Anda Mesti Tidak Tahu Perang Arab dan Israel Petanda Besar Dunia bakal Berakhir!

0
3885

 

Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada penduduk Ummul-Qura dan penduduk di kelilinginya, serta memberi peringatan mengenai hari perhimpunan yang tidak ada syak padanya; Pada hari itu sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk Neraka. (Surah asy-Syura, ayat 7)

Apakah yang berlaku kepada dunia? Darah, airmata, pembunuhan, kematian, ribuan yang peluru yang menghujani Tanah Arab semakin menjadi-jadi. Tanah arab merupakan lokasi panas berlakunya peperangan di kebanyakan tempat. Sudah kita maklum bahawa tanah arab bukanlah satu tempat yang stabil. Kalau kita lihat tanah arab dahulunya aman, namun sekarang sedang bergolak. Apakah pergolakan tanah arab tiada kaitan dengan kiamat?

Bahawasanya orang yang mencerai-beraikan agama mereka, dan mereka menjadi berpuak-puak, tiadalah engkau terkait sedikitpun dalam (perbuatan) mereka. Sesungguhnya perkara mereka hanya terserah kepada Allah. Kemudian Ia akan menerangkan kepada mereka, apa yang telah mereka lakukan.

(Surah al-An’am, ayat 159)

Hakikatnya, negara arab menampakkan kekacauan sehingga kini menakutkan kita. Negara arab negara yang senang untuk diratah dalam isu politik. Kebanyakan umat Islam menjadi “Pak Turut” kepada orang Barat. Orang Barat telah meletakkan perlambangan yang teruk kepada penguasa-penguasa arab yang lain.

Lakaran peta negara Arab Saudi merupakan lokasi penting kerana keupayaan ekonomi yang tinggi. Apa yang telah diketahui umum, Arab Saudi adalah satu tempat kesatuan ummah seluruh dunia. Negara yang paling mendepani umat adalah Arab Saudi. Namun apa yang kita lihat pada hari ini adalah kekerapan pemimpin Amerika Syarikat turun ke Arab Saudi. Begitu juga di Syria.

Kebanyakan dari umat Islam amat memusuhi Bangsa Yahudi. Justeru, melihatkan Arab Saudi mempunyai kestabilan dalam semua segi, sebagai jalan pintas Amerika Syarikat menjadi ‘orang tengah’ dalam menghancurkan umat islam di tanah Arab. Hal ini bertujuan untuk memudahkan Israel bertapak di situ. Kekuasaan Amerika Syarikat semakin menebal. Perkara ini terbukti apaabila Malik Salman dinobatkan sebagai pemimpin Arab Saudi, Barrack Obama adalah orang pertama yang mengunjungi beliau.

Seorang Sheikh di Mesir yang bernama As-Sheikh Solah Saad berkata, “Selagimana orang arab bergolak dalam isu kenegaran dan peperangan, selagi itulah tidak terbebas negara Palestin.”

Hari kiamat tidak akan berlaku sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimnan) dn banyak berlaku al-harj”. sahabat bertanya, “Apakah al-Harj  itu wahai Rasulullah”? Nabi s.a.w menjawab, “Peperangan demi peprangan demi peperangan.”

(Hadith direkodkan oelh Ibn Majah)

Kesimpulannya, Adakah isu Syria itu isu kita? Jawapannya adalah ya kerana umat Islam adalah saudara kita. Setelah berlakunya serangan dari Israel, banyak kehancuran telah berlaku. Apa yang perlu kita lakukan? Saudara seislam kita diseksa, anak-anak kecil dibunuh kejam dan ibu-ibu menjadi janda. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

Dari Anas bin Malik, Rasulullah bersabda : “Tidak beriman kamu sehingga kamu mengasihi saudara kamu melebihi diri kamu sendiri.”

(Hadith direkodkan oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Satu persatu Allah tunjukkan kepada kita petanda-petanda kiamat itu. Apa yang perlu kita hayati di sini adalah kezaliman yang nyata dan kebangkitan umat islam dalam kesatuan amat diperlukan.