Kenapa Kemunculan Aplikasi ‘NAKHTIM’ untuk gajet Menjentik Umat Rajin Membaca Al-Quran?

Teknologi memandu agama sebagai solusi ummah kontemporari.

3
2203

Teknologi jika dilihat pada dimensi beragama, ia sangat terkesan menjuarai ‘takhta’ dalam mendidik umat. Mendidik umat dalam erti kata di sini ialah umat yang sudah tentu tidak akan meminggirkan pegangan pertama iaitu Al-Quran Al-karim. Bagaimana aplikasi yang diperkenalkan baru-baru ini menggalakkan umat Islam untuk sentiasa membaca Al-Quran?

Pertama, aplikasi ini boleh didapati secara percuma pada telefon bimbit (android) melalui play store. Aplikasi ini sangat efektif kerana rata-rata umat Islam akan mencari jalan pintas untuk beramal. Justeru, melalui platform ini, gajet kita tidak akan sepi tanpa santapan rohani harian.

Kedua, sepotong ayat Al-Quran akan muncul di skrin layar telefon bimbit sebaik sahaja kita menutup teleefon bimbit.  Secara tidak langsung, ia akan memaksa kita untuk membaca ayat tersebut. Bukankah ia juga bertindak sebagai pembuka saluran pahala untuk kita tanpa kita sedar? Kita juga sebagai muslim sudah maklum, ganjaran membaca ayat suci Al-Quran walaupun satu huruf, tetap ada ganjarannya. Kenyataan ini jelas tercatat pada hadith nabi yang berbunyi:

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”

(Hadis Riwayat Ad-Darimi dan At-Tirmizi)

Ketiga, ia dilengkapi dengan 5 pilihan bahasa mengikut kegemaran pengguna. Bahasa yang disediakan adalah Bahsa Arab, Bahasa Inggeris, Bahasa, Bahasa Indonesia, Bahasa Sepanyol dan juga Bahasa Perancis.

Keempat, ayat al-quran akan muncul juga bersama dengan terjemahan ayat tersebut. Apa yang ingin ditekankan di sini adalah kita boleh mentadabbur makna kandungan ayat Al-Quran yang terpapar itu seklai gus.

Apa yang diterapkan ini bertepa

tan dengan firman Allah s.w.t. supaya memahami ayat Al-Quran yang dibaca supaya kita boleh mengambil iktibar dari pengajaran ayat suci itu.

 

Allah s.w.t. menyatakan :

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi) neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya, dan mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya, dan mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang yang lalai.”   (Surah Al-A’raf, ayat 179)

 

Kelima, aplikasi ini turut mendidik dan audit diri kita supaya dapat menganalisis data kekerapan kita membaca ayat Al-Quran dalam tempoh sehari, seminggu, sebulan malahan keseluruhannya. Hal ini kerana, analisis data bacaan kita akan terpampang jika kita mengetik panel analisis. Sangat menakjubkan!

 

Akhir sekali, tanpa kita sedar aplikasi yang boleh digelar sebagai ‘guru teknologi’ ini, kiat mampu mengkhatamkan bacaan ayat Al-Quran dalam waktu yang sangat singkat. Cuba bayangkan sekiranya dalam sehari kita menutup telefon bimbit sebanyak 20-30 kali setiap hari. Justeru, tiada sebab untuk kita cipta untuk meenjadi Muslim beragama.

Kesimpulannya, aplikasi ‘Nakhtim’ ini akan mendorong kita supaya dapat mengkhatamkan bacaan ayat Al-Quran dengan mudah, cepat, bersistem dan bebas untuk dibawa ke mana sahaja. hakikat yang perlu kita fahami dalam menggunakan apa-apa teknologi, Islam akan memandang perkara yang memberi manfaat kepada umat Islam secara keseluruhan. Dalam mendidik Muslim sentiasa berdampingan dengan Al-Quran, aplikasi ini sangat sesuai untuk menjadi muslim beragama zaman kini.

 

3 KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here