Rasulullah S.A.W. Usahawan Terbilang. Akhlak Rasulullah dalam Perniagaan.

71
275

Peribadi, akhlak dan gaya hidup Rasulullah s.a.w. sungguh mempesonakan dan padanya contoh teladan terbaik yang dapat dijadikan ikutan dalam kehidupan seharian kita. Hadirnya Rasulullah s.a.w. bukan sahaja membawa rahmat kesekelian alam tetapi baginda juga mengajar kita menjadi manusia yang taat kepada Allah s.w.t. Seperti firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran.

“Sesungguhnya, telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan kedatangan hari kiamat dan yang banyak mengingati Allah.” (Surah Al-Ahzab, ayat 21)

Rasulullah s.a.w. bukan hanya penegak agama tetapi juga seorang pemimpin yang bijak, pahlawan perang yang hebat, ketua keluarga yang adil, sahabat yang setia, suami yang penyayang dan juga usahawan yang berjaya menghasilkan keuntungan yang banyak. Keperibadian baginda cukup lengkap untuk kita teladani.

Apabila kita kembali kepada sirah dan riwayat kehidupan Rasulullah s.a.w. baginda telah menceburi bidang perniagaan sewaktu usia muda lagi bersama bapa saudaranya Abi Talib. Beliau bermusafir ke syam untuk menjalankan perniagaan. Ketika itulah baginda dilatih dan diasuh oleh bapa saudaranya tentang ilmu perniaagaan. Walaupun, baginda tidak mempunyai modal yang banyak, baginda mengambil upah daripada peniaga-peniaga Mekah.

Perniagaan yang dijalankan Rasulullah s.a.w. atas dasar kejujuran dan reputasi akhlak yang mulia, ramai yang menjadikan baginda sebagai rakan kongsi dalam perniagaan termasuklah Khadijah binti Khuwailid, isteri baginda sendiri. Khadijah mengahwini Rasulullah s.a.w. juga kerana terpesona dengan akhlak yang mulia baginda ketika menjalankan perniagaan. Berbekalkan akhlak terpuji ketika berniaga, baginda menjadi usahawan yang berjaya dan disegani oleh masyarakat arab. Sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu Al-Amin (yang dipercayai).

Rasulullah s.a.w. juga terkenal dengan sikap dermawan, baginda telah membelanjakan seluruh hartanya untuk agama. Baginda selalu mengutamakan orang lain dahulu berbanding dirinya sendiri dan tidak pernah merasa takut jatuh miskin. Begitu juga isterinya khadijah, khadijah merupakan wanita usahawan yang kaya di tanah arab. Setelah berkawin dengan baginda, beliau telah membelanjakan harta kekayaannya untuk berdakwah di jalan Allah s.w.t.

Jadikan Rasulullah s.a.w. sebagai contoh usahawan yang terulung di dalam perniagaan kita. Perniagaan bukan sahaja sunnah nabi. Malah, jadikan perniagaan kita sebagai asbab untuk kita kaya didunia dan juga diakhirat.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here