Master/PHD Untuk Mommy? Ini 3 Nasihat Berkesan Untuk Bakal Dr. Mommies!

347
3411

Fenomena menyambung Master atau PHD (Ijazah Doktor Falsafah) bagi wanita-wanita seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Apatah lagi bilangan wanita yang lebih ramai di Institut Pengajian Tinggi membuatkan begitu ramai pemegang title “Dr.” pada usia yang muda. Namun, terdapat segelintir dari kita yang hanya mengambil enteng dalam pengurusan rumah tangga ketika sedang menyambung pengajiannya sama ada Master atau PHDnya walaupun sudah menerima kehadiran ‘ahli keluarga baru’ dalam hidup. Khas untuk ibu-ibu yang sedang menyiapkan Thesisnya sama ada dalam bidang Master atau PHD, audit diri kita dengan tiga nasihat penting di bawah ini.

  1. Hentikan pemikiran bahawa kehadiran anak-anak boleh menggugat pengajian kita.

Nasihat ini perlu dititikberatkan lebih-lebih lagi pada ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertamanya semasa meyambung pengajian. Tidak dinafikan, majoriti dari mereka menjadikan anak-anak sebagai bebanan bahkan membawa kepada satu fitnah tersembunyi kepada proses pengajiannya. Sebenarnya, tidak. Kadang-kala stereotaip ini hanya dipolemikkan oleh orang yang berpengaruh terlebih dahulu pada awalnya. Namun, setelah berulang-kali didengari, pandangan ini seakan-akan membawa satu pengaruh yang besar kepada orang lain. Namun, anak-anak tidak menjadi alasan kerana Allah telah berfirman dan menyatakan,

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (Surah Al-Kahfi, ayat 46)

Apa yang difahami dari ayat ini ialah anak-anak adalah kurniaan yang hebat namun letakkan ia sebagai amal kebajikan dan akan dipertontonkan di akhirat kelak. Kita perlu menukar kembali stereotaip negatif itu supaya kebajikan anak-anak tidak terabai.

  1. Uruskan masa sebaik mungkin. Jangan bertangguh-tangguh.

Benar. Pengurusan masa pada waktu ini perlu diletakkan sebagai keutamaan yang teratas. Ibu-ibu perlu membuat satu jadual harian yang “tip top” bagi memastikan keluarga tidak terjejas. Kita perlu letakkan pengkhususan waktu yang efisyen bagi keluarga, pembelajaran dan sebaginya. Apa yang paling utama adalah elakkan kerja yang bertangguh, tapi selesaikan pada waktu yang telah ditetapkan.

  1. Stress bukan untuk difikirkan tapi untuk diuruskan.

Pada hakikatnya, sebesar mana pun masalah yang bergelumang dengan diri kita pada waktu ini, uruskan dengan sebaiknya. Jadi, memang benar. Tekanan yang dihadapi oleh ibu-ibu yang sedang belajar adalah pelbagai. Hal ini kerana mereka terpaksa memegang empat tanggungjawab utama dalam waktu yang sama iaitu seorang isteri, ibu, pelajar dan anak. Namun, apa yang perlu dilakukan oleh seorang yang bergelar “multitasker” adalah perlu diuruskan semuanya dengan baik. Ayuh, amalkan doa ini supaya kita sentiasa tenang dalam menghadapi semua urusan hidup.

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.

Kesimpulannya, Ibu-ibu yang bakal bergelar pemegang Master atau Ijazah Kedoktoran Falsafah, boleh cuba dapatkan buku perkongsian dari Dr. Nik Salida yang bertajuk “PHD Mama” mengenai proses beliau menghabiskan pengajiannya walaupun telah bergelar ibu.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here