Kaedah Mendidik Yang Popular Di Negara Barat Tetapi Dilupakan Oleh Orang Islam

kaedah mendidik anak secara positif ini bermaksud mendidik anak dengan tidak memarahi dan memukul mereka. istilah mendidik anak secara positif atau positive parenting ini sedang  popular di negara barat.

1
2127

Dr Laura Markham, seorang pakar keibubapaan barat yang menulis buku yang bertajuk Peaceful Parent dan Happy Kids: How to Stop Yelling and Start Connecting  mendefinisikan positive parenting sebagai:

Positive Parenting – sometimes called positive discipline, gentle guidance that keeps our kids on the right path, offered in a positive way that resists any temptation to be punitive. Studies shows that’s what helps kids learn consideration and responsibility and makes for happier kids and parents.

kaedah mendidik anak secara positif ini bermaksud mendidik anak dengan tidak memarahi dan memukul mereka. istilah mendidik anak secara positif atau positive parenting ini sedang  popular di negara barat. Ibubapa melihat pendekatan sebegini mampu memberi kesan yang lebih baik kepada kesihatan mental anak mereka.Malahan, cara sebegini juga menjadikan anak mereka seorang yang lebih mendengar kata.

Positive parenting ini sebenarnya telah di tunjukkan oleh Rasulullulah S.A.W. ketika bergaul dengan kanak-kanak,

Berkata Umar bin Abi Salamah r.a: “Aku pernah menjadi seorang budak yang berada di bawah jagaan Rasulullah SAW dan tanganku ketika itu sering mencapai makanan pada hidangan di atas meja. Lantas, baginda Nabi SAW bersabda: Maksudnya: Wahai kanak-kanak, bacalah basmalah ‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang’, makanlah dengan tangan kanan kamu, makanlah hidangan yang paling hampir dengan kamu”.

(Direkodkan oleh Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari,kitab makan,bab baca bismillah sebelum makan no hadith 5376)

Hadith ini menunjukkan betapa mulianya sikap Rasulullah s.a.w. ketika berkomunikasi dengan kanak-kanak.Rasulullah s.a.w cukup menjaga nada suara dan perkataan yang keluar dari mulut baginda ketika berbicara dengan kanak-kanak.Secara tidak langsung teguran yang di berikan di fahami tujuannya untuk mendidik bukan mengherdik.

Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki,seorang pengendali seminar program khususnya keibubapaan telah menyenaraikan tip mendidik anak di dalam bukunya, 365 Tip Mendidik Anak Gaya Nabi yang boleh di jadikan panduan kepada ibubapa untuk sentiasa positive parenting :

  1. Latih anak bagi mengakui kesilapan

Latih anak-anak supaya mengakui kesilapan mereka dan ajar mereka untuk meminta maaf jika melakukan kesilapan.Perkara ini penting untuk menunjukkan bahawa perlakuan sebegitu tidak elok dan harus di elakkan.

  1. Memberi Perhatian kepada anak-anak yang aktif

Antara perkara yang biasa berlaku adalah, ibubapa kurang memberi perhatian kepada anaknya yang terlalu aktif dengan alasan anak tersebut sukar dikawal.Hakikatnya, anak yang aktif ini sebenarnya mahukan perhatian yang lebih dari ibubapa mereka, Ibubapa seharusnya memenuhi hari anak-anak dengan aktiviti yang dapat merangsang perkembangan diri mereka seperti bermain blok hijaiyah yang di pegang oleh anak mereka.

  1. Santuni anak ketika berkomunikasi

Menggunakan bahasa yang berhemah ketika bercakap dengan anak, seperti “ Adik,sebelum pergi ke padang, beritahu ibu dahulu ya. Tidaklah ibu risau nanti”

Ibubapa juga boleh memuji anak-anak di hadapan kawan-kawan mereka apabila anak tersebut berkelakuan baik.

Jadikan interaksi dengan anak sebagai interaksi yang penuh adab sopan supaya dapat di contohi oleh mereka.

  1. Dengar Penjelasan anak sebelum membuat kesimpulan

Selidiki perkara yang didengari dan elakkan terpengaruh daripada sumber yang lain. Elakkan dari mengambil tindakan yang salah pada anak-anak. Ibubapa lebih cakna menilai pengamatan terhadap anak-anak melalui pemahaman.

  1. Mengagihkan tugas mengikut kecenderungan anak-anak

Tugas yang diberikan oleh ibubapa menunjukkan bahawa ibubapa sangat mempercayai anak mereka.Ajar mereka membuat keputusan, setiap keputusan yang di buat mestilah disertakan sebab mereka memilih untuk jadi sebegitu. Secara tidak langsung, ibubapa sebenarnya sedang menunjukkan kepentingan membuat keputusan hasil dari perbincangan.

Pendidikan pertama bagi seorang anak itu bermula dari rumah. Ibubapa memainkan peranan yang cukup penting dalam memahami cara yang terbaik mendidik anak-anak. Tugas mendidik tidak seharusnya dilepaskan kepada mereka yang bergelar pendidik sahaja.Kaedah positive parenting seharusnya digunakan oleh ibubapa di luar sana dalam mendidik anak mereka.Ini kerana, kita semua ingin melahirkan seorang anak yang mampu menyumbang kepada masyarakat suatu masa nanti.

Oleh  Noor Ainil Munirah Binti Faizol.

1 komen

  1. Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T
    Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T
    Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T
    Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T
    Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T Ropaxin T https://www.ebay.co.uk/itm/Ropaxin-T-Testosterone-Booster-2X-60-Capsules-FREE-SHIPPING-WORLDWIDE-/253779747012

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here