Allahyarham Dato’ Dr Hassan bin Ahmad (1936 – 2011)

307
888

Nama: Dato’ Dr Hassan bin Ahmad


Tarikh lahir: 8 Disember 1936


Tempat lahir: Muar, Johor


Pendidikan:
1. 1942-1943 – Sekolah Melayu Mersing
2. 1945-1948 – Sekolah Melayu Muar
3. 1957 – Sekolah Tinggi Muar, Maktab Melayu Kuala Kangsar
4. Ijazah Sarjana Muda Sastera


Sumbangan:
1. 1960-1961 – Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Malaya
2. 1961-1962 – Presiden Persatuan Bahasa Melayu, Universiti Malaya
3. 1962 – Penolong Pegawai Daerah Pontian
4. 1963 – Pegawai Penyelidik Dewan Bahasa dan Pustaka
5. 1966-1967 – Ketua I Persatuan Penulis Nasional (PENA)
6. 1965-1968 – Ketua Bahagian Penyelidikan Dewan Bahasa dan Pustaka
7. 1971-1976 – Pemangku Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
8. 1976 – Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
9. 25 tahun bertugas di Dewan Bahasa dan Pusaka, Hassan Ahmad berusaha mengangkat dan memartabat Bahasa Melayu sehingga menjadikan DBP antara pusat pengembangan Bahasa Melayu yang terkenal di serata dunia.
10. Selepas bersara, beliau dipanggil menjadi pensyarah jemputan di Universiti Malaya, Profesor Adjung di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia.
11. Beliau pernah menjadi jawatankuasa tetap Majlis Bahasa Malaysia/ Indonesia (kini MABBIM)
12. Pengerusi Majlis Bahasa Malaysia dalam menyelaraskan ejaan dan istilah antara 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.
13. Timbalan Pengerusi Panel Anugerah Sastera Negara
14. Pengerusi Hadiah Sastera Malaysia
15. Pengerusi Majlis Kemajuan Buku Kebangsaan
16. Ahli Jemaah Universiti Kebangsaan Malaysia
17. Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) yang turut terlibat dalam Perarakan Keranda Mac 2009.


Pencapaian:
1. 1973 – Dikurniakan Darjah Kesateria Mangku Negara oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
2. 1978 – Darjah Datuk Setia Ismail Johor oleh Duli Yang Mulia Sultan Johor.
3. 1982
– Menyertai persidangan antarabangsa di Amerika Syarikat, Eropah, Rusia, India, Jepun, Korea, Filipina, Thailand, dan Indonesia.
– Mempengerusi “Seminar on Book For All at Low Cost” anjuran National Book Trust of India di New Delhi.
– Dalam Persidangan Editor Asia, beliau membentangkan kertas kerja “Problems and Techniques of Translation and Adaption of Foreign Works into an Indigenous Language” di Singapura.
4. Anak Melayu pertama dianugerahkan Ijazah Kedoktoran (PhD) Sains Sosial dari Universiti Leiden, Belanda. Ini disebabkan beliau kerana giat memperjuangkan serta mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu melalui peranannya sebagai pengerusi di dalam beberapa Majlis Bahasa Melayu yang melibatkan negara-negara di rantau Asia.
5. Dilantik menjadi Duta Besar dan Wakil Tetap Malaysia ke Unesco di Paris.
6. Penerima Zamalah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam Seminar Sebutan Tentang Persefahaman Antarabangsa di New York.
7. Beliau banyak menulis buku dan pelbagai artikel terutama tentang mempertahankan bahasa Melayu.
8. Rencana tulisan beliau disiarkan secara tetap dalam majalah Dewan Masyarakat terbitan DBP.


Karya:
1. Syair, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1964, 91 muka surat.
2. Bahasa, Sastera, Buku: Cetusan Fikiran Hassan Ahmad, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 554 muka surat.
3. Bangsa-Bangsa Bersatu dan Pertubuhan-pertubuhan Khasnya, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966, 300 muka surat.
4. International Conference on Translation (kumpulan kertas kerja bersama), Kuala Lumpur: The Malaysian Translators Association, 1986, 224 muka surat.
5. Aspek Kemanusiaan dalam Perusahaan/Douglas Mc Greger, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 254 muka surat.
6. Eksekutif yang Berkesan/Peter F.Drucker, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 222 muka surat.
7. Sukarnya Membuat Pilihan/Samuel P.Huntington dan Joan M. Nelson, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, 218 muka surat.
8. Puisi Hina Kaum Melayu-Pendapat Dr.Hassan Ahmad
9. Setia Dan Cinta Pada Negara-Karya Hassan Ahmad
10. Pendapat Dr Hassan Ahmad Tentang Pejuang Politik Islam Cara Hikmah


Tarikh meninggal: 31 Ogos 2011

 

Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Hassan_Ahmad#Biodata

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here