5 Tip Mendidik Anak Mengikut Gaya Nabi s.a.w.

360
996

Sesungguhnya anak-anak menjadi amanah wajib bagi sesebuah keluarga. Apabila kita berbicara tentang amanah yang perlu dipikul, secara tidak langsung memberi gambaran jelas bahawa hak mendidik anak-anak juga amat perlu kepada mereka. Amanah mendidik ini hakikatnya terletak pada penjaganya sendiri. Hal ini kerana, perkara yang lebih utama selain daripada kasih sayang dan perhatian adalah pendidikan.

Allah s.w.t. telah mengingatkan kita dalam Surah An-Nisa’, ayat 11:

“Allah mewasiatkan ke atas kamu tentang anak-anak kamu.”

Justeru, peranan ibu bapa menjadi suatu penggerak ‘tanpa hijab’ dalam memberi didikan kepada anak-anak.. Namun, bagaimana cara yang tepat untuk mendidik anak-anak? Kita boleh menghayati 5 pendekatan yang dimainkan oleh Rasululullah s.a.w. dalam mendidik anak-anak baginda.

  1. Membisikkan dalam hati bahawa anak adalah amanah Allah s.w.t.

Perkara ini adalah penting untuk jiwa kita yang baru bergelar ibu. Bisikan pada diri ini mampu menjentik rasa tanggungjawab yang perlu difokuskan kepada ‘permata hati’ kita. Sebagai contoh, apabila kita terasa penat dalam menguruskan anak-anak, bisik kembali pada jiwa kita dua perkara, iaitu anak adalah amanah dari Allah s.w.t. dan mereka adalah aset atau tiket kita di syurga nanti. Sebagaimana telah disebut oleh Nabi s.a.w. dalam sabdanya, melalui Abdullah bin Umar r.a. melaporkan,

“Seorang lelaki adalah pemimpin dalam keluarganya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya. Seorang isteri adalah pemimpin dalam mengurus rumah tangga suaminya dan dia akan diminta bertanggungjawab dalam kepimpinannya.”

(Direkodkan oleh Imam Al-Bukhari)

  1. Ajar anak mengenali Allah s.w.t. dengan Sifat-Sifat 20

Fitrah anak harus disemai dengan mengajarkan mereka untuk mengenali pencipta-Nya dengan sifat-sifat Allah tersebut:

  1. Wujud ertinya ada
  2. Qidam ertinya sedia
  3. Baqa’ ertinya kekal
  4. Mukhalafatuhu lilhawadisi ertinya bersalahan Allah s.w.t. bagi segala yang baharu
  5. Qiyamuhu binafsihi ertinya berdiri Allah dengan sendirinya
  6. Wahdaniyah ertinya esa
  7. Qudrah ertinya kuasa
  8. Iradah ertinya berkehendak
  9. Ilmu ertinya Mengetahui
  10. Hayyah ertinya hidup
  11. Sama’ ertinya mendengar
  12. Basar ertinya melihat
  13. Kalam ertinya berkat-kata
  14. Qadiran ertinya yang kuasa
  15. Muridan ertinya yang berkehendak
  16. ‘Aliman ertinya yang mengetahui
  17. Hayyan ertinya yang hidup
  18. Sami’an ertinya yang mendengar
  19. Basiran ertinya yang melihat
  20. Mutakalliman ertinya yang berkata-kata.

 

Secara praktikalnya, kita boleh memasang nasyid sifat 20 kepada anak-anak kita supaya mereka mudah menghafalnya. Di samping itu juga, peranan kita adalah dengan menjelaskan maksud yang tersirat pada sifat-sifat Allah itu. Sebagai contoh, sifat wujud itu ertinya ada, baqa’ ertinya kekal dan sebagainya.

Memetik salah satu status Facebook Prof. Muhaya mengatakan bahawa keutamaan mendidik anak-anak dengan akidah yang mantap kepada Allah dan Hari Kiamat perlu diberi terlebih dahulu sebelum menyuruh mereka melakukan amalan.

 

  1. Didik diri dengan ilmu

Ilmu yang mantap perlu dibekalkan pada diri kita terlebih dahulu sebelum disalurkan kepada anak-anak. Ilmu ini bersifat abstrakpada seseorang Martabat ilmu harus diangkat dengan membekalkan ilmu yang cukup di dada untuk mendidik anak-anak kita. Ilmu yang paling diutamakan adalah ilmu agama khususnya Al-quran dan Sunnah.

 

 

  1. Didik anak mengetahui kejadian alam semesta dan kebesaran allah s.w.t.

Salah satu cara untuk menerapkan makna bersyukur kepada Allah melalui kejadian alam semesta yang indah terbentang. Jadi, ajrlah anak-anak anda untuk merasai kebesaran Allah s.w.t.

 

  1. Didik Anak Mendirikan Solat

Solat tiang agama. Cara terawal yang boleh diterapkan adalah dengan mengajaka anak-anak anda untuk menunaikan Solat secara berjemaah dengan anda. Abdullah bin Amru r.a. melaporkan,

“Suruhlah anak kamu mengerjakan solat apabila mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka sekiranya enggan mengerjakan solat sedangkan mereka sudah berumur 10 tahun.

( Direkodkan oleh Imam Ahmad, Abu Daud dan Al-Hakim)

 

Kesimpulannya, pendidikan kepada seseorang anak itu perlu ditunjukkan ketika masih kecil lagi. Oleh itu, kita patut berusaha sehabis daya yang mungkin untuk menjadikan anak-anak anda berpendidikan. Ia harus bergerak seiring kerana apabila kebahagiaan keluarga tercapai, sudah pasti ada ganjarannya di syurga.

Ditulis oleh: Nurul Hidayah Binti Mohamad Zuki

 

 

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here