7 Formula Ini Mungkin Membantu Menangani Marah Anda!

Sebagai umat islam, kita perlu berusaha mengawal perasaan marah supaya tidak membarah dan merosakkan kesejahteraan hidup.

5
3255

Setiap orang secara fitrahnya dikurniakan perasaan marah. Marah adalah perubahan emosi untuk menghilangkan perasaan tidak senang dan gemuruh. Namun, situasi akan bertambah buruk jika seseorang itu tidak dapat mengawal emosi marahnya.

Sebagai umat islam, kita perlu berusaha mengawal perasaan marah supaya tidak membarah dan merosakkan kesejahteraan hidup.

Di sini kami senaraikan beberapa formula yang mungkin membantu untuk mengurangkan marah mengikut Dato’ Dr Fadzillah Kamsah.

1. Bersihkan hati
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bersihkan hati. Kenapa hati? Hati merupakan tempat di mana syaitan merayap menghasut supaya melanggar smua perintah Allah. Maka berlumbalah syaitan memerangi dan menguasai hati manusia. Allah s.w.t. berfirman,

“Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain tidak bukan hanyalah tipu daya semata”. (Surah An-Nisa’, ayat 120)

Oleh itu, kita boleh membersihkan hati dengan mendirikan solat, memaafkan orang sebelum tidur, memperbanyakkan istighfar dan membaca Al-Quran.

2. Doa pembuka 12 pintu-pintu

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اَللَّهُمِّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ الْخَيْرِوأَبْوَابَ السَّلَامَةِ وأَبْوَابَ الصِّحَةِ وأَبْوَابَ النِّعْمَةِ وأَبْوَابَ البَرَكَةِ وأَبْوَابَ القُوَّةِ وأَبْوَابَ المَوَدَّةِ وأَبْوَابَ الرَّحْمَةِ وأَبْوَابَ الرِزْقِ وأَبْوَابَ العِلْمِ وأَبْوَابَ المَغْفِرَةِ وأَبْوَابَ الجَنَّةِ يَا أَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ.
Ya Allah, Bukakanlah untukku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan, pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan, pintu-pintu kekuatan, pintu-pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih saying, pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga. Ya Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa ini boleh diamalkan untuk memudahkan urusan kita pada setiap hari. Jangan putus asa berdoa. Ada orang cepat makbul doanya. Ada pula lambat dimakbulkan. Apapun jangan berhenti mengharap kepada Allah s.w.t..

3. Ayat Kursi

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaan-Nya).

Ayat Kursi ini boleh diamalkan sebagai asbab menghalau syaitan. Tugas syaitan adalah memporak-perandakan kehidupan manusia. Oleh ini, amalkan membaca ayat Kursi ini.

4. Pagar diri dengan Bismillah 5
Doa ini jika amalkan akan jd pendinding pada diri kita. Insyaallah.

بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
بِسْمِ اللّٰهِ الشَافِى بِسْمِ اللّٰهِ الكَفِي بِسْمِ اللّٰهِ المُعَافِي. بِسْمِ اللّٰهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ السْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ
وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعِلِيْمِ.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani. Dengan nama Allah yang menyembuhkan. Dengan nama Allah yang mencukupkan. Dengan nama Allah yang menyihatkan. Dengan nama Allah yang tidak memudaratkanoleh segala sesuatu baik di langit mahupun di bumi. Dan Dialah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

5. Diet
Betulkah diet mempengaruhi emosi? Jawapannya adalah betul!
Diet amat penting untuk manusia bagi mencapai kesihatan dan kesejahteraan hidup. Diet sangat mempengaruhi emosi. Sebab itu, ada sebahagian pakar mengatakan daging merah akan mudahkan seseorang itu menjadi marah. Banyakkan memakan daging putih seperti ikan dan ayam kerana boleh menjadi tenang.

Mengambil buah-buahan juga sangat digalakkan. Buah-buahan mengandungi vitamin C yang dapat menenangkan fikiran. Sebenarnya, satu kesalahan yang selalu masyarakat lakukan ialah menjadikan buah-buahan sebagai pencuci mulut. Buah-buahan perlu diambil ketika perut kosong. Kenapa? Ini kerana buah mudah dihadam ketika perut kosong. Vitamin C dapat menyerap ke dalam saluran darah dan dibawa ke otak. Akhirnya otak kita akan merasa tenang dan emosi akan stabil.

6. Senaman
Senaman dapat mengurangkan stres. Bersenam dapat meningkatkan jumlah pengeluara hormon dorfin dan anda akan merasa tenang. Luangkan masa bersama keluarga dengan beriadah juga dapan memberi ketenangan.

7. Berkasih sayang
Melakukan hubungan seks yang kerap akan mengurangkan stres dan sentiasa berasa tenang. Oleh itu, seseorang itu akan rasa disayangi dan tidak mudah melenting.

Semua ni adalah kombinasi yang terbaik untuk mengurangkan rasa marah. Apa yang penting usah hilang pengharapan kita kepada Allah s.w.t.. Allah sentiasa mendengar setiap rintihan hati hamba-hamba-Nya.

Selamat beramal!

5 KOMEN

  1. Simply want to say your article is as astonishing. The clearness in your publish is just
    great and that i could think you are a professional on this subject.

    Well together with your permission allow me to grab
    your RSS feed to keep up to date with drawing close post.
    Thank you a million and please continue the gratifying work.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here