KIAMAT mendekat! 7 Fakta Tenggelamnya Bumi Dalam Surah Al-Zalzalah.

0
11420

 

Apabila membicarakan tentang kiamat, kita tidak boleh lari dengan fakta tenggelamnya bumi. Surah Al-Zalzalah boleh mengupas fakta tentang keadaan bumi menjelang hari kiamat nanti. Dengar perkataan kiamat sahaja sudah mampu menggetarkan jiwa-jiwa kita yang mana dahsyatnya tidak mampu gambarkan oleh mata manusiawi. Jadi, apapun yang berlaku pada bumi sudah tentu menjadi suatu petanda untuk kita renungi. Fakta-fakta lain tentang bumi juga masih banyak diceritakan oleh Allah dalam surah-surah yang lain, namun apa yang kita ingin fokuskan adalah fakta bumi dalam surah Al-Zalzalah berkenaan denga hari kiamat.

Menurut Dr. Danial, pada hakikatnya, bumi akan tenggelam pada 3 tempat. Ini bermakna, sebelum berlakunya hari kiamat, bumi akan melalui 3 fasa kemusnahannya atau dikenali sebagai fasa tenggelamnya. Namun begitu, setiap fasa itu adalah suatu yang amat dahsyat. Dia juga mengatakan bahawa bumi ini mempunyai kerak-kerak yang banyak. Perlanggaran yang berlaku antara kerak ini menjadikan susunan kerak tidak sama dan akhirnya menyebabkan gempa bumi.

.

Allah s.w.t. berfirman,

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا (1)

وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا (2) وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا (3) يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (4) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا (5) يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ (6)

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8)

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (menjadi begini)?”, pada hari itu bumi menceritakan beritanya, karena sesungguhnya Rabbmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya. Pada hari itu manusia ke luar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sekecil apa pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sekecil apa pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”

(Surah Al-Zalzalah, ayat 1-8)

Hidup ini seperti ladang yang luas. Pelbagai pertanyaan dalam benak kita dan masih menjadi tanda tanya kepada kita. Sama juga halnya berkaitan dengan kiamat. Walaupun kita tahu bahawa kiamat itu rahsia Allah, namun kita juga masih akan tertanya-tanya akan petanda-petanda terjadinya hari yang amat dahsyat itu.

Jika ditelusuri dari fakta lampau, gempa bumi paling dahsyat yang berlaku ialah di Valdivia, Chile berukuran 9.5 Richter menyebabkan kematian 6000 orang. Pada tahun 1976, gempa bumi kedua tertinggi berlaku di Tangshan, China mengorbankan lebih kurang 255 ribu nyawa. Manakala gempa bumi ketiga tertinggi di dunia juga berlaku pada tahun 1138 di Aleppo, Syria yang menyebabkan 230 ribu kematian.akhir sekali, gempa bumi yang menduduki keempat tertinggi di duna berlaku di Lautan Hindi yang mana tempiasnya kepada 14 buah negara iaitu pada tahun 2004, berukuran 9.1 richter dan menyebabkan kematian 277 ribu manusia. Allahuakbar!

Setelah melihat kepada fakta ini, kita perlu perhalusi, apabila Allah takdirkan gempa bumi menyerang, kehancuran akan berlaku. Dunia ada undang-undang. Kita tidak boleh bertanya kenapa. Tanpa semua ini, tidak ada di sini tapi hanya di syurga. Hal ini untuk menguji kita. Dengan kesedaran itulah (sunnatullah) ini, kita patut iktiraf kuasa Allah dengan sujud kepada-Nya. Kita harus merenung kebesaran Ilahi.

Surah yang ke 99, juzuk yang ke 30 ini menjelaskan kepada kita tentang bumi boleh tenggelam dan hancur.

Bumi Bergoncang

Ibnu ‘Abbas berkata mengenai ayat,

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا

Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat)”, maksudnya adalah bumi bergoncang dari bawahnya. (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 7: 627).

Pada ayat pertama ini Allah sudah menjelaskaan tentang goncangan bumi. Dan dalam ayat ini Allah menjawab, “Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat)” Hal ini sebagaimana firman Allah dalam surat lainnya, dan pada hari itu bumi mengatakan bahawa ini adalah suatu perintah daripada Allah s.w.t. supaya berlaku demikian.

Allah juga ada befirman dalam surah lain,

يَا أَيُّهَا النَّاسُ اتَّقُوا رَبَّكُمْ إِنَّ زَلْزَلَةَ السَّاعَةِ شَيْءٌ عَظِيمٌ

Wahai manusia, bertakwalah kepada Rabbmu; sesungguhnya kegoncangan hari kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat).”                (Surah Al-Hajj, ayat 1)

Bumi Mengeluarkan Isinya

Dalam ayat seterusnya Allah menyebut,

وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا

dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya.

Para ulama mengatakan bahawa ayat tersebut bererti bumi mengeluarkan mayat yang ada di dalamnya bersumberkan Tafsir Al Quranul ‘Azhim, pada muka surat 627.

Hal ini sepertimana firman Allah yag seterusnya,

وَإِذَا الْأَرْضُ مُدَّتْ (3) وَأَلْقَتْ مَا فِيهَا وَتَخَلَّتْ (4)

Dan apabila bumi diratakan, dan dilemparkan apa yang ada di dalamnya dan menjadi kosong.”                                                                                      (Surah Al-Insyiqaq, ayat 3-4)

Apa yang Sebenarnya Terjadi dengan Bumi?

Allah s.w.t. berfirman,

وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا

“Dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (menjadi begini)?”

Sudah pasti kita akan tertanya-tanya apa yang sudah terjadi kepad bumi kta ini? Maksudnya di sini sebagaimana disampaikan oleh Ibnu Katsir, bumi sebelum ini dalam keadaan tenang lalu berubah keadaannya. Ini suatu yang sangat sangatbmenggerunkan bagi kita. Hal ini menjadi ketentuan Allah dan tiada apa yang boleh menolaknya. Akhirnya, mayat keluar dari kubur-kubur mereka.

Bumi Berbicara.

Ketika itu bumi pun berbicara,

يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (4) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا (5)

Pada hari itu bumi menceritakan beritanya, karena sesungguhnya Rab-mu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.

Syaikh As-Sa’di rahimahullah menerangkan, “Bumi menjadi saksi bagi setiap orang yang telah beramal dahulu di atasnya. Bumi dahulu telah menjadi saksi amalan setiap hamba. Dalam kitab Taisir Al-Karim Ar-Rahman, pada halaman 932 menyebut, Allah memerintahkan untuk memberitahu amalan-amalan manusia, perintah ini harus dijalankan (jangan diderhakai).”

Ayat tersebut menjelaskan kepada kita bahawa Allah memerintahkan bumi untuk bergoncang. Di sini apa yang perlu kita perhatikan adalah bumi patuh pada perintah Allah. Kita patut sedar bahawa goncangan bumi ini berlaku adalah sunnatullah, hanya perlu akui goncangan itu pasti akan berlaku.

Bumi Menjadi Saksi bagi Orang yang Banyak Berzikir

إِذَا زُلْزِلَتِ الْأَرْضُ زِلْزَالَهَا (1) وَأَخْرَجَتِ الْأَرْضُ أَثْقَالَهَا (2) وَقَالَ الْإِنْسَانُ مَا لَهَا (3) يَوْمَئِذٍ تُحَدِّثُ أَخْبَارَهَا (4) بِأَنَّ رَبَّكَ أَوْحَى لَهَا (5(

“Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)nya, dan manusia bertanya: “Mengapa bumi (menjadi begini)?”, pada hari itu bumi menceritakan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang sedemikian itu) kepadanya.”

Ayat ini menjelaskan kepada kita walaupun bumi itu secara zahirnya tidak hidup pada mata kita, namun sebenarnya bumi yang kita pijak ini akan menjadi saksi kepada kita di akhirat nanti. Kesaksian bumi terhadap kita adalah segala amal baik dan amal buruk kita akan dipertontonkan di hadapan Allah.

Manusia Keluar

Allah s.w.t. berfirman:

يَوْمَئِذٍ يَصْدُرُ النَّاسُ أَشْتَاتًا لِيُرَوْا أَعْمَالَهُمْ

“Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan bermacam-macam jenis, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal mereka.” Maksudnya adalah pada hari kiamat, manusia dikeluarkan dari bumi dalam keadaan beraneka ragam lalu diperlihatkan kebaikan dan kejahatan yang pernah mereka lakukan, kemudian mereka akan melihat balasannya.

Pada hari tersebut, manusia telah keluar dari bumi-bumi yang menjadi tempat tinggalnya iaitu di alam barzakh.

 

Balasan bagi yang Berbuat Baik dan yang Berbuat  Buruk

Allah s.w.t. berfirman,

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ (8)

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sekecil apa pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sekecil apa pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.”

Di sini kita dapat llihat Allah mengembalikan emosi kita supaya mengambil iktibar dengan kejadian yang berlaku pada bumi. Apa yang perlu dijadikan sandaran adalah Allah menjanjikan kepada kita Allah sentiasa mengira atau melihat segala amalan yang kita lakukan sama ada baik atau buruk.

. Allah s.w.t. berfirman:

يَوْمَ تَجِدُ كُلُّ نَفْسٍ مَا عَمِلَتْ مِنْ خَيْرٍ مُحْضَرًا وَمَا عَمِلَتْ مِنْ سُوءٍ تَوَدُّ لَوْ أَنَّ بَيْنَهَا وَبَيْنَهُ أَمَدًا بَعِيدًا

“Pada hari setiap orang mendapati apa sahaja kebaikan yang telah dikerjakannya (dihadapkan) kepadanya; dan juga apa yang telah dikerjakannya daripada kejahatan. (Orang yang bersalah itu) ingin kalau ada jarak yang jauh di antaranya dengan hari itu. Dan Allah peringatkan kamu terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). Dan (ingatlah juga), Allah amat belas kasihan kepada hamba-hamba-Nya.

(Surah Ali Imran, ayat 30).

وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا

Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu ada tertulis di dalamnya.

(Surah Al-Kahfi, ayat 49)

Syeikh Abdurrahman bin Nasir As-Sa’di rahimahullah menjelaskan lagi dalam kitab  Taisir Al Karimir Rahman pada halaman 932,  Ayat ini memotivasi kita untuk beramal dengan amalan baik walaupun sedikit. Begitu pula menunjukkan ancaman bagi yang beramal buruk walau itu kecil.

Kesimpulannya, kita cuba renungkan kembali fakta sejarah yang terpalit dengan seribu satu penderitaan yang mana terjadinya tsunami pada tahun 2014 berasal dari gempa bumi yang sangat dahsyat. Namun apabila kita membayangkan bagaimana suatu hadith nabi yang berbunyi:

Ada sahabat nabi bertanya, bertanya Nabi s.a.w. : Jika dalam satu kumpulan manussia ini masih ada orang soleh, adakah Allah masih menenggelamkan bumi? Maka jawapan nabi s.a.w. : “Ya”.

)Mu’jam Ausat, Imam Tabrani)

Berdasarkan hadith tersebut, kita boleh cuba bayangkan bagaimana sekiranya gempa bumi tersebut berlaku melalui ketiga-tiga sudut itu. Masya-Allah. Semoga dengan perkongsian fakta bumi menjelang kiamat ini mampu membuka hati kita dan pemikiran kita untuk sentiasa melipatgandakan amalan kebaikan dari semasa ke semasa. Hal ini kerana, Allah telah berfirman,

Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan daripada Allah denga nsabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang beriman.

(Surah Al-Baqarah, ayat 153)

Apa yang kita patut sedar adalah berlakunya gempa bumi itu adalah kerana dia patuh pada perintah Allah. Namun, kita bagaimana? Maka, dari ayat ini, kita perlu dengan sentiasa bersabar dan menunaikan solat. Kita harus sentiasa meminta pertolongan dari Allah. Tidak lain tidak bukan hanya dua perkara iaitu, SABAR dan SOLAT.