Adakah Pemakaian Kostum Atau Cosplay Dibenarkan Dalam Islam? – Pendapat Mufti Wilayah

Anime ialah watak kartun Jepun yang menjadi kegilaan anak muda sekarang sebagai bahan hiburan mereka pada waktu lapang. Manga pula adalah komik Jepun yang menjadi bahan bacaan remaja kini. Persoalannya, adakah pemakaian kostum dibenarkan dalam Islam?

7
4842

Kostum atau cosplay memang tidak asing lagi dalam kalangan anime lover atau otaku (terlalu obses dengan anime dan manga Jepun). Anime ialah watak kartun Jepun yang menjadi kegilaan anak muda sekarang sebagai bahan hiburan mereka pada waktu lapang. Manga pula adalah komik Jepun yang menjadi bahan bacaan remaja kini. Persoalannya, adakah pemakaian kostum dibenarkan dalam Islam?

 

Islam tidak melarang kita berhibur, tetapi telah menetapkan garis panduan yang betul dalam berhibur supaya kita tidak jauh terpesong dari landasan-Nya.

Para sahabat Rasulullah s.a.w sangat berwaspada dengan sifat munafik, sehingga mereka takut untuk berhibur dan bergembira bersama keluarga. Pada suatu hari, Hanzalah r.a. datang berjumpa Nabi s.a.w. bersama Abu Bakar r.a. lalu berkata:

“Hanzalah berbuat munafik wahai Rasulullah!”

Baginda s.a.w. menjawab: “Mengapa sebegitu?”

Hanzalah menjawab: “Wahai Rasulullah! Apabila kami berada di sisimu, kamu sering mengingatkan kami tentang neraka dan syurga, sehingga kami seolah-olah dapat melihatnya di hadapan mata kami. Tetapi apabila kami meninggalkan majlismu, kami dilalaikan dengan anak dan isteri serta harta benda sehingga kami terlupa kepada peringatanmu itu.”

Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Demi (Zat) yang jiwaku di tangan-Nya! Sesungguhnya sekiranya kamu menepati keadaan seperti yang kamu biasanya berada di sisiku dan ketika dalam berzikir, nescaya kamu akan berjabat tangan (disamakan) dengan malaikat di tempat-tempat perbaringan dan di jalan-jalan kalian. Tetapi, wahai Hanzalah! Sesaat begini dan sesaat begitu! – Rasulullah menyebut tiga kali.” (Hadith direkodkan oleh Imam Muslim, Kitab Shahih Muslim no. 2750)

Hadith di atas menjelaskan hanya malaikat yang sentiasa beribadat sepenuh masa, sedangkan manusia ada masa beribadah, mencari ilmu, bekerja. Ada juga masa rehat, makan, bergembira, dan sebagainya. Kita perlu bijak seimbangkan antara hal duniawi dan ukhrawi.

Mufti Wilayah Persekutuan, Sohibul Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengulas dengan jelas hukum memakai kostum atau cosplay.

  1.      Memakai cosplay kartun kanak-kanak

Hukumnya adalah harus dengan tujuan memberi semangat kepada kanak-kanak untuk belajar.

  1.      Memakai kostum anime     
  2. a)      Hukumnya haram jikalau mendedahkan aurat.
  3. b)     Diharamkan jikalau kostum menyerupai watak dewa-dewa dalam agama rekaan seperti Beerus, Haruhi Suzumiya, Deus Ex Machina, dan lain-lain. Berdasarkan hadith yang dilaporkan oleh Ibnu Umar a. Nabi s.a.w. berkata:

 “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia termasuk daripada bahagian mereka.” (Hadith direkodkan oleh Abu Daud, Kitab Sunan Abi Daud, no. 4031)

Kesimpulannya, minat tidak menghalalkan cara. Islam melarang kita menyerupai sesuatu kaum. Jadi memakai cosplay atau kostum dilarang kecuali mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Sohibul Samahah Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Jika, ia boleh mendatangkan fitnah kepada agama, lebih baik kita menjauhkan diri daripada mendatangkan kemudaratan dan fitnah kepada agama Islam.

7 KOMEN

  1. Good post. I learn something new and challenging on blogs I stumbleupon on a daily basis.
    It will always be helpful to read content from other writers and practice a little
    something from other web sites.

  2. Greetings! This is my first visit to your blog!
    We are a group of volunteers and starting a new initiative in a
    community in the same niche. Your blog provided us beneficial information to work on. You have done a
    extraordinary job!

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here