlu kita tahu!

Bekas Perajurit Tentera Udara Amerika Syarikat Mendapat Hidayah Masuk Islam.

0
26044

Siapa yang tidak mengenali Jerry D. Gray yang pernah bergelar Perajurit Tentera Udara Amerika Syarikat (USAF), kini sudah memeluk Islam dan aktif menjalankan aktiviti dakwah. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai wartawan di sebuah stesyen TV Indonesia selama dua tahun.

Sesuatu hikmah yang Allah s.w.t. ingin tunjukkan kepada kita bahawa dengan pengislaman Jerry D. Gray ini, secara tidak langsung dapat membuka mata umat islam tentang pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Amerika Syarikat yang mana penyumbang terbesar dalam menumbangkan umat Islam.

Allah s.w.t. menyatakan :

لَا يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُوا فِي الْبِلَادِ مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۚ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

“ Janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang-orang kafir bergerak di dalam negeri. Itu hanyalah kesenangan sementara, kemudian tempat tinggal mereka ialah Jahannam; dan Jahannam itu adalah tempat yang seburuk-buruknya. “

(Surah Ali ‘Imran , ayat 196-197)

Jadi, Allah telah memberi peringatan Mengikut pengalaman beliau, banyak konspiras Amerika Syarikat yag dapat dirungkaikan. Namun, di sini kita lihat 3 daripada penipuan itu.

Pertama, Amerika menuduh Saddam Hussain (Perdana Menteri Iraq) menghasilkan senjata pemusnah berbahaya dan beliau mempunyai hubungan rapat dengan Al-Qaeda. Ini adalah alasan yang yang dilakukan oleh Amerika bagi mnhancurkan Iraq yang sudah lama diceroboh oleh Bush.

Rakyat Iraq mengalami penderitaan berthun-tahun akibat dari resolusi PBB. Ribuan orang Iraq mengalami penderitaan bertahun-tahun akibat dari resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB). Impaknya, ribuan manusia meninggal dunia. Setiap kali Iraq mengikut arahan PBB, maka resolusi lain akan dikeluarkan, sehingga Iraq tidak mampu mengikutinya.  Hakikatnya, PBB hamper-hampir menghancurkan Iraq dan mempersiapkan pencerobohan seterusnya , sama seperti mereka membiarkan Israel menceroboh dan menghancurkan Palestin sejak Perang Dunia ke-2. Mengapa mereka terus mendesak negara-negara Islam?

Sejarah menunjukkan, PBB  bekerjasama dengan Amerika bagi melakukan pencabulan hak keemanusiaan, dan perkara ini tidak terhitung banyaknya. Namun sehingga kini tiada seorang pun yang dibawa ke muka pengadilan supaya bertaanggungjawab atas pencerobohan itu. Amerika mempengaruhi rakyat meereka dengan menentang pemerintahan dan akhirnya menghancurkan mereka menjadi debu yang berterbangan.

Dalam satu hadis nabi berbunyi,

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Hari kiamat tidak akan berlaku hinggalah harta benda melimpah ruah kemudian timbulnya bermacam fitnah dan banyaknya berlaku al-Harj. Sahabat bertanya Baginda: Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan! Pembunuhan! Pembunuhan! Sebanyak tiga kali.” (Riwayat Ibnu Majah)

 

Kedua, Jwatankuasa keamanan melaporkan, “AS menjatuhkan bom Uranium rendah di Libya.” 24 jam sebelum serangan ke atas Libya, berpuluh peluru berpandu ditembak oleh angkatan Amerika Syarikat, Britain dan Perancis. Semua peluru mengandungi uranium. Kandungan uranium bukan sahaja bertujuan untuk menghapuskan keturunan, namun ia juga bertujuan untuk menghalau rakyat dari negaranya. Hal ini kerana, kesan Uranium yang dijatuhkan itu menyebkan rakyat Libya melahirkan anak-anak yang cacat. Kecacatan yang bakal dihadapi adalah memberi kesan pada anggota tubuh badan seperti kepala, jantung dan sistem saraf manusia.

Akhir sekali, ingatkah kita tentang filem yang telah dilancarkan oleh Amerika yang bertajuk “2012”? Sedarkah kita filem tersebut merupakan serangan psikologi yang telah dirancang hebat? Jawapan nya adalah ya. Apa yang ingin didedahkanoleh Amerika Syarikat adalah supata umat manusia keseluruhannya terpedaya dengan apa yang dibawa. Sejujurnya, memang kita tidak perlu menafikan kemunculan kiamat yang pasti akan menemui kita. Namun, rahsia kiamat itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. Seperi firman Allah telh termaktub yang bebunyi,

“Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia.

(Surah al-Ahzab, ayat 63)

Namun, apa yang menjadi muslihaat mereka? Satu perkara yang berkait rapat dengan penipuan terbesar ini adalah tentaang isu pemanasan global. New world order merancang memerangi 93% daripada populasi dunia pada Disember 2012. Hal ini bertepatan dengan calendar Iluminati dan disokong oleh PBB dslam rancangan mereka untuk membunuh hamper 60 billion manusia. Dengan propaganda yang telah dibuat, mereka ingin berkata kepada dunia, akibat dari bencana inilah sebagai petanda kiamat semakin hampir. Amerika Syarikat sangat bijak dalam memutarbelitkan fakta sehinggakan tidak mustahil pisikologi manusia khususnya umat Isam berjaya dipengaruhi.

Kesimpulannya, setiap propaganda dari negara barat khususnya Amerika Syarikat yang sudah kita ketahui pengaruh empayar besarnya kepada dunia harus diselidiki terlebih dahulu. Kita seharusnya sentiasa berdoa supaya fitnah dunia tidak akan dipengaruhi kepada kita dan keturunan kita. Setelah Jerry D. Gerry mengetahui muslihat-muslihat yang dibuat oleh Amerika Syarikat, beliau berasa malu untuk menjadi warganegara AS dan telah berpindah ke Indonesia dan menjalankan aktivit dakwah di san secara aktif.

Apa lagi muslihat Amerika Syarikat yang bertebaran tanpa kita sedar? Anda boleh dapatkan buku keluaran PTS karya Jerry D. Gray yang bertajuk ” Art of Deception Amerika, Freemason, Zionis”.