3 Kesilapan Ibu Bapa Yang Menyebabkan Anak Anda Lambat Membaca Al-Quran.

0
27547

Usia anak sudah 12 tahun tetapi masih tidak mengenal huruf Arab dan Jawi. Ada juga anak-anak yang masih tergagap-gagap membaca Al-Quran walaupun sudah baligh. Adakah permasalahan ini berlaku kepada anak-anak anda?

Jika jawapan anda Ya, ketahui ada kesilapan yang sedang anda lakukan.

1. Anda tidak ataupun kurang dedahkan huruf-huruf Jawi dan Arab kepada anak anda.
2. Anda hanya mengharap ustaz dan ustazah di sekolah agama sahaja yang mengajar anak anda huruf Hijaiyyah dan Al-Quran.
3. Teknik pengajaran yang digunakan oleh anda menyebabkan anak anda tak minat dan cepat bosan.

Setiap masalah ada penyelesaiannya, penulis akan kongsikan kepada anda tip mudah untuk anak anda cepat dan mudah mengenal huruf Hijaiyah:

Tip 1: Kenalkan kepada anak anda IQRA.
Ketika penulis berada di Yogjakarta, beliau berpeluang menemui anak didik Kiai As’ad Humam di madrasah Lembaga Pengembangan Tilawatil Quran. Beliau menerangkan kepada penulis tentang manhaj pengajaran dan pembelajaran kaedah IQRA yang dipratikkan oleh Kiai As’ad Humam agar menjadi cepat dan mudah anak-anak kenal huruf
Al-Quran. Langkah pertama, tunjukkan kepada anak anda warna kulit buku IQRA yang pelbagai warna untuk menarik minat anak anda cepat belajar. (Ikuti kelebihan IQRA di penulisan seterusnya).

Gambar 1: Penulis bersama anak                       Kiai As’ad Humam.

Tip 2: Jadikan proses pembelajaran huruf Al-Quran menarik.
Penulis pernah menghadiri Program Pembelajaran Al-Quran untuk Anak Usia Dini, Universiti Negeri Sunan Kalijaga, Yogjakarta.Di sana, anak dini iaitu anak kecil seusia 3 hingga 5 tahun sudah pandai menyebut dan membaca Al-Quran dengan lancarnya. Antara kaedah yang digunakan di sana ialah kaedah mengenal huruf Arab dengan nyanyian. Pelbagai lagu ditukarkan lirik kepada huruf Arab, dan dinyanyikan. Seterusnya, pembelajaran IQRA dilakukan dengan lebih inovatif seperti bermain bowling huruf Hijaiyyah, pancing huruf Hijaiiyah dan sebagainya agar pembelajaran jadi menarik.

Gambar 2: Penulis bersama anak Indonesia dalam                      Program Kaedah Pembelajaran Al-Quran                    untuk Anak Usia Dini

Tip3: Beri pujian dan penghargaan kepada anak dengan sesuatu yang menarik.
Sudah menjadi lumrah manusia kan, suka kepada pujian dan penghargaan. Begitu juga dengan anak-anak anda. Mereka lebih suka kepada pujian, ucapkan tahniah, Adik Hebat! Abang Pandai! setiap kali anak anda berjaya menyebut Huruf Hijaiiyah. Anda juga boleh memberi penghargaan seperti masak makanan kegemarannya. Perbuatan yang mudah pasti akan menaikkan semangat anak anda dan sudah pasti anda juga akan gembira.

Konklusinya, untuk mendidik seorang anak bukan satu perkara yang mudah. Namun, perkara yang susah pasti akan mudah apabila kita ikut tip yang menarik ini. Sematkan dalam hati anda, anak adalah amanah Allah yang besar dan saham kita di kubur nanti.