Makan Pedas Menurunkan Berat Badan. Tidak Bahayakah?

Sejak 7500 tahun  dahulu, masyarakat Amerika telah menjadikan cili sebagai diet dalam pemakanan harian mereka.

2
5112

Cili atau nama saintifiknya Capsicum spp. ialah salah satu makanan yang menjadi kegemaran mahupun keperluan bagi manusia. Cili dipercayai berasal dari Mexico dan America Selatan. Cili ini telah ditanam secara meluas di serata dunia khususnya di kawasan-kawasan yang beriklim tropika. Di Malaysia, kebanyakan cili-cili ini ditanam di kawasan tanah rendah.

Sejak 7500 tahun  dahulu, masyarakat Amerika telah menjadikan cili sebagai diet dalam pemakanan harian mereka.

Akhbar Kosmo! melaporkan kajian yang di buat di Los Angeles mengatakan bahawa cili dapat mengurangkan berat badan. Sekumpulan saintis dari Universiti California, Amerika Syarikat membuktikan bahawa memakan banyak cili dapat menurunkan berat badan. Ini kerana cili dapat meningkatkan kadar metabolisme serta dapat membakar lemak.

Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan sampingan jika cili di ambil dalam kuantiti yang banyak. Menurut Dr. Abdul Rahim, pemilik klinik pakar di Bayan Lepas, cili perlu diambil dalam kuantiti yang ala kadar. Jika terlebih ada pula kesan sampingannya. Antaranya ialah:

  1. Gastrik. Jika terlebih mengambil cili, ia akan merosakkan permukaan perut kita.
  2. Cirit-birit. Seperti gastrik, jika cili diambil dalam kuantiti yang banyak akan meyebabkan perut memulas dan mengakibatkan cirit-birit.

  1. Iritasi kepada lidah. Ini juga akan menyebabkan deria rasa pada lidah akan berkurangan.
  2. Sukar tidur. Mengambil makanan pedas sebelum tidur akan meningkatkan suhu badan sekaligus menghasilkan peluh. Sepatutnya kita perlu menurunkan suhu badan sebelum tidur. Barulah kita mendapat tidur yang berkualiti.

Walaupun terbukti cili dapat menurunkan berat badan, kita haruslah beringat akan kesan-kesan sampingannya. Tidak guna juga jika makan cili dengan kuantiti yang banyak jika tidak mengawal pemakanan dan tidak bersenam.

2 KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here