Perkhidmatan Doula Tidak Terlatih, Akhirnya Para Ibu Menderita Bayi Maut!

45
4111

Baru-baru ini tular di laman sosial berkenaan isu perkhidmatan doula yang tidak terlatih. Lebih menyedihkan lagi apabila seorang bayi meninggal dunia akibat posisi yang songsang. Akibat daripada itu, bayi tersebut lemas walaupun dikejarkan ke hospital.

Menurut beberapa informasi, isu kematian bayi ini bukanlah isu pertama yang melibatkan perkhidmatan doula di Malaysia. Sebelum ini, ada juga beberapa kes kematiaan bayi ketikal proses kelahiran yang melibatkan doula tidak terlatih.

 Bagi yang baru pertama kali mendengar perkataan “doula” ini, doula berasal dari perkataan Greek yang membawa maksud hamba wanita. Menurut American Pregnancy Assiociation, doula juga ditakrifkan sebagai pelatih professional yang bertanggungjawab memberikan sokongan dari segi emosi, pendidikan seperti ilmu sepanjang kehamilan, cara meneran dan cara bernafas. Doula juga turut memberi sokongan dari segi fizikal iaitu secara sentuhan iaitu urutan untuk ibu mengandung. Perkhidmatan doula ini juga diberikan kepada ibu mengandung, ketika bersalin dan selepas bersalin.
Persoalan demi persoalan mula timbul apabila netizen mula menyedari khidmat doula ini banyak memberikan kemudharatan dan bukannya kemaslahatan. Namun, ada lagi persoalan yang perlu kita fikirkan, adakah islam menerima khidmat doula ataupun menolak khidmat doula ini.


Setelah mendapat penerangan daripada pakar perubatan dan mengkaji dari beberapa sudut, Mufti Wilayah Persekutuan SS Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengeluarkan kenyataan rasminya bahawa khidmat doula ini tidak boleh dilakukan tanpa di awasi oleh doktor atau ahli perubatan yang diiktiraf.

Menurutnya lagi, alasan untuk menjaga aurat tidak seharusnya wujud kerana kita telah ada seluar khas mesra aurat untuk proses kelahiran. Tambahan pula, banyak pusat-pusat bersalin tertentu seluruh Malaysia menawarkan khidmat doktor-doktor wanita.
Selain itu juga, di dalam situasi tersebut ibu bapa harus memahami bahawa menyelamatkan nyawa dari sebarang kemudharatan adalah jauh lebih penting dan wajib.berbanding aurat si ibu. Bertepatan dengan prinsip maqasid syariah yang kedua iaitu penjagaan nyawa, kita perlu memelihara serta menyelamatkan nyawa yang boleh membawa kepada kematian.

Kesimpulannya, setiap dari kita perlu mendapatkan nasihat dari pakar perubatan yang diiktiraf, khususnya para ibu bapa supaya lebih memahami dengan mendalam mengenai perkhidmatan doula. Bagi sudut pandang penulis pula, tidaklah salah menggunakan perkhidmatan doula tetapi harus diingat tugas mereka hanya menasihati dan membantu sahaja. Tidak lebih dari itu!

Comments are closed.